SALAM MAAL HIJRAH 1438H

LAAAA.....DENGAN ANGKA PUN TAKUT

Pak Teh | Jumaat, Februari 18, 2011 |
As salam....

Tentu ramai kekawan yang setuju dengan aku kalau aku kata ramai yang takut dengan ANGKA...asas angka hanya ada 10 sahaja iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Bila digabungkan angka-angka ini, maka terjadilah suatu gambaran yang menunjukkan "lebih"...misalnya lebih berat, lebih mahal dsb...Bayangkan selepas seminggu berat badan kekawan dari 50kg menjadi 60kg! Takut tak? Takut tak bila diambil tekanan darah bacaannya 140/90? Apa nak ditakutkan, hanya angka je..ye tak? Kenapa harus takut? Ish ish...memang lah takut sebab angka itu mewakili sesuatu, bukan setakat angka secara zahir...

Berbalik kepada angka 140/90 di atas tadi... angka tersebut biasanya ditulis dalam kad kesihatan menunjukkan tekanan darah...dibaca sebagai "140 over 90 millimeters of mercury".. 140 dikatakan sebagai tekanan sistolik iaitu tekanan darah dalam arteri semasa jantung menguncup (iaitu mengepam darah keluar dari jantung), manakala 90 itu dikatakan sebagai tekanan diastolik iaitu tekanan darah dalam arteri semasa antara setiap degupan jantung.
Bacaan tekanan darah 140/90 memanglah menakutkan kerana bacaan itu menggambarkan seseorang itu mengalami "tekanan darah tinggi (hipertensi) tahap 1"...Kitapun sedia maklum, tekanan darah tinggi boleh membawa maut, tak kira usia...muda ke ? tua ke ? lelaki ke? perempuan ke? Apa yang penting, elakkan diri kita mengalami tekanan darah tinggi..
Untuk entri aku kali ini, aku nak kongsi info ringkas tentang petunjuk status diri kita berkaitan dengan tekanan darah.

Kategori tekanan darah             Sistolik                                 Diastolik
Normal                                     kurang drpd 120        DAN    kurang drpd 80
Pra hipertensi                             120 - 139              atau           80 - 89
Hipertensi Tahap 1                    140 -  159             atau           90 - 99
Hipertensi Tahap 2                160 atau lebih           atau      100 atau lebih
Hipertansi tahap krisis         tinggi drpd 180         atau      tinggi drpd 110
(perlukan rawatan kecemasan)

(Dikeluarkan oleh AHA)

AJAIBNYA PERKATAAN

Pak Teh | Rabu, Februari 16, 2011 |
As salam....

A
pa sahaja yang kita buat, kita cuba lakukan yang terbaik...kalau periksa atau buat assignment  tu kita nak markah yang tinggi, kalau boleh nak markah penuh 100%....biasanya kalau kita dapat 100% akan dapat pujian EXCELLENT!!!...tapi pernah ke kita terfikir mengapa excellent, tak boleh ke setakat GOOD...atau VERY GOOD?

Aku tak pasti adakah secara kebetulan penggunaan perkataan excellent untuk kata pujian bagi 100% atau adakah si pencipta perkataan tersebut punya makna tersembunyi? Tetapi yang jelas perkataan excellent itu jika dikaitkan dengan angka, ia membawa makna tersembunyi...macam mana tu?
Huruf abjad A sampai Z ada 26 semuanya..... cuba kita lihat huruf yang ke berapa dalam abjad yang membina perkataan excellent
C    huruf ke 3
E    huruf ke 5
L    huruf ke 12
N    huruf ke 14
   huruf ke 20
X    huruf ke 24
Sekarang gantikan huruf yang membina perkataan excellent tu dengan angka dan jumlahkan
(E+X+C+E+L+L+E+N+T) === (5+24+3+5+12+12+5+14+20)= ?

Fikir-fikirkan

MAULIDUR RASUL

Pak Teh | Isnin, Februari 14, 2011 |
As salam...
H
ari ini tanggal 11 Rabi'ulAwal 1432 Hijrah...InsyaAllah, dengan izinNya jua kita akan menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 1432 Hijrah esok, 12 Rabi'uAwal (Selasa)


Kepada yang terlupa, 12 Rabi'ulAwal bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib hari ini    (11 Rabi'ulAwal)...perbanyakkan lagi selawat ke atas Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dituntut...

1Malaysia 1Ummah

AHLI TERBARU KELAB BLOGGER CIKGU

Pak Teh | Isnin, Februari 14, 2011 |
As salam...

A
hli terbaru Kelab Blogger Cikgu (KBC) yang ke 23 , chempaka aurora

Terima kasih

BETUL KE BEBAN KEJE CIKGU BERTAMBAH?

Pak Teh | Ahad, Februari 13, 2011 |

As salam...

B
aru-baru ni agak hangat jugak diperdebatkan tentang pertambahan keje cikgu di dada-dada akhbar..aku rasa malu gak kerana pertelegahan tu berlaku di kalangan guru sendiri..kalau cikgu adalah golongan profesional eloklah dibincangkan secara profesional, bukannya kutuk mengutuk secara terbuka..dan nanti jangan salahkan masyarakat memandang serong terhadap profesion guru kerana guru sendiri tak menghormati profesion mereka....aku berharap sangat perkara ini tidak berlaku lagi jika kaum guru betul-betul ingin memartabatkan profesion guru ke tahap yang lebih dihormati...Sebenarnya tidak timbul istilah BEBAN KERJA jika guru menerima tugas itu sebagai satu TANGGUNGJAWAB, PENGHORMATAN dan KEPERCAYAAN...hanya guru yang "berkira" sahaja yang mengatakan beban kerja bila diberi tugas...Banyak atau sedikit tugas itu adalah sesuatu yang relatif dan tugas seorang guru tu tidaklah rigid...bila seorang guru itu telah menetapkan senarai tugas yang patut dilakukan, dan bila dapat suatu tugas yang tidak ada dalam senarai, maka timbullah isitilah "beban kerja"... tapi aku tau dan yakin seorang guru yang "tulen" takkan ada istilah beban kerja pada mereka...(guru yang macam ini aku "tabik spring" untuk mereka)...Wallahhualam

LAGI AHLI KELAB BLOGGER CIKGU

Pak Teh | Ahad, Februari 13, 2011 |
Ahli No. 11 (MoChi-MoChiKu)
Ahli No. 12 (anishaway)


Ahli No. 13 (Zaiya)
Ahli No. 14 (Cikgu Fiq)
Ahli No.15 (Sherry)
Ahli No. 16 (cikgu ct)
Ahli No. 17 (sha)
Ahli No. 18 (falia shazana)

Ahli No. 19 (musz)
Ahli No. 20 (chegu zubir)

Ahli No. 21 (MiSs WuNny)
Ahli No. 22 (Bahulu)
                        

WANITA OH WANITA

Pak Teh | Jumaat, Februari 11, 2011 |
As salam...

RENUNGAN HARI JUMAATW

ANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK,

TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.


Sumber:scribd.com

Next previous home