SALAM MAAL HIJRAH 1438H
Memaparkan catatan dengan label KISAH DULU-DULU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH DULU-DULU. Papar semua catatan

MANA PERGINYA

Pak Teh | Rabu, November 30, 2011 |

Siput mata kerbau
Baru-baru ini Pak Teh balik ke kampung.....teragak pulak nak berjalan-jalan di tepi pantai berhampiran rumah orang tua Pak Teh. Pantai itu agak terpencil lokasinya dan memang jarang orang ke situ, kecuali penduduk kampung sahaja yang tahu lokasi tersebut. Kawasan pantai itu banyak batu-batu yang merupakan tempat membiak siput-siput laut dan teritip. Pak Teh masih ingat masa kecil-kecil selalu pergi ke situ untuk mencari siput laut; antaranya siput halia, siput timba, siput mata kerbau dan banyak lagi. Kalau siput timba agak mudah mencarinya kerana ia menjalar di atas batu-batu. Kalau siput halia dan siput mata kerbau kena terbalikkan batu-batu tersebut kerana siput-siput itu berada di bahagian bawah batu-batu. Biasanya bila Pak Teh bersama adik beradik dan arwah emak pergi ke situ bukan setakat mencari siput sahaja, kami juga mencari teritip. Tapi mencari teritip arwah emak yang lakukan kerana agak rumit untuk mendapatkan isi teritip tersebut. Untuk mendapatkan isi teritip, perlu dipecahkan dulu cengkerangnya yang melekat pada batu menggunakan besi. Kalau tidak biasa, memang mudah luka jari-jari kerana cengkerang teritip itu tajam. Kadangkala nak mendapatkan isi teritip penuh sebuah tin susu cair memakan masa 4, 5 jam. Jadi Pak Teh yang masih kecil masa itu hanyalah setakat mencari siput-siput sahaja. Bila sampai di rumah siput-siput itu dibersihkan dari kotoran lumpur atau pasir, kemudian di rebus dengan mencampur sedikit hirisan bawang kecil.
Biasanya bila dah siap rebus, kami adik beradik duduk bersila mengelilingi periuk rebusan siput tadi. Masing-masing siap memegang pin baju (safety pin). Untuk apa pin baju tu? Pin itu digunakan untuk mencungkil keluar isi siput. Bila dah keluar terus ngap dalam mulut! hehehehe...Biasanya siput timba kurang mendapat perhatian walaupun rasanya lebih sedap kerana isinya sedikit, tak puas makan. Jika nak puas makan, siput mata kerbau jadi pilihan, isinya banyak. Isi siput halia walaupun banyak tetapi ramai kurang minat kerana sebelum dimakan kena buangkan bahagian yang pahitnya.
Tetapi semua itu hanya tinggal memori sahaja kerana lokasi tersebut tidak ada langsung siput-siput atau teritip yang hidup, hanya yang tinggal batu-batu sahaja. Walaupun Pak Teh tidak melakukan kajian tetapi Pak Teh yakin ketiadaan siput dan teritip di situ kerana akibat pencemaran air. Tidak hairanlah kalau ada generasi sekarang tidak tahu apa yang Pak Teh ceritakan tadi.

Siput halia

KISAH DOLU-DOLU

Pak Teh | Rabu, November 23, 2011 |
Pagi ni teragak pulak Pak Teh nak makan roti canai...biasanya dalam seminggu sekurang-kurangnya 2 kali Pak Teh bersarapan dengan roti canai...Sebut pasal roti canai ni, teringat Pak Teh makan roti canai di Kota Bharu pada awal 70an. Masa tu Pak Teh terlibat dengan suatu kejohanan sukan peringkat kebangsaan...Sampai di warong tu, Pak Teh nampak berselera dengan roti canai yang dijual...Pak Teh terus order...Bila dihantar, seperti kebiasaannya Pak Teh akan cakap, " tolong bagi saya dal campur sambal"..Tuan punya warong itu tersenyum sambil bercakap dalam loghat Kelantan, " kami takde sediakan...kalau encik hendak, susu dan gula ada"...Pak Teh terpinga-pinga kerana Pak Teh tak pernah makan roti canai dengan susu atau gula...Rakan Pak Teh di sebelah "berbisik", "di sini roti canai memang makan roti canai dengan susu atau gula"...Jadi kata orang, masuk kandang kambing mengembek, Pak Teh orderlah susu...Pak Teh makan roti canai pagi tu rasa lain macam jer, maklumlah Pak Teh ni tak suka makan makanan yang manis-manis...kira itu pengalaman pertama Pak Teh..tapi semua itu sudah menjadi nostalgia kerana sekarang kalau pergi ke KB, kita bukan setakat masih boleh makan roti canai dengan susu tetapi boleh juga makan dengan kari dan dal...



