SALAM MAAL HIJRAH 1438H

KISAH ATIKAH

Pak Teh | Rabu, September 19, 2012 |







Memang lumrah manusia sekiranya suatu yang tidak disukai, manusia akan memberi respon. Cuma cara respon itu yang berbeza, ada yang hanya respon dengan " body language" dan ada juga secara lisan, yang lebih kenali sebagai menegur. Apabila kita menegur tidaklah boleh ikut suka hati sahaja, kena tengok situasi, siapa yang ditegur dan banyak lagi yang kita kena ambilkira. Secara mudahnya, kita berhikmah dalam menegur.
" Atikah binti Zaid, seorang wanita yang sangat cantik. Khalifah Umar bin al-Khattab menikahinya pada tahun 12 Hijrah setelah suaminya terbunuh. Sayidina Umar sangat mencintai isterinya ini dan selalu menuruti segala keinginannya.
Salah satu kesukaan Atikah adalah menghadiri solat berjemaah di masjid. Meskipun Umar tidak suka isterinya keluar rumah, namun beliau tidak pernah menghalang Atikah daripada melakukan apa-apa yang ia inginkan,
Namun begitu, Umar merancang sesuatu agar Atikah tidak lagi keluar rumah atas kehendaknya sendiri.
Pada suatu malam yang gelap, Umar berdiri di tepi jalan. Beliau menunggu Atikah yang akan melintas untuk pergi ke masjid,
Apabila Atikah melalui jalan tersebut, Umar mendekatinya dari arah belakang, menepuk punggung Atikah dengan tangannya, lalu pergi meninggalkan tempat tersebut.
Atikah yang tidak mengetahui bahawa lelaki yang menepuknya itu ialah suaminya sendiri menjadi ketakutan. Beliau segera balik ke rumah dan sejak hari itu tidak pernah lagi keluar ke masjid"

Sumber: al-Ustaz

Pak Teh | Jumaat, Ogos 17, 2012 |

PARAM ATAU BARAM?

Pak Teh | Isnin, Julai 23, 2012 |

PARAM atau BARAM? Pelik gak kan bunyinya...Sebenarnya PARAM adalah akronim bagi Pasar Ramadhan dan BARAM pula akronim bagi Bazar Ramadhan. Kedua-dua akronim itu semakin popular digunakan oleh orang ramai. Maklum sahajalah, biasanya ke pasar atau bazar ramadhan perlukan cepat sampai, kalau tidak melepaslah apa yang diidamkan untuk dijadikan juadah berbuka. Maka nak menyebutnya pun perlu ringkas. Tidak dinafikan PARAM atau BARAM merupakan lokasi tumpuan utama pembeli dan penjual, malah merupakan lokasi punca rezeki para penjual...kata orang, cari duit raya. Malah bukan Islam juga menanti-nantikan kedatangan Ramadhan kerana bila tiba Ramadhan, bermakna akan tumbuh macam cendawan PARAM/BARAM, tempat dikatakan "syurga makanan dan minuman"...sebut apa sahaja, semua ada..
Tapi bila berbelanja membeli juadah berbuka puasa, janganlah berlebihan, ingat-ingatlah fakir miskin.. dan Pak Teh teringat dengan kata-kata seorang ustaz..takde salahnya sekali sekala berbelanja di PARAM/BARAM cuma nanti takut-takut kita bersyubahah pulak..sepatutnya kita membeli makanan atau minuman yang halal dan toyibah..tapi bagaimana jika makanan/minuman itu disediakan  dan dijual oleh orang yang tidak solat dan tidak berpuasa....wallahhualam



SEKALI CAKAP CUKUPLAH!

Pak Teh | Selasa, Jun 12, 2012 |


Ada sesetengah orang memang tidak suka percakapan yang sama diulang banyak kali, sampaikan ada yang kurang sabar tidak teragak-agak berkata " Sekali cakap cukuplah..kau ingat aku pekak ke?" Tetapi hakikatnya kita tidak tahu apakah niat seseorang itu bercakap berulang kali atau mengulangi perkataan yang sama. Mungkin dia menyangkakan orang tidak dengar apa yang dicakap atau si pendengar tidak memberi perhatian. Apapun andaiannya, mengulangi percakapan atau perkataan adalah lebih baik.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Ahmad, Abu Dawud dan Abu Syaikh: Aishah r.a. meriwayatkan bahawa " Rasulullah s.a.w. tidak pernah berbicara seperti anda semua yang berbicara dengan sangat jelas. Adalah cara Rusulullah s.a.w. berbicara dengan jelas dan satu persatu sehingga orang duduk bersamanya dapat menghafal kata-katanya"

Percakapan Rasulullah s.a.w. jelas, tegas dan tidak terlalu cepat. Apabila bercakap, baginda gemar mengulanginya sebanyak tiga kali supaya mudah difahami.

