SALAM MAAL HIJRAH 1438H
Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMUM. Papar semua catatan

HARI KEBANGSAAN ATAU HARI KEMERDEKAAN?

Pak Teh | Jumaat, Ogos 28, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera...

Malaysia sebagaimana kita sedia maklum merupakan salah sebuah negara yang agak unik; unik dengan kepelbagai bangsa, agama dan budaya. Keunikan inilah membuatkan ramai pelancong datang ke Malaysia. Bayangkan dalam satu masa mereka dapat melihat kepelbagaian tersebut, tidak perlu melawat ke negara-negara lain.

Malaysia juga mempunyai keunikan dari aspek kemerdekaan negara. Semua sedia maklum, Semenanjung Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Ini bermakna tahun 2015 merupakan tahun ke 58 kemerdekaan. Ironinya Sabah dan Sarawak hanya merdeka melalui pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963. Ini bermakna tarikh 31 Ogos 1957 itu tidak sesuai dijadikan tarikh kemerdekaan Malaysia kerana ketika itu Sabah dan Sarawak masih di bawah jajahan British.

Disebabkan tarikh 31 Ogos ingin dikekalkan sebagai tarikh kemerdekaan, maka tarikh 31 Ogos 2015 tidak lagi dipanggil sebagai Hari Kemerdekaan Ke-58, sebaliknya dipanggil sebagai HARI KEBANGSAAN 2015. Manakala 16 September pula bagi menghargai pengorbanan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia, maka 16 September dikenali sebagai HARI MALAYSIA.




ADUHHH...MALAS BETUL NAK TANGGALKAN ROADTAX NI

Pak Teh | Sabtu, Januari 03, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt...

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (Akta 333) dan PERATURAN LALULINTAS 1958
Gagal memaparkan cukai jalan dan tamat tempoh boleh didenda

Mungkin Pak Teh sama juga dengan orang lain yang ada kereta, kata orang "bercinta" betul bila nak tanggalkan roadtax yang tamat tempoh dan menampalkan roadtax yang baru. Maklum sahajalah silap-silap tanggal, banyak sisa-sisanya yang melekat pada cermin dan cermin nampak kotor serta mengganggu pandangan. Tetapi ada juga pengguna yang jenis "malas dan tak kisah", tidak menanggalkan roadtax yang lama dan terus tampal yang baru, dah jadi macam deretan pangkat pulak...


Sebenarnya pelbagai cara untuk menanggalkan roadtax tanpa meninggalkan kesan kotor dan gam yang melekat pada cermin. Pak Teh ingin berkongsi cara yang mudah menanggalkan roadtax berdasarkan rujukan Pak Teh dari www.myroadtax.com 

1.    Gunakan pembaris logam ataupun pisau blade untuk mengikis sisa-sisa yang melekat pada cermin. Jangan gunakan kuku kerana roadtax tertanggal tak sekata menyebabkan kerja-kerja menjadi lebih lama,

2.     Apabila sticker itu telah  ditanggalkan, sapukan dengan air sabun atau baby oil.

3.     Gosok dan tonyoh kuat sedikit sehingga kesemua sisa-sisa gam habis tertanggal.

4.     Lepas itu lap dengan kain bersih

5.     Selesai

SELAMAT MENCUBA

DATUK LEE CHONG WEI MEMBIDA NOMBOR PLAT KERETA BARUNYA HAMPIR 100K

Pak Teh | Rabu, Oktober 15, 2014 |
Assalammu'alaikum wbt...

Di Malaysia, sudah menjadi lumrah nilai nombor plat lebih mahal daripada harga keretanya. Fenomena ini berlaku terutamanya semasa membeli kereta baru, ada yang hendak nombor plat yang cantik dan unik  seperti W 1 N  dan  keadaan semasa nombor-nombor plat yang bermula dengan huruf plat BMW iaitu yang berdaftar di Selangor. Sudah tentu pembeli kereta BMW inginkan nombor plat  bermula dengan huruf plat BMW. Dalam pada itu ada juga yang tidak kisah, janji ada nombor plat kereta. Mana-mana individu yang terlalu ghairah untuk mendapat nombor yang unik, sanggup membida nombor plat dengan bidaan yang amat tinggi hingga mencecah setengah juta ringgit, sedangkan kereta yang dibeli sekitar 300K.

Kegilaan ini  juga berlaku kepada pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei. Baru-baru ini beliau membida nombor plat kereta BMW baru beliau iaitu BMW 6 sebanyak RM97,777.00. Sebelum ini pada tahun 2012, beliau membida nombor plat kereta Ferrari F430, iaitu kereta yang mampu bergerak dari 0 ke 100km dalam masa 4 saat. Nombor plat yang dibida itu ialah BLG 1 dengan bidaan sebanyak RM69,100.00

Kata orang, gila ini macam-macam gila....

Foto: Lowyat.net

Foto: paultan.org


Sumber: Vulcan, Yahoo

PRAY FOR MH370

Pak Teh | Ahad, Mac 16, 2014 |




TEKA TEKI SIPUT BABI

Pak Teh | Sabtu, November 26, 2011 |
Rasanya tak perlulah Pak Teh perkenalkan siput babi sebab semua orang kenal. Haiwan yang dianggap sebagai perosak kepada tanaman. Adalah malang bagi siput babi ini kerana mudah dimusnahkan, cengkerangnya agak lembut dan pergerakannya terlalu perlahan. Apa yang Pak Teh nak kongsi cerita ialah teka teki pasal siput babi. Biasalah.. sesetengah teka teki jawapannya tidak masuk akal dan ada juga yang melucukan. Teka teki ini hanya untuk suka-suka je. Soalan teka tekinya berbunyi "Kenapa siput babi bergerak perlahan?"
Sementara ini Pak Teh tak bagi lagi jawapannya. Pak Teh tunggu dulu jawapan-jawapan kekawan melalui komen

CCTV vs HIDDEN CAMERA

Pak Teh | Khamis, September 29, 2011 |
As salam...