MAIN BOLA GUNA BOMOH

Pak Teh | Ahad, November 13, 2011 |
                                             
Dalam kehangatan mengikuti perkembangan bolasepak Sukan SEA di Indonesia, teringat Pak Teh bermain bolasepak di sekolah rendah dulu. Pak Teh taklah bagus sangat bermain tetapi terpilih jugak sebagai striker pasukan sekolah. Sekolah Pak Teh sekolah kampung, nak jadi johan daerah susahlah sikit. Tapi entah macam mana tahun tu nasib menyebelahi sekolah Pak Teh, dapat jadi johan daerah. Setelah bermain di peringkat antara daerah, sekolah Pak Teh dapat masuk final, buat pertama kali dalam sejarah sekolah tu...Masa itu dah kira macam masuk final Piala Dunia rasanya...hehehehe...mana tidaknya, dah jadi perbualan hangat orang kampung...di kedai kopi takde cerita lain, pasal sekolah Pak Teh masuk final tambahan pulak di  pertandingan separuh akhir, sekolah Pak Teh mengalahkan sekolah Johan peringkat negeri beberapa tahun...(Pak Teh dengar semua pemain sekolah tu kena kurung dalam jamban sekolah separuh hari sebagai hukuman kerana kalah...tapi sekarang tak berlaku kes begitu, kalau berlaku dah sah kes polis! hehehe)

Sebagai persediaan ke final, adalah pihak yang membawa kami berjumpa bomoh, konon-konon salah satu ikhtiar nak menang. Pak Teh masih ingat, setelah bomoh berjampi, secara bergilir kami di tepuk-tepuk belakang badan, macam nak gugur jantung dibuatnya...antara pantang larang yang Pak Teh masih ingat, tidak boleh masuk bawah rumah dan bawah ampaian kain menjelang final.
Di hari final, kami pagi-pagi lagi di bawa ke pusat bandar dan menginap di Rumah Rehat (rest house) kerana sebelah petangnya final di stadium negeri, maklum sahajalah pertama kali masuk final, layanan tentu istimewa. Masa itu kalau duduk di Rumah Rehat dah kira hotel sekarang ni..
Sebelum bergerak ke stadium yang jaraknya dalam 150 meter, kami sekali lagi dijampi oleh bomoh dan tiap kuku jari tangan ditekan dengan kuku ibu jari bomoh itu dengan kuat, sampai merah kuku :-)
Dipendekkan cerita, pasukan kami kalah agak teruk, kalah 4 kosong...apa yang Pak Teh nak kongsi di sini, kita janganlah "menghalalkan yang haram" untuk mencapai kejayaan...
Wallahhualam

SAWADIKAP....TERKENA AKU

Pak Teh | Ahad, Ogos 21, 2011 |
As salam...

Kata orang tak sah kalau tak usik anak dara orang kalau budak lelaki duduk berkumpul ramai-ramai...paling kurang pun dengan teguran memberi salam, yang terlebih tu faham-faham jelah, tak payahlah aku nak perincikan...kali ini aku nak cerita pasal usik mengusik anak dara semasa aku berumur 20 tahun, belajar di sebuah kolej di Pulau Mutiara...ceritanya begini....memang menjadi rutin harian kami setiap petang bermain bolasepak di padang kolej. Bahagian belakang padang itu, jalanraya utama dan di seberang jalan terdapat taman perumahan, kebanyakannya rumah jenis bungalo, sudah tentu orang yang loaded saje tinggal di situ. Sebenarnya kami teruja sangat bermain bolasepak setiap petang kerana kata orang ada motivasi....dua orang wanita yang duduk di halaman rumah sering memerhati kami bermain bolasepak...nak jadi cerita, dah kerap sangat kami nampak mereka, maka mulalah kami menjadi lebih ramah...melambai-lambai tangan kepada mereka....rupanya kami tidak bertepuk sebelah tangan....peristiwa lambai melambai terus berlaku setiap petang sehingga kami semua teruja nak tahu siapa mereka...ada yang mencadangkan  supaya pergi sahaja jumpa mereka...tetapi siapa yang nak pergi? masing-masing semuanya menolak...maklum sajalah tak tahu lagi apa kemungkinan yang berlaku jika pergi menemui mereka...hasrat nak jumpa mereka itu terpendam buat seketika...nak jadi cerita, suatu petang aku gatal mulut pulak, "Kalau korang tak berani, biar aku je yang pergi!" Tapi macam mana? Bincang punya bincang, bila tengah main, salah sorang menendang