Hadis riwayat At-Tarmizi dan Hakim: Anas bin Malik r.a. membenarkan pernyataan di atas bahawa " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengulangi perkataannya sebanyak tiga kali agar difahami oleh pendengarnya"

Sumber:Biografi Agung Rasullullah s.a.w.


PRIORITY

Pak Teh | Isnin, April 23, 2012 |
Dah lama Pak Teh tak buat entri....kerana ada beberapa sebab, antaranya ada kaitan dengan tajuk entri Pak Teh Kali ni...priority...keutamaan...dalam kehidupan seharian kita terlalu banyak tanggungjawab dan tugasan yang perlu diselesaikan...kadangkala kehidupan kita menjadi celaru kerana kita tidak dapat membezakan yang mana satu menjadi keutamaan....dari aspek pengurusan, yang menjadi keutamaanlah yang patut kita selesaikan dulu...apepun keutamaan kita dalam kehidupan seharian ialah menunaikan solat lima waktu...selesaikan itu dahulu, baharulah buat yang lain...wallahhualam

ROUTINE

Pak Teh | Isnin, Februari 06, 2012 |

Routine disebut dengan roo-teen, secara mudah bermaksud sesuatu yang kita lakukan perkara yang sama  dan pada masa yang sama. Kadangkala bila dah jadi routine, kita tak sedar ianya berlaku tanpa kita sedari dan kadangkala kita berasa ada kekurangan apabila sesuatu yang routine itu tidak dilakukan. Apapun rountine itu pada Pak Teh ada baiknya dan buruknya...tetapi yang menjadi rungutan apabila routine menimbulkan rasa bosan; maklumlah perkara yang sama dilakukan setiap hari...ironinya ada gak yang routine itu menyebabkan seseorang menjadi lebih produktif atau lebih pakar..
Apa yang Pak Teh nak sentuh dalam entri kali ini ialah routine dalam aspek keselamatan. Jika kita amat-amati banyak kes jenayah berlaku disebabkan mangsa melakukan perkara yang routine. Sebagai contoh jenayah rompakan; bila kita kaji latar belakang kes itu, kebanyakannya berpunca dari routine. Penjenayah telah melakukan intipan beberapa lama untuk mengetahui bila masa mangsa melakukan sesuatu aktiviti; misalnya bila biasanya seseorang peniaga itu memasukkan wang ke dalam bank. Oleh itu jika mangsa menjadikan aktiviti masukkan wang ke dalam secara routine, sudah tentulah penjenayah mudah bertindak.
Begitu juga kita pernah dikejutkan dengan kes murid perempuan dirogol semasa pergi sekolah, malah ada yang bukan setakat dirogol tetapi dibunuh. Semua ini berlaku pada pendapat Pak Teh berpunca dari routine; murid itu pergi ke sekolah masa yang sama dan laluan yang sama.
Apa kata dalam aspek keselamatan, sekali sekala kita jangan lakukan perkara yang routine. Memanglah orang kata, kalau dah takdir macam mana nak buat...tetapi kita janganlah terlalu berserah kepada takdir, kita perlulah berikhtiar. Apabila dah berikhtiar, barulah kita boleh kata takdir...Wallahhualam

THE LONGEST MARRIED COUPLE

Pak Teh | Khamis, Februari 02, 2012 |

Semasa Pak Teh surf internet untuk mencari sesuatu yang Pak Teh sendiripun tak tau apa yang Pak Teh nak cari, terjumpalah artikel yang menjadi  tajuk entri kali ini. Pasangan Wilbur dan Teresa Faiss dari Las Vegas diiktirafkan sebagai America's Longest Married Couple oleh satu kumpulan yang dinamakan Worldwide Marriage Encounter. Pasangan itu berkahwin pada April 1933 dan tidak lama lagi akan meraikan hari perkahwinan mereka yang ke 80. Hebat kan? Umur Wilbur sekarang ialah 100 tahun; dan mungkin umur yang panjang itulah yang menjadi salah satu faktor mengapa perkahwinan mereka menjadi lebih lama sehingga sekarang. Pak Teh tersenyum membaca komen Wilbur apabila ditanya bagaimana perkahwinan mereka boleh bertahan begitu lama; komen Wilbur, 
"It's very simple. It's give and take and compromise."
Fikir-fikirkan....Wallahhualam




Sumber: Yahoo- CNN

Next previous home