Closed-circuit television atau lebih dikenali sebagai cctv adalah satu peralatan yang menggunakan kamera video untuk memancarkan signal kepada monitor yang terhad dalam kawasan yang terhad juga. Cctv ini digunakan di premis yang berisiko seperti bank, lapangan terbang, pusat perniagaan dan premis larangan. Dengan adanya cctv ini dapat mengesan apa yang berlaku dan boleh direkodkan. Kebelakangan ini banyak kes-kes jenayah dapat diselesaikan dengan adanya cctv sebagai bahan bukti atau dijadikan sebagai petunjuk untuk menyelesaikan kes jenayah. Malah sekarang ini ramai juga yang memasang cctv di rumah sebagai alat keselamatan di rumah. Biasanya kita boleh nampak ada dipasang cctv di sesuatu premis terutama lokasi yang strategik seperi di pintu masuk atau tempat menunggu lif. Kehadiran cctv ini juga membolehkan orang ramai berasa lebih selamat apabila berada di dalam sesuatu premis. Tetapi bagaimana dengan "hidden camera", adakah pemasangannya memberi manfaat seperti cctv? Realitinya, pemasangan "hidden camera" atau kamera yang disorok lebih kepada aktiviti tidak bermoral atau tidak bertanggungjawab iaitu merakam sesuatu untuk tujuan jahat. "Hidden camera" ini banyak dipasang untuk merakam aktiviti seseorang umpamanya dalam  "fitting room" di pusat membeli belah, tandas atau bilik hotel. Ramai yang telah menjadi mangsa  "hidden camera" apabila rakaman itu diedarkan atau disiarkan dalam internet.
Sehubungan itu, dalam entri Pak Teh kali ini, Pak Teh akan memanjangkan info yang Pak Teh perolehi sebagai satu panduan supaya tidak menjadi mangsa "hidden camera", terutamanya kaum wanita.
Bagaimana caranya kita nak mengesan kehadiran "hidden camera" ini? Katalah "hidden camera" itu dipasang dalam "fitting room" di pusat membeli belah. Sebelum masuk pastikan telefon bimbit kita berfungsi dan sebaik sahaja berada di dalam bilik tersebut cuba buat satu panggilan. Jika kita tidak dapat membuat panggilan, besar kemungkinan ada "hidden camera" di dalam bilik tersebut. Panggilan tersebut tidak dapat dilakukan kerana adanya gangguan kabel optik fiber (fiber optic cable) litar "hidden camera" tersebut.....Wallahhualam

LOVE BITE

Pak Teh | Sabtu, Mac 05, 2011 |
As salam...

Biasanya en3 aku banyak yang berat-berat...kali ni aku nak citer yang ringan-ringan sikit...nak citer pasal love bite..sebelum tu sesape yang dapat love bite tu kalau boleh janganlah suka tunjuk-tunjuk kat orang, sorok-soroklah sikit ataupun kalau nak buat gak, carilah tempat-tempat yang tak nampak dek orang kerana budaya kita memang tak boleh terima keadaan ni...ramai yang pandang negatif...jadi hati-hatilah...
Apa yang nak aku citer sebenarnya ialah kisah sepasang suami isteri 50an, tinggal berdua je di rumah, anak-anak dah besar, dah bekerja dan berkeluarga tinggal berasingan. Kadangkala terasa sunyi gak dan bila dah berdua nak gak bermanja-manja...

Situasi di katil bilik tidur
Isteri:    Banggg...dulu masa kita muda-muda...abang selalu sebelum tido selimutkan saya..
Suami tanpa banyak bicara terus menyelimutkan isteri
Isteri:    Banggg...dulu sebelum saya lelap, abg selalu usap-usap dan belai saya...
Suami tanpa membantah terus mengusap dan membelai isterinya
Isteri:    Banggg...selalunya masa abg usap dan belai saya, abang buat love bite kat sini (sambil meletakkan jarinya kat pangkal sisi lehernya)
Tiba-tiba suami bingkas bangun dan terus meluru ke bilik air...Kenapa?

IKLAN DI LANGIT

Pak Teh | Khamis, Januari 20, 2011 |
Memang tidak dinafikan dalam dunia perniagaan, iklan mempunyai kuasa yang sangat berkesan untuk mempromosikan sesuatu perkhidmatan atau barangan. Iklan dapat meningkatkan lagi hasil perniagaan. Jadi tidak hairanlah dalam media cetak atau media elektronik dipenuhi dengan pelbagai iklan. Secara tak langsung pihak yang menyiarkan iklan tersebut juga mendapat hasil pendapatan. Di satu tahap, pihak yang menyiarkan iklan menetapkan bayaran tertentu terhadap siaran iklan tersebut. Jika di tv, jika diiklankan semasa waktu siaran utama, misalnya semasa berita utama, kadar bayaran iklan adalah amat tinggi. Ada juga setengah pihak mengiklankan syarikat mereka melalui penajaan sesuatu program kerana mereka percaya dengan menaja sesuatu program, secara tak langsung mengiklankan jenama syarikat mereka. Tidak cukup dengan mengiklan melalui media elektronik dan media cetak, ada juga pihak
mengiklan di langit. Di langit? Biar betul...siapa yang tengok iklan di langit? Nak tau....click sambungan entry di bawah

previous home