AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (Akta 333) dan PERATURAN LALULINTAS 1958 Gagal memaparkan cukai jalan dan tamat tempoh boleh didenda |
Mungkin Pak Teh sama juga dengan orang lain yang ada kereta, kata orang "bercinta" betul bila nak tanggalkan roadtax yang tamat tempoh dan menampalkan roadtax yang baru. Maklum sahajalah silap-silap tanggal, banyak sisa-sisanya yang melekat pada cermin dan cermin nampak kotor serta mengganggu pandangan. Tetapi ada juga pengguna yang jenis "malas dan tak kisah", tidak menanggalkan roadtax yang lama dan terus tampal yang baru, dah jadi macam deretan pangkat pulak...
Sebenarnya pelbagai cara untuk menanggalkan roadtax tanpa meninggalkan kesan kotor dan gam yang melekat pada cermin. Pak Teh ingin berkongsi cara yang mudah menanggalkan roadtax berdasarkan rujukan Pak Teh dari www.myroadtax.com
1. Gunakan pembaris logam ataupun pisau blade untuk mengikis sisa-sisa yang melekat pada cermin. Jangan gunakan kuku kerana roadtax tertanggal tak sekata menyebabkan kerja-kerja menjadi lebih lama,
2. Apabila sticker itu telah ditanggalkan, sapukan dengan air sabun atau baby oil.
3. Gosok dan tonyoh kuat sedikit sehingga kesemua sisa-sisa gam habis tertanggal.
4. Lepas itu lap dengan kain bersih
5. Selesai
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH