SALAM MAAL HIJRAH 1438H

ORANG KETIGA

Pak Teh | Ahad, Januari 29, 2012 |
Pak Teh rasa tak perlulah Pak Teh mengulas lebih lanjut isu kehadiran orang ketiga dalam keretakan sesebuah rumahtangga. Semua orang sedia maklum kesannya kehadiran orang ketiga dalam kehidupan sepasang suami isteri. Bagi pasangan yang tidak cukup sabar menerima ujian tersebut, mengambil jalan mudah dengan bercerai. Tetapi ada juga yang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Tambahan bila memikirkan nasib anak-anak; anak-anak membesar dalam suasana ibubapa yang telah berpisah. Bermacam-macam ikhtiar untuk menyelamatkan rumahtangga, antaranya ialah cara "berubat" dengan bertujuan pihak yang terlibat samada si suami atau si isteri melupakan orang ketiga. Tetapi ada juga pihak yang mengambil kesempatan dalam usaha menyelamatkan rumahtangga yang hampir hancur. Dalam entri kali ini Pak Teh ingin berkongsi satu kisah benar mangsa kes orang ketiga yang mana pada pendapat Pak Teh ada orang ambil kesempatan walaupun dia tahu mangsa sangat berharap bantuannya. 
Kisahnya begini....si isteri telah dapat mengesan suaminya telah banyak berubah, risik punya risik rupanya suaminya ada perempuan lain. Dengan nasihat rakan kepada si isteri, si isteri diminta "berubat" dengan seseorang yang dikenali sebagai seorang yang alim dan warak, yang punya kebolehan "melihat" atau bahasa mudahnya boleh "menilik". Orang alim ini dapat menceritakan secara detail tentang kegiatan si suami. Bayangkan kalau dia boleh menceritakan secara detail tentulah si isteri percaya dan berharap sangat orang alim itu dapat membantunya. Tetapi yang Pak Teh tertanya-tanya tentang keikhlasan orang alim itu hendak membantu. Cuba kekawan membuat penilaian dengan kenyataan yang dibuat oleh orang alim itu kepada si isteri pada pertama kali berkomunikasi, " Jika suami puan betul-betul tinggalkan puan, saya sanggup mengambil puan sebagai isteri saya dan menjaga anak-anak puan kerana puan perempuan yang baik." . Apa komen kekawan?

Wallahhualam

2 ulasan:

Unknown berkata...

kesian wanita itu..diperdaya kerana kelemahannya

Pak Teh berkata...

kdgkala kita jgn mudah percaya syima

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home