Foto hiasan |
Ada juga makmum yang ambil mudah bila solat berjemaah...ada yang lebih cepat dari pergerakan imam dan ada yang terlalu lambat mengikut imam. Dalam entri ini Pak Teh nak kongsi satu kisah mengenai makmum yang mendahului imam, dipetik daripada Mirqat al-Mafatih dalam buku Solat Berjemaah karangan Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz:
Diriwayatkan daripada setengah ulama hadis bahawa ada seorang lelaki telah pergi ke Damsyik kerana ingin mengambil riwayat hadis daripada seorang guru yang masyhur di sana.
Setibanya di sana dia telah diterima sebagai murid oleh guru tersebut dan terus memulakan pengajian dengannya. Apa yang menghairankan pelajar ini ialah gurunya telah meletakkan tabir semasa mengajar menyebabkan dia tidak dapat melihat muka gurunya dan tidak dapat mengenalinya.
Oleh kerana keinginan yang kuat, walaupun tidak melihat wajah guru, pelajar tersebut meneruskan pengajiannya dengan tekun dan beristiqamah. Setelah pengajiannya berlarutan memakan masa yang lama dan gurunya mula yakin dengan keikhlasan dan kesungguhannya, maka guru tersebut telah membuka tabir yang menghalang di antara mereka. Bila tabir dibuka, anak muridnya terkejut kerana wajah gurunya bukan wajah manusia tetapi wajah keldai.
Gurunya berkata: "Wahai anakku, berwaspadalah kamu daripada mendahului pergerakan imam ketika solat fardhu berjemaah. Sesungguhnya ketika dibacakan hadis ini kepadaku, aku beranggapan jauh kemungkinan berlaku pertukaran kepala atau wajah kepada kepala atau wajah keldai apabila seseorang mendahului perbuatan imamnya ketika solat. Lalu ketika solat aku sentiasa melakukannya, maka tiba-tiba bertukarlah mukaku kepada sebagaimana yang kamu lihat sekarang"
Wallahhualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH