SALAM MAAL HIJRAH 1438H

MASIHKAH KAU INGAT AYAH DAN IBU

Pak Teh | Khamis, Oktober 20, 2016 |
Dalam era dunia dihujung jari, masih ada anak-anak yang tidak ambil kisah  tentang ayah dan ibu mereka, terutamanya yang tidak tinggal sebumbung.. adakah apabila mereka sudah  tiada di dunia ini baru kita nak buat sesuatu..mungkin sudah terlambat
Untuk itu, Pak Teh buatkan video ini supaya kita sama-sama sedar betapa besarnya pengorbanan ayah dan ibu kita.


HARI KEBANGSAAN ATAU HARI KEMERDEKAAN?

Pak Teh | Jumaat, Ogos 28, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera...

Malaysia sebagaimana kita sedia maklum merupakan salah sebuah negara yang agak unik; unik dengan kepelbagai bangsa, agama dan budaya. Keunikan inilah membuatkan ramai pelancong datang ke Malaysia. Bayangkan dalam satu masa mereka dapat melihat kepelbagaian tersebut, tidak perlu melawat ke negara-negara lain.

Malaysia juga mempunyai keunikan dari aspek kemerdekaan negara. Semua sedia maklum, Semenanjung Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Ini bermakna tahun 2015 merupakan tahun ke 58 kemerdekaan. Ironinya Sabah dan Sarawak hanya merdeka melalui pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963. Ini bermakna tarikh 31 Ogos 1957 itu tidak sesuai dijadikan tarikh kemerdekaan Malaysia kerana ketika itu Sabah dan Sarawak masih di bawah jajahan British.

Disebabkan tarikh 31 Ogos ingin dikekalkan sebagai tarikh kemerdekaan, maka tarikh 31 Ogos 2015 tidak lagi dipanggil sebagai Hari Kemerdekaan Ke-58, sebaliknya dipanggil sebagai HARI KEBANGSAAN 2015. Manakala 16 September pula bagi menghargai pengorbanan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia, maka 16 September dikenali sebagai HARI MALAYSIA.




MAT JEBON MODEN

Pak Teh | Khamis, Januari 08, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera...



Pak Teh rasa semua orang tahu foto apa yang tertera di atas...tak lain tak bukan ialah sebatang pen. Jika diperhatikan betul-betul, tiada yang pelik pada pen tersebut, biasa je. Sebab nampak biasa je yang Pak Teh nak sembang ni..

Kalau masih ingat semasa era filem-filem perisikan James Bond, kita diperlihatkan dengan pelbagai gajet yang canggih untuk membantu James Bond dalam misinya. Begitu juga Pengarah/Pelakon Mat Sentol dengan filem-filem perisikannya walaupun gajet yang digunakan lebih berunsur komidi.

Tetapi ketika itu, gajet-gajet yang dibuat hanyalah untuk tujuan filem sahaja walaupun dalam dunia nyata gajet tersebut tidak berfungsi seperti yang kita lihat dalam filem.

Zaman dah berubah...dunia teknologi semakin maju..sekarang ini gajet-gajet tersebut boleh berfungsi dan dijual secara pasaran terbuka. Di antara gajet-gajet yang popular sekarang ialah spy camera. Daripada namanya sahaja kita sudah tahu, fungsinya mengambil gambar secara rahsia. Sebenarnya foto di atas adalah salah satu spy pen camera. Spy pen camera ini bukan setakat boleh mengambil foto tetapi boleh juga mengambil video.

Apa yang Pak Teh risaukan dalam era dunia tanpa sempadan ini, ada orang yang menyalahgunakan kecanggihan gajet tersebut. Salah satu kejadian yang menunjukkan salahguna gajet ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia (8.1.2015), di mana seorang remaja lelaki telah mengambil gambar-gambar adegan rakan-rakan wanitanya berada di dalam bilik mandi dengan meletakkan spy camera pen dalam bilik air tersebut. Difahamkan rakan-rakan wanitanya datang bercuti di rumahnya. Difahamkan juga,foto-foto itu belum tersebar lagi kerana salah seorang rakan wanitanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana ada  sebatang pen berada dalam bilik air. Apabila diselidiki, pen itu adalah spy pen camera.

Pak Teh rasa semua orang perlu berhati-hati terutamanya kepada kaum wanita, takut-takut ada yang mengambil kesempatan melakukan jenayah ugut atau bertujuan untuk memalukan seseorang invividu. Tambahan pula gajet-gajet ini boleh dibeli di pasaran dengan mudah kerana harganya tidak sampai RM100.00, rata-rata berharga RM50.00. Spy camera ini bukan sahaja dalam bentuk pen, ada juga dalam bentuk jam, kunci kereta, lighter seperti foto-foto di bawah.



BERHATI-HATILAH.




ADUHHH...MALAS BETUL NAK TANGGALKAN ROADTAX NI

Pak Teh | Sabtu, Januari 03, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt...

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (Akta 333) dan PERATURAN LALULINTAS 1958
Gagal memaparkan cukai jalan dan tamat tempoh boleh didenda

Mungkin Pak Teh sama juga dengan orang lain yang ada kereta, kata orang "bercinta" betul bila nak tanggalkan roadtax yang tamat tempoh dan menampalkan roadtax yang baru. Maklum sahajalah silap-silap tanggal, banyak sisa-sisanya yang melekat pada cermin dan cermin nampak kotor serta mengganggu pandangan. Tetapi ada juga pengguna yang jenis "malas dan tak kisah", tidak menanggalkan roadtax yang lama dan terus tampal yang baru, dah jadi macam deretan pangkat pulak...


Sebenarnya pelbagai cara untuk menanggalkan roadtax tanpa meninggalkan kesan kotor dan gam yang melekat pada cermin. Pak Teh ingin berkongsi cara yang mudah menanggalkan roadtax berdasarkan rujukan Pak Teh dari www.myroadtax.com 

1.    Gunakan pembaris logam ataupun pisau blade untuk mengikis sisa-sisa yang melekat pada cermin. Jangan gunakan kuku kerana roadtax tertanggal tak sekata menyebabkan kerja-kerja menjadi lebih lama,

2.     Apabila sticker itu telah  ditanggalkan, sapukan dengan air sabun atau baby oil.

3.     Gosok dan tonyoh kuat sedikit sehingga kesemua sisa-sisa gam habis tertanggal.

4.     Lepas itu lap dengan kain bersih

5.     Selesai

SELAMAT MENCUBA

HUTAN DAN BANJIR

Pak Teh | Jumaat, Januari 02, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera....

Semasa seluruh negara berada di dalam kesedihan dengan berlaku banjir luar biasa terutama di negeri-negeri Pantai Timur, Pak Teh hanya mampu berdoa dan memberi sumbangan semampu yang boleh. Semoga mangsa-mangsa banjir tabah dengan dugaan Allah swt, mungkin lebih besar hikmahnya selepas musibah ini.
Apa yang menarik perhatian Pak Teh tentang musibah ini ialah munculnya pendapat dan pandangan tentang  sebab berlakunya banjir luar biasa ini, seolah-olah kesannya seperti berlakunya tsunami. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan musibah tersebut ialah kesan pembalakan yang tidak terkawal. Pak Teh hendak menjelaskan secara mendalampun tidak berani kerana Pak Teh bukannya pakar dalam hal ini. Apa yang boleh Pak Teh kongsikan ialah tentang perkara asasnya sahaja.



Pembalakan adalah salah satu faktor berlakunya PENYAHHUTANAN; bahasa mudahnya musnahnya hutan. Penyahhutanan berpunca daripada

1.   Secara semulajadi
      a)  gempa bumi
      b)  letusan gunung berapi
      c)  kemarau
      d)  ribut/taufan
      e)  serangan penyakit perosak

2.   Aktiviti manusia
      a)  pembalakan
      b)  sumber mendapatkan hasil bukan kayu
      c)  pembukaan kawasan pertanian
      d)  pembinaan empangan hidroletrik
      e)  pembinaan tempat tinggal dan infrastruktur

Tetapi apa kaitannya dengan berlaku banjir besar itu? Jawapan mudahnya ialah apabila tiada lagi hutan, maka tiada lagi penahan atau penyaring air hujan yang turun lebat di kawasan tanah tinggi. Bukan sahaja air  terus ke kawasan rendah malahan bersama dengan lumpur.

Apabila kita lihat foto-foto yang menunjukkan berlakunya penyahhutanan di kawasan yang berlaku banjir luar biasa itu, ada kebenarannya. Juga dilaporkan bahawa Malaysia adalah negara di dunia paling banyak (peratusan) berlaku penyahhutanan antara 2000 - 2012. Fikir-fikirkan



HUTANG BILA NAK BAYAR?

Pak Teh | Jumaat, Disember 19, 2014 |
Assalammu'alaikum wbt...

Sekarang ini laman sosial di internet sudah menjadi perkara biasa sehinggakan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara peratusan tertinggi rakyatnya menggunakan laman sosial. Laman sosial yang popular di Malaysia ialah facebook, whatsapp, tweeter, instagram dan wechat dll.
Masing-masing berebut-rebut untuk mengemaskini post...kadang-kadang perkara yang remeh temeh pun nak masuk...nak cakap " i love you" kepada suami dan isteri pun nak letak di  laman sosial..pendek kata macam-macam ragam manusia ni.
Salah satu yang Pak Teh nak komen kali ni ialah meletakkan post yang menunjukkan kemewahan mereka, beli itu beli ini...shopping sana shopping sini...sedangkan kawan-kawan yang membacanya akan bercakap dalam hati "hutang akupun kau tak bayar"...

ALAAAA....AKU DAH TAHU...

Pak Teh | Ahad, Oktober 26, 2014 |
Assalammu'alaikum wbt..

Pepatah Arab ada mengatakan, “Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus.”

Pepatah di atas mengingatkan kita agar jangan memandang ringan perkara-perkara yang remeh temeh kerana perkara yang ringan atau kecil itu ada kelebihannya. Kadangkala kita lupa walaupun setakat bersembang di kedai kopi atau bersembang seketika apabila terserempak dengan rakan, kita masih ada adab bersembang.


Ilustrasi:badrulsani.wordpress.com
Nabi Muhammad SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut.

Bukan itu sahaja, apabila rakan berbicara, biarkan dia menghabiskan percakapannya walaupun kita sudah tahu apa yang hendak disampaikan atau hendak diberitahu. Jangan mudah menyampuk, alaaa...aku dah tahu...  Tindakan kita ini boleh memalukan rakan kita, tambahan jika berada di khalayak ramai.

Seorang Tabi’in yang terkenal iaitu Imam Ata’ bin Abi Rabah berkata, Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi.
Khalid bin Safwan berkata, “Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya.”
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
Wallahhualam

Sumber:iluvIslam

previous home