SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Pak Teh | Khamis, Februari 10, 2011 |
As salam....

Bagaimana kita hendak "mencintai" seseorang jika kita tak mengenalinya! tak kenal maka tak cinta! Begitulah setiap kali sambutan Maulidur Rasul, ramai yang kurang menghayati sambutan kerana salah satu sebabnya ialah ramai yang tak kenal siapa Nabi Muhammad s.a.w., Junjungan Besar kita...Jadi dalam entri aku kali ini aku akan berkongsi info dengan kekawan mengenai biografi Rasulullah s.a.w. Semoga dengan membaca biografi Baginda akan membuatkan kita lebih "mencintai" Rasulullah s.a.w.

Nama:               Muhammad bin Abdullah s.a.w
Bapa:                Abdullah bin Abd. Muttalib bin Hashim bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Ibu:                    Aminah bin Wahab bin Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Tarikh Lahir :    Isnin, 12 Rabiul Awal tahun ke 53 sebelum Hijrah/570 Masehi
Tempat Lahir:  Makkah al- Mukaramah berhampiran Bukit Sofa (rumah Abd. Talib)
Wafat:               Isnin, 12 Rabiul Awal tahun ke 11 Hijrah/ 632 Masehi di Madinah
Warna kegemaran:  Hijau dan putih

Wallahhualam


Sumber: Paspot rasulullah

AHLI NO 6 HINGGA NO 10 KELAB BLOGGER CIKGU

Pak Teh | Selasa, Februari 08, 2011 |
As salam...

Sebagaimana yang dijanjikan dalam entri 5 ahli pertama Kelab Blogger Cikgu, berikut adalah ahli ke 6 hingga ke 10




Ahli No.6 (mia liana)

Ahli No.7 (gadis lesung pipi)
Ahli No. 8 (Lorna)

Ahli No. 9 (hirakinur88)

Ahli No. 10 (cikgu firdaus)

5 AHLI PERTAMA KELAB BLOGGER CIKGU

Pak Teh | Ahad, Februari 06, 2011 |
As salam..

Terlebih dahulu aku mengucapkan terima kasih semua blogger yang sudi menjadi ahli KELAB BLOGGER CIKGU (KBC)...Tujuan aku ujudkan kelab ini adalah untuk menyalurkan terus info pendidikan khasnya kepada ahli, disamping dapat berkongsi pendapat dan pengalaman dalam dunia pendidikan. Keahlian kelab ini adalah terbuka kepada semua blogger, walaupun bukan di kalangan guru...kalau sesiapa berminat bolehlah daftar di bahagian bawah blog ini, belanjanya hanya dengan menekan jari pada keyboard hehehe...sebagai penghargaan, untuk entri kali ni, berikut adalah print screen ahli No 1 hingga 5 dahulu..yang lain akan dimasukkan dalam entri berikutnya.

Ahli No. 1
Ahli No. 2 (Diary)
Ahli No. 3 (Hanya Persinggahan)
Ahli No. 4 (blue riders)
Ahli No. 5 (KM7)

TAKKAN DIA ORANG NAK BUAT!

Pak Teh | Ahad, Februari 06, 2011 |
As salam...

Alaaaa...takkan dia orang nak buat! Persepsi inilah merupakan salah satu sebab berlakunya banyak jenayah...lagi menyedihkan lagi apabila melibat golongan Hawa...golongan lemah yang sentiasa diambil kesempatan oleh golongan Adam..
Jangan fikir yang buruk, fikir yang baik-baik..memang betul tetapi adakah apa yang kita fikir sama dengan apa yang orang fikir? Kadangkala kita perlu ada prasangka terutama dari aspek keselamatan...mengapa ramai wanita diragut? Mengapa ramai wanita diperkosa? Antara sebab utamanya kerana mereka selalu menganggap "takkan dia orang nak buat?" Sebagai contoh, pernah berlaku seorang gadis diperkosa oleh 3 orang lelaki kerana menumpang kereta mereka yang baru dikenali..Dah tentu semasa dipelawa naik kereta, gadis tersebut beranggapan "takkan dia orang nak buat!". Kejadian tersebut sebenarnya boleh dielakkan jika fikirkan yang buruk-buruk..yang penting kita kena fikirkan "penyebab" kejadian bukannya siapa yang melakukan! Seperti yang aku selalu katakan, "boleh dikatakan 99.9% apa yang berlaku terhadap diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri"... Fikir-fikirkan.

BOLEH PERCAYA KE?

Pak Teh | Sabtu, Februari 05, 2011 |
As salam...


Mengapa "SAY NO"

Pak Teh | Jumaat, Februari 04, 2011 |
As salam...

Bila aku tengok secara rawak di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged dll, ramai yang menyatakan tak sabar menunggu tarikh 14 Februari iaitu hari yang dikenali sebagai Valentine's Day..dikenali juga sebagai Hari Kekasih..aku terasa sedih sangat kerana ramai di kalangan mereka adalah umat Islam...maaf aku cakap, majoritinya kaum perempuan (maklum jelah perempuan ni lebih sentimental dan romantis)..adalah lebih malang lagi apabila umat Islam meraikan hari tersebut. Kenapa tak boleh pulak meraikannya? Aku tak salahkan sepenuhnya mereka kerana mereka tak tau dan sesetengah tu pulak saja-saja buat tak tau..Jadi mereka yang tau tu eloklah tolong ingat-ingatkan yang lain tu..Bagi kekawan yang baca entri ini kalau dah tau, aku minta panjangkan info ini, maklum jelah kita manusia nimudah lalai, ditambah pula dihasut oleh Syaitan laknat..
Mengapa kita umat Islam tidak boleh meraikan Valentine's Day? Untuk itu aku ingin berkongsi info mengenai isu tersebut. Info ini aku perolehi dari cakfarid.wordpress.com  (tanpa pindaan)....

HANYA BEBERAPA HARI JE LAGI

Pak Teh | Khamis, Februari 03, 2011 |
As salam...

Sebaik masuk waktu solat Magrib tadi, bermakna masuklah bulan Rabi'ulawal 1432 Hijrah....salah satu bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia..bulan keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w....Rasulullah yang amat kita cintai....dalam bulan ini juga berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. dan wafatnya baginda Rasulullah s.a.w.
Sementara kita menunggu hari yang bersejarah itu iaitu Maulidur Rasul pada 12 Rabi'ulawal, marilah kita sama-sama memperbanyakkan salawat ke atas Nabi....semoga kita mendapat lebih keberkatan dari Allah s.w.t. dan bertambah iman kita...InsyaAllah

Next previous home