As salam...
Alhamdulillah....pejam celik, pejam celik....rupanya dah genap setahun aku berblog...maka bertambahlah pengalaman dan ilmu aku dalam blogging ni...mungkin juga dah banyak ilmu dan pengalaman aku dikongsi dengan kekawan...aku juga mengucapkan terima kasih kepada kekawan yang sudi membimbing aku dalam dunia blog dan kredit patut aku beri kepada
Laman Misz.
Aku juga ingin ambil kesempatan untuk meminta maaf kepada kekawan yang tersinggung dengan apa yang aku tulis dalam shoutbox dan komen dalam entri.
Sempena ulang tahun pertama blog MATAHARIKU, aku nak kekawan sama-sama meraikannya dengan menyertai peraduan yang agak mudah...
Syarat-syarat peraduan:
1. Terbuka kepada semua kekawan follower blog MATAHARIKU dan ahli Kelab Blogger CIkgu
2. Buat entri di blog kekawan dengan title ULANG TAHUN PERTAMA MATAHARIKU
3. Copy & paste image di atas
4. Buat ayat yang kreatif berdasarkan setiap huruf perkataan MATAHARIKU mengikut susunan. Contoh: perkataan KASUT.... Kalau Aku Suka Umpama Terbang
5. Tag entri tersebut kepada seberapa ramai yang kekawan suka, secara tak langsung blog yang kekawan tag tu boleh mengambil menyertai peraduan ini
6. Maklumkan melalui shoutbox yang kekawan menyertainya
7. Tarikh tutup pada 14 Mac 2011 dan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2011
Pemenang: ayat yang paling kreatif
Hadiah: Hadiah aku sediakan taklah begitu lumayan, saje suka-suka di samping menguji kreativiti kekawan mencipta ayat. Hadiahnya
Hadiah utama:
Tiga hadiah saguhati setiap pemenang
Selamat mencuba kekawan....