SALAM MAAL HIJRAH 1438H

LIMA TERATAS DALAM DUNIA BANDARAYA PALING PADAT PENDUDUK

Pak Teh | Sabtu, Oktober 11, 2014 |
Assalammu'alaikum w.b.t.

Menurut kajian NYU's Marrron Institute, menjelang tahun 2210, jumlah penduduk dunia dijangka bertambah daripada 7 bilion kepada 11.3 bilion orang; dengan 87% tinggal di kawasan bandar.
Menurut penarafan CityMayors.com, 5 bandaraya paling padat penduduknya berdasarkan kepada setiap satu kilometer persegi ialah:


Pertama: Mumbai, India (29,650 orang setiap km.persegi)
Kedua: Kolkata, India (23,900 orang setiap km.persegi)
Ketiga: Karachi, Pakistan (18,900 orang setiap km.persegi)
Keempat: Lagos, Nigeria (18,150 orang setiap km.persegi)
Kelima: Shenzhen, China (17,150 orang setiap km.persegi)

Foto: Wikipedia

Kepadatan penduduk WP Kuala Lumpur ialah 6,680 orang setiap km.persegi



SAMAN.. JANGAN TAK SAMAN CIKGU!

Pak Teh | Isnin, September 01, 2014 |
Assalam dan selamat sejahtera.....masih belum terlambat untuk Pak Teh mengucapkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! kepada 3 generasi Malaysia setelah 57 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Generasi pertama yang merasa sendiri kepahitan untuk mencapai kemerdekaan...generasi kedua yang bersusah payah untuk memenuhi erti kemerdekaan dan generasi ketiga yang menikmati kemerdekaan... "air dalam bosi, api dalam kaco...potik di topi, tongah menyalo"
Pak Teh tak mau cerita pasal merdeka kerana terlalu banyak media massa memberi info tentang merdeka yang lebih bermutu dan tepat. Cuma Pak Teh harap jangan terima info itu bulat-bulat kerana info itu kadangkala merupakan propaganda pihak tertentu..
Dalam post  kali ini Pak teh nak komen sedikit tentang kes saman seorang penjaga terhadap seorang guru yang dikatakan menampar pipi anaknya sehingga meninggalkan kesan tamparan pada pipi anaknya. Setelah disiasat didapati kesan tamparan di pipi itu adalah disebabkan alahan. Sekarang ini banyak pihak bersimpati dengan guru tersebut dan mencadangkan guru tersebut menyaman balik penjaga tersebut.
Pada pendapat Pak Teh adakah wajar guru itu menyaman semula penjaga tersebut. Memang mudah orang memberi komen tetapi betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Adakah tindakan menyaman semula penjaga tersebut dapat menebus maruah guru tersebut yang telah dimalukan? Adakah tindakan itu dapat memulihkan maruah profesion perguruan yang kebelakangan ini dipandang serong oleh masyarakat? Adakah tindakan menyaman semula penjaga itu boleh dijadikan satu pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya membuat laporan polis?
Bagi Pak Teh, apapun tindakan yang dibuat oleh guru tersebut ada pro dan kon nya.... Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan pendapat Pak Teh ini, pendapat seorang bekas warga pendidik yang telah merasa asam garam dunia pendidikan lebih 30 tahun  Adalah lebih mulia dan dihormati jika guru tersebut memaafkan penjaga tersebut. Tindakan ini Pak Teh rasa akan menyebabkan masyarakat akan lebih menghormati profesion perguruan yang telah tercalar selama ini.
Jadikan kes ini sebagai satu dugaan dari Allah swt terhadap guru itu khasnya dan warga guru amnya. Dugaan yang menguji tahap kesabaran guru tersebut dan menguji sejauh mana guru tersebut dapat menangani kes ini. Jauh di sudut hati Pak Teh, Pak Teh bersimpati dengan guru tersebut dan berdoa agar guru tersebut semakin tabah dalam mengharungi hidup sebagai seorang guru....


PRAY FOR MH370

Pak Teh | Ahad, Mac 16, 2014 |




TIPS MUDAH KURANGKAN TENSION

Pak Teh | Sabtu, Februari 01, 2014 |
Assalammualaikum wbt....
Pak Teh selalu diajukan soalan kenapa Pak Teh tidak nampak tension walaupun menghadapi pelbagai dugaan.....kalau nampakpun tidak ketara sangat tensionnya...
Pak Teh bukanlah pakar dalam hal ini tetapi Pak Teh hanya boleh berkongsi pengalaman Pak Teh sepanjang Pak Teh berkhidmat sebagai pegawai kerajaan...
Ada 3 tips yang boleh Pak Teh kongsikan:



Pertama:  Sabar (mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi)
Kedua:     Muhasabah diri
Ketiga:   Menggunakan prinsip " setiap apa yang berlaku kepada diri kita, hampir 100% adalah berpunca dari diri kita sendiri, samada kita sedar atau tidak sedar"

Sebagai tambahan, jika kita sebagai orang atasan, tension kita akan berkurangan jika orang bawahan kita tidak tension. Oleh itu kurangkan suasana tension terhadap orang bawahan.
Bandingkan dua pernyataan  berikut yang dikeluarkan orang atasan kepada orang bawahan:
Pernyataan 1: "Mat...siapkan kerja ni"
Pernyataan 2: "Mat...tolong saya siapkan kerja ni."

ANAK-ANAK YANG KITA INGINI

Pak Teh | Sabtu, Oktober 12, 2013 |
Assalam wbt...
Ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang soleh/soleha...sentiasa bertaqwa kepada Allah swt....berilmu yang boleh memberi manfaat kepada insan lain....
Apapun sebahagian besar anak yang  ibarat kain putih bersih akan membesar mengikut kehidupan yang dilalui

JIKA ANAK DIBESARKAN DENGAN....

celaan, maka ia belajar memaki 
permusuhan, maka ia belajar berkelahi 
cemuhan, maka ia belajar rendah diri 
penghinaan, maka ia belajar menyesali diri 
toleransi, maka ia belajar menahan diri 
dorongan, maka ia belajar percaya diri 
pujian, maka ia belajar menghargai 
sebaik-baik perlakuan, maka ia belajar keadilan 
kasih sayang dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta

SALAHKAH BERUNDUR?

Pak Teh | Selasa, September 10, 2013 |
Assalam wbt...
Melangkah bermakna kita bergerak ke hadapan...bergerak lebih jauh ke hadapan...atau melangkah menuju untuk mendapat sesuatu. Supaya mencapai matlamat dengan selamat, kita perlu melangkah "langkah demi langkah"

Tetapi bagaimana kalau kita bergerak ke belakang...bergerak lebih jauh daripada mendapat sesuatu...tindakan kita ini bukan lagi dikatakan melangkah, sebaliknya kita dikatakan berundur. Maka secara amnya berundur itu dikatakan sesuatu yang negatif. Tetapi yang negatif itulah ada masanya boleh menyelamatkan kita terutamanya apabila berhadapan dengan sesuatu yang bahaya.
Bagaimana pula berundur itu boleh bertukar menjadi sesuatu yang positif? Berundur akan menjadi positif apabila kita berundur buat seketika, mengatur strategi untuk melangkah ke hadapan dengan lebih selamat.
Jadi kalau kita hendak berjaya di dalam kehidupan kita, kita jangan takut untuk berundur. Cuma jangan berundur itu terus berundur...

Next previous home