Pelik juga kan apabila baca tajuk entri...suka jika dibenci. Silap-silap ada yang mengatakan individu yang berkenaan kurang siuman. Jika membenci sesuatu atau seseorang itu memanglah ramai terutamanya yang berkaitan dengan nilai, akhlak dan hukum. Apabila seseorang yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum atau nilai murni, sudah tentu ramai yang membencinya. Jadi bila dah benci, macam-macamlah tindakan orang yang membenci supaya perbuatan itu tidak terus berlaku. Tak boleh secara perbuatan, gunakan pertuturan...tak boleh juga, memadai dengan ada rasa sifat benci di hati.
Jadi dalam keadaan yang macam mana kita suka dibenci? Pak Teh nak berkongsi dialog di antara Nabi Muhammad SAW dan iblis laknattullah
Nabi Muhammad SAW bertanya kepada iblis, "SIapakah orang yang paling engkau benci?"
Iblis menjawab, "Dirimu, wahai Muhammad."
Nabi Muhammad SAW kemudian bertanya," Lalu siapa lagi?"
Iblis menjawab,
">Pemuda Muslim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatiannya hanya kepada Allah.
>Orang alim yang warak iaitu orang yang menjaga dirinya daripada hal-hal yang haram dan hal-hal yang subahat serta sentiasa bersabar.
>Orang yang sentiasa menjaga kesuciannya daripada tiga jenis kotoran iaitu hadas besar, hadas kecil dan najis dengan berwuduk.
>Orang fakir yang sentiasa bersabar iaitu mereka yang tidak mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kepada orang lain selama tiga hari.
>Orang kaya yang bersyukur iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa yang dihalalkan Allah dan membelanjakan serta menyalurkannya sesuai dengan ketentuan-ketentuan syariat."
(Hadis laporan Muadz bin Jabbal daripada Ibu Abbas)
Sumber: 3T (Taubat, Tasbih, Tahajud) oleh Zaini Ali Bakar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH