SALAM MAAL HIJRAH 1438H
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MASAKAN. Papar semua catatan

KENAPA TAK SEDAP MACAM BAHULU MAK BUAT

Pak Teh | Selasa, April 26, 2011 |
As salam...

A
lhamdulillah....kita masih berkesempatan dapat merasa salah satu kuih tradisional iaitu kuih bahulu...pada aku kuih bahulu ni kira cake orang Melayu...yang unik kuih bahulu ni, dihidangkan dengan pelbagai bentuk, ada bentuk ikan, rama-rama dan macam-macam lagi...sampaikan anak-anak kecil menangis hendakkan bahulu berbentuk tertentu walau bentuk apapun rasanya tetap sama...tapi yang aku pasti bahulu sekarang tidak seenak bahulu zaman mak atau nenek kita buat...bahulu dahulu yang ketaranya ialah dari segi baunya, bau yang membuat air liur kita meleleh, tak sabar nak memakannya..
Jadi kali ni aku nak fokus kepada kenapa bahulu dahulu baunya enak...pada aku, ada dua sebab, pertama acuannya, acuannya dibuat daripada tembaga dan kedua, cara memasaknya.
Aku masih ingat arwah mak aku memasak bahulu kerana aku selalu menjadi pembantu setia kepada arwah mak aku bila bab masak-memasak ni..pertama, cari tungku, biasanya gunakan batu yang sederhana besar, cukup untuk meletakkan acuan dalam keadaan stabil dan cukup tinggi untuk meletakkan bahan api, biasanya kayu api dan arang kayu. Setelah kayu dibakar, biarkan acuan itu  cukup panas, kemudian menggunakan berus yang dibuat dari sabut kelapa, sapukan minyak kelapa dalam acuan. Kemudian barulah dimasukkan adunan tepung ke dalam acuan separuh penuh (sebab kuih itu nanti akan kembang). Setelah semua acuan itu diisi, acuan tadi akan ditutup dengan penutupnya. Untuk mempastikan bahagian atas kuih juga masak, sabut kelapa yang dibakar diletakkan di bahagian atas penutup. Kuih itu dikira masak apabila dicucuk dengan lidi kelapa, tak melekat pada kuih tu...Untuk mempastikan kuih tak hangus, api sentiasa dikawal...cuba-cubalah...

KERANG

Pak Teh | Khamis, November 25, 2010 |
Kerang adalah sejenis haiwan moluska yang boleh di makan...tengok seleralah, ada orang suka makan cecah sos, ada yang suka makan dijadikan lauk seperti masak sambal..tapi sebelum tu kenalah keluarkan isi kerang tu dari cengkerangnya, samaada dikeluarkan mentah-mentah, direbus dahulu atau dibakar...tapi kalau taknak hilang manisnya jangan di rebus...habis camne? samada di bakar atau masuk dalam periuk atau kuali hidupkan api (tanpa air)...nak tau kerang tu dah masak atau mudah "dikopek" senang jer, bila cengkerang tu dah ternganga...tapi kekadang cengkerang tu ternganga gak kalau dah busuk...tu yang bidalan ada mengatakan "macam kerang busuk" ...apa maksudnya? ( carilah sendiri! hehehe)..
Kekedang tu yang lecehnya bila nak bersihkan cengkerangnya, maklum jelah masa beli cengkerangnya kotor dengan lumpur dan ada kotoran yang melekat pada cengkerang...kalau setakat basuh gitu jer, lumpur tu bolehlah hilang tapi kotoran tu tak hilang...melalui pengalaman dan bertanya pada orang, ada beberapa petua nak bersihkan cengkerang tu...kalau kekawan ada petua lain kongsilah kat comments ...:-)
1.   Amik beberapa batang serai, titik tapi jangan sampai lumat pulak, gaulkan dengan kerang dalam bekas, tambah air sehingga kerang tu tenggelam, biarkan selama 10 minit, lepas tu bilas.
2.   Ambil pelepah pisang, kerat-kerat dalam 50 cm panjang (supaya senang dipegang), lepas tu genggam seberapa banyak yang boleh keratan pelepah pisang tu, pastu tenyeh-tenyehkan hujung pelepah  kat  kerang yang ada dalam bekas berair. (petua yg ni pada aku lebih cepat bersih)
3.  Ramas dengan menggunakan hampas kepala
4.  Petua yg ni untuk orang yang terlebih rajin! hehehe..gunakan berus sabut

Wallahhualam

MENYELERAKAN ATAU HILANG SELERA

Pak Teh | Ahad, November 14, 2010 |
Macam-macam cara untuk menarik minat pembeli...bukan setakat sedap dimakan tetapi sedap juga mata memandang...kekadang yang tak sedap pun nampak sedap...kata orang pandangan pertama tu penting, rasa sedap jatuh nombor dua...begitulah kreatifnya pengusaha biskut untuk menarik minat pembeli dengan mempelbagaikan rupa biskut, ringkasnya biskut pun di makeup supaya lebih menyelerakan...cuba tengok biskut yang di bawah ni, menyelerakan atau langsung hilang selera nak makan..





Mungkin bila dah tengok gambar di atas timbul pulak idea seumpamanya...Cuba jangan tak cuba


OH BUBUR LAMBUK KU...

Pak Teh | Rabu, Ogos 18, 2010 |
Sejak 1 Ramadhan lagi, setiap kali aku ke masjid waktu asar, di ruang legar masjid terdapat tersusun lebih kurang 10 baldi berisi bungkusan plastik berisi bubur lambuk, tersandar kadbod di tepi baldi tu tertulis "Sumbangan ikhlas dari hamba Allah"...Hamba Allah ini mengambil peluang beribadah di bulan Ramadhan dengan bersedekah kerana bersedekah di bulan Ramadhan pahala digandakan 1000 kali..InsyaAllah..
Hari ini hari ke 8 kita berpuasa, hamba Allah tu masih tak miss hantar bubur lambuk hampir-hampir masuk waktu asar...1 baldi ada lebih kurang 15 bungkus, jadi 10 baldi adalah 150 bungkus...banyak gak kan....disebabkan banyak tu adalah rezeki aku dapat selepas solat asar, aku amik sebungkus jer, nak bagi peluang orang lain merasa sama...tapi melalui ekor mataku nampak gak yang amik 2/3 bungkus..takpelah mungkin keluarga dia besar...bubur lambuk ini pada aku dikategori "boleh makan dan boleh amik hari lain"....
Kebelakangan 2/3 hari ni..bila selesai solat asar, aku tengok baldi kosong je...dah habis..takde rezeki aku...mungkin ramai gak yang berselera makan bubur lambuk tu...tadi aku agak lewat ke masjid, hampir-hampir nak azan..terserempak dengan beberapa orang jemaah keluar dengan menjijit bungkusan bubur lambuk untuk dihantar ke kereta atau ke motor...barulah aku tau kenapa boleh habis selepas solat, rupanya diaorang lagi cekap, amik sebelum solat...hehehehe...takpelah tu strategi diaorang....
Bila tak dapat habuan tu teragak aku, masak sendiri jelah...tapi camne yer...aku bukan tau sangat masak bubur lambuk ni...jadi aku layar internet...aku jumpa satu koleksi resepi bubur lambuk...macam-macam resepi ada...macam astro lah pulak.....ada 16 jenis resepi semuanya termasuklah resepi bubur lambuk (BL) Masjid Kg Kenangan Batu Pahat,  BL Masjid Annur Kg.Beringin, BL Pahang, BL Tg. Keling dan macam-macam lagi ler..tapi ramai yang tau BL Masjid Kg. Baru jer...jadi aku buat perkiraan, kalau aku buat selang satu hari bubur lambuk, bolehlah aku merasa hampir kesemua resepi tu...baru tau mana yg sedap kan? :-) cuba jangan tak cuba...dah cuba baru tau...

KONONNYA NAK JIMAT

Pak Teh | Khamis, Julai 15, 2010 |
Salah menu masakan yang enak ialah dengan menggoreng...ada yang menggoreng dengan minyak kelapa, minyak jagung, minyak sawit dan sewaktunya dengannya :-) Kalau nak murah belanja, biasanya menggunakan minyak kelapa je..sekarang ini pulak dah ada minyak masak yang rendah kolesterol.. Dalam hendak menjimatkan belanja ada orang yang menyimpan minyak masak yang telah digunakan dengan tujuan hendak digunakan lagi...ataupun kalau kita lihat penjual goreng pisang, menggunakan minyak yang sama untuk memasak berkali-kali...mungkin juga ada orang yang tak sedar, restoren makanan segera juga menggunakan minyak yang sama berulang kali..
Apa yang hendak aku kongsikan ialah minyak yang digunakan berulang kali berbahaya kepada kesihatan kita. Ini kerana ia mengandungi lemak trans iaitu satu bahan karsinogenik yang menjadi penyebab barah. Maksudnya, kalau dah guna minyak tu, janganlah digunakan lagi, bahasa mudah, guna sekali jer..Kajian juga mendapati minyak bijan, minyak zaitun dan minyak kelapa tidak selamat digunakan bagi menggoreng pada suhu tinggi...
Jadi dalam kita nak berjimat tu, fikir-fikirkanlah tentang kesihatan kita....orang kata duit banyak pun tak guna kalau tak sihat...

SUP KAKI AYAM

Pak Teh | Rabu, Julai 07, 2010 |
Semasa aku sedang buat entry ni hujan turun tak berhenti lebih dari 3 jam...tentulah cuaca sejuk dan perut pulak terasa lapar..(orang Muar sebut LAPO...hehehe)...jadi nak cover sejuk dan lapar tu, memang sesuailah pekena sup panas-panas...teringat aku dalam satu majlis perkahwinan rumah saudara, aku pergi ke khemah penanggah, tengok-tengok kalau boleh yang aku bantu...kebetulan chef yang masak pangkat anak buah...ketika itu dia sedang memasak sup kaki ayam untuk hidangan orang pangkal...aku ingat kaki ayam yang dibuat sup macam sup kaki ayam yang biasa aku jumpa di restoren....ada kelainan sikit dia buat...kaki ayam tu direbus separuh masak, kemudian dikeluarkan tulang-tulangnya, tinggallah kulit, urat-urat dan daging sikit, jadi kiranya kaki ayam tu tak bertulang...lepas tu kaki ayam tadi digoreng separuh masak...aku juga tengok dia menumis, agak berlainan cara dia menumis...setelah minyak panas, dia masukkan hirisan halia sampai naik bau, kemudian masukkan hirisan bawang putih, diikuti dengan hirisan bawang kecil sehingga naik bau...akhir sekali barulah dimasukkan rempah ratus sup sehingga ketara bau wangi semuanya...masukkan air sehingga mendidih..masukkan sos tiram...jadi sup tu dah berubah sikit warnanya...akhir sekali barulah dimasukkan kaki ayam tadi...sedap gak aku rasa sup tu, terasa kelainannya..anak buah aku rupanya tukang masak di restoren Cina yang menghidangkan masakan Islam...sup kaki ayam merupa menu utama restoren tu...jadi sesiapa yang belum rasa cubalah, mana tau lebih sedap dari sup yang biasa kita masak...jadi kalau kenduri kendara tu janganlah buang begitu je kaki ayam tu, buat je sup kaki ayam...takdelah membazir...selamat mencuba...

KARI CACTUS...

Pak Teh | Ahad, April 18, 2010 |
Kari...macam-macam kari ada...kari ayam, kari daging, kari kambing (salah satu kegemaranku), kari kepala ikan...banyak lagi ler sampai boleh bukak restoren HOUSE OF CURRY....kalau pi sebelah utara memang tak miss masakan kari.
Aku nak cerita pengalaman aku pergi ke rumah kawan di Seberang Perai...rumahnya di kawasan perkampungan....boleh dikatakan keseluruhan kawasan kampung tu tanahnya jenis berpasir...dan boleh dikatakan setiap rumah di laman ditanam dengan pokok kektus...dalam hatiku berkata " orang kampung di sini rupanya sepakat minat tanam kektus di laman rumah"...kebetulan aku smpai time lunch...aku dah agak dah salah satu menunya mesti kari...memang sah aku dihidang dengan kari ikan, ikan masin goreng, sambal belacan lada kering dan ulam pucuk daun karipulay (daun yang digunakan untuk masak kari)...ketika itu pada aku merupakan resepi baru bagi aku...teruja aku merasanya...bila aku cuba senduk kari itu, aku terpandang ada benda lain dalam kari tu...berkeping-keping..pelik gak aku...kawan aku perasan dengan reaksi aku...dia tersenyum sambil berkata "hang cubalah makan dulu, nanti aku habaq kat hang apa benda tu"..mula-mula tu aku was-was gak, aku kunyah pelan-pelan...sedap gak, lembut jer..."apa macam? sedap tak?" kawan aku bertanya....aku angguk tanda sedap..."tadi hang perasan tak depan rumah aku banyak pokok kektus?" kawan aku bertanya...aku angguk..."yang hang makan tulah kektus!"...biar betul! maklumlah aku tak pernah makan lagi. Rupanya kektus di sana memang dijadikan sayur yang dicampurkan dalam kari. Aku difahamkan sebelum masak, kulit luar yang keras tu dibuang dahulu...sesiapa yang belum rasa, cubalah...:-)

SAMBAL BELIMBING BULUH

Pak Teh | Rabu, Mac 31, 2010 |

belum pape air liur aku dah meleleh...hehehe...sambal ni specialnya boleh simpan lama...resepinya aku tengok arwah mak aku buat..jadi kalo kat umah tu banyak belimbing buluh, drpd dia busuk, lebih baik buat sambal ni, boleh menambah selera makan.
Bahan: bawang kecil, bawang putih, cili giling,ikan bilis,garam dan belimbing buluh
Sebelum masak, terlebih dahulu kita dah sediakan belimbing yg kering. Caranya, celur belimbing, kemudian jemur sampai kering.Dah kering, tumbuk separuh hancur.
Ikan bilis mesti ditumbuk separuh lumat sebelum masak. Bawang kecil dan bawang putih ditumbuk lumat.
Cara memasak: Tumis bawang, dah naik wangi masukkan cili giling. Pastikan cili giling tu cukup garing. Pastu masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi. Bila semuanya dah garing, baru masukkan belimbing buluh. Kacau sampai rata..selesaiiii
SELAMAT MENCUBA....

NASI GORENG RESEPI MAK

Pak Teh | Rabu, Mac 31, 2010 |

aritu aku dah bagi petua macam mana nak nasi goreng gebu..ni aku nak share nasi goreng resepi arwah mak aku...kekadang bila teragak tu aku masak gak, walaupun tidak 100% sesedap masakan arwah mak aku...bahan-bahannya ( bergantung kpd berapa banyak nasi yang hendak digoreng) bawang kecil, bawang putih, cili api, ikan bilis, garam secukup rasa dan kicap manis
bawang kecil, bawang putih, cili api dan ikan bilis ditumbuk separuh lumat, tapi tumbuk berasingan.
Menumis: setelah minyak panas, masuk bawang putih sampai hampir naik bau, pastu bawang kecil (jangan smpai garing), pastu masuk ikan bilis (hampir2 garing), diikuti dengan cili api (pastikan cili hampir garing) dan masukkan garam. Kemudian kecilkan api, masukkan nasi (pastikan dulu nasi telah diramas2 supaya tak berketul2). Kacau sampai rata. Pastu masukkan kicap dan kacau sampai rata. Bila rasa dah nak angkat, besarkan api sekejap sambil renjis air (nak gebukan nasi)...selesaiiiiiiii
P/s: kalo nak letak telurpun boleh tapi masukkan masa menumis tadi last sekali, biar telur tu hancur sebelum masuk nasi....SELAMAT MENCUBA..

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Pak Teh | Ahad, Mac 21, 2010 |

bila aku pergi kedai tomyam...teringat kawan baik aku sebab dia suka sangat dengan daging masak merah...kalo makan dengan dia mesti dia order daging masak merah...kalo tapau aku takyah tanya sebab kalo aku tanyapun, dah pasti dia order daging masak merah...aku cubalah cari resepinya...sekurang-kurang boleh berkongsi dengan orang menu kegemarannya..ataupun dia takyah beli jer, cuba pulak masak sendiri... resepi ni bukan aku punya...aku dapatkan dari website "my resepi"...jd kira resepi ni aku tujukan untuk dialah...:-)


Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (made in thailand kalau dapat)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
1.Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
2.Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
3.Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
4.Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
5.Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
6.Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
7.Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi sebagai hiasan

NASI GORENG GEBU.....

Pak Teh | Ahad, Mac 21, 2010 |


Masa kecik2 dulu aku suka gak tolong mak aku masak atau tengok dia memasak. Aku masih terbayang macam mana mak aku masak nasi goreng. Walaupun perencah hanya ikan bilis tumbuk tetapi sampai sekarang aku masih tak jumpa selazat nasi goreng mak aku masak.....bahan-bahan hanya bawang putih, bawak kecik, cili api, ikan bilis dan kicap....selain sedap rasanya, rupanya sangat menyelerakan kerana nasi goreng tu tak nampak kering tetapi nampak gebu...kali ni aku hanya nak berkongsi macam mana nasi tu gebu...cara memasaknya aku citer kemudian ye....setelah memasukkan kicap digaul sehingga rata supaya nasi tu tak nampak pudar je...bila hampir-hampir nak angkat, renjiskan air sambil terus menggoreng...aku agak2 tak sampai seminit dua terus angkat...renjisan air tulah yang buatkan nasi goreng nampak gebu dan agak lembut...cuba jangan tak cuba...

p/s tu gambar hiasan jer

previous home