Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt akhirnya dapat juga Pak Teh sediakan satu blog khas untuk "cikgu-cikgi" mencurahkan segala pengalaman dalam bidang pendidikan. Blog ini Pak Teh namakan sebagai KELAB BLOGGER CIKGU (KBC) . KBC mempelawakan rakan-rakan guru memberi sumbangan dalam bentuk entri yang berkaitan dengan bidang pendidikan, terutamanya aspek pengajaran-pembelajaran atau pengalaman guru dengan murid-murid atau penjaga murid. Apa yang perlu rakan-rakan guru lakukan ialah menjadi follower kepada KBC dahulu. Sesudah itu, jika ada entri rakan-rakan yang hendak dikongsi dengan rakan-rakan lain, hanya perlu tinggalkan pesan dalam shoutbox KBC. Pak Teh akan buat entri untuk linkkan dengan entri rakan-rakan tersebut. Secara tidak langsung, blog rakan-rakan akan dikunjungi oleh blogger lain walaupun bukan follower blog rakan-rakan. Namun begitu sebelum Pak Teh linkkan, Pak Teh kena semak dahulu kandungannya samada sesuai atau tidak untuk dipanjangkan kepada rakan-rakan blog yang lain. Walaupun rakan-rakan tidak memberi sumbangan, masih boleh menjadi follower KBC. Apa tunggu lagi....
URL Kelab Blogger Cikgu http://kelabbloggercikgu.blogspot.com
7 ulasan:
saya dah klik url atas tu tpi untuk invited reader only...x leh masuklah..klik kat banner sidebar tu pon x leh gak..huhu..sila beri tunjuk ajar
Apapun tksh Tunz kerana telah mencuba. Saya pun tak pasti apa masalahnya. Mungkin silap setting Pak Teh buat. Nanti Pak Teh check balik. Kalau dah boleh, Tunz bagi tau ye
itu pak teh kene g setting > permission > blog reader bawah tuh click untuk anybody. (hope dapat membantu)
salam kenalan pakteh..
kakyong singgah dr blog Mia..
means,pak teh taip kat new post kan..then nak masuk link..so click link >tick kat kotak kecik bawah dalam tuh(Open this link in a new window). mcm tuh je
Mas..tksh krn bg panduan, pak teh dah buat
kakyong...salam perkenalan buat kakyong...selalu2lah jengah blog pak teh
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH