Pak Teh biasa melihat melalui tv dan selalu membaca mengenainya melalui akhbar-akhbar, tapi kali ini Pak Teh melihat sendiri kejadiannya.... Pak Teh pergi ke sebuah pasaraya yang mempunyai basement parking yang hanya boleh memuatkan kira-kira 50 buah kereta. Agak banyak juga kereta parking di situ, maklumlah jelah lunch hour. Dalam Pak Teh mencari-cari tempat kosong, ternampaklah dua tiga orang melakukan sesuatu pada sebuah kereta Kancil, tapi Pak Teh tidak merasakan sesuatu yang ganjil berlaku kerana pengawal keselamatan pun ada bersama. Nasib Pak Teh baik kerana ada satu tempat kosong, setelah mengunci pintu kereta, Pak Teh terus menaiki tangga ke pasaraya membeli barang. Lebih kurang setengah jam membeli barang, Pak Teh terus turun ke tempat parking. Kali ini Pak Teh agak hairan kerana bukan setakat dua tiga orang berada dekat kereta Kancil tadi, malah lebih ramai lagi. Pak Teh terus memasukkan barang dalam kereta dan terus pergi ke kereta Kancil yang dikerumuni ramai orang tadi. Rupa-rupa mereka sedang berusaha membuka pintu kereta Kancil itu. Dalam kereta Kancil ada seorang kanak-kanak dalam usia setahun lebih yang ditinggalkan, tidak tahu siapa yang meninggalkan kanak-kanak itu. Dalam usaha hendak membuka pintu kereta itu, pelbagai cara mereka cuba lakukan tapi tidak berjaya. Pak Teh tengok kanak-kanak itu berpeluh-peluh kepanasan. Ada yang menyarankan pecahkan sahaja cermin, ada yang menyarankan panggil bomba. Dalam pada itu, pengawal keselamatan mengatakan telah dibuat pengumuman dalam pasaraya tentang kanak-kanak yang dalam kereta Kancil itu. Kira-kira dalam 10 minit kemudian, ternampak seorang wanita berpakaian niqab (seperti dalam foto) menjinjing barang menuju ke kereta Kancil. Ada yang menegur wanita itu, "Kereta puan ke?" Tapi tidak nampak dia berjalan dalam keadaan cemas tambahan tidak nampak riak mukanya. Ada yang bertanya kenapa tinggalkan anak dalam kereta bersendirian, dia menjawab ringkas, "dia tidur tadi...ada udara dalam dalam kereta". Dia terus masuk kereta, hidupkan enjin kereta dan terus berlalu tanpa sepatah kata. Takde kata-kata terima kasih atas perihatin orang ramai terhadap anaknya. Apa yang Pak Teh kesalkan mengikut cerita pengawal keselamatan itu, dia perasan wanita itu berada dalam pasaraya semasa pengumuman dibuat dan nampak wanita itu keluar dari pasaraya, bukan terus ke kereta tetapi masuk pula ke kedai emas. Pak Teh tak nak komen lebih-lebih, memadailah Pak Teh berkongsi cerita ini.
4 ulasan:
ish,ade jgk mcm ni yer. klu ayah,wlpun adik2 punyelh best tido dlm kete..ayah sggup kjutkn dri biarkn gtu.
tulah coklad...kkdg pelik gak..samalah kta berdoa supaya makin berkurang berlaku peristiwa mcm ini
Macamana la seorng ibu boleh buat macam tu tanpa ada apa2 perasaan yea..sudah begitu murahkah kasih ibu buat seorang anak? kesian budak tu..nasib baiklah tak de apa2 yang berlaku..sekiranya sebaliknya, tidakkah nanti dia akan menyesal buat seumur hidup?
Betul Diana ... langsung takde rasa brsalah tinggalkan anak keseorangan dlm kereta wpun dah banyak kes kanak2 mati disebabkan sikap ibubapa begitu.
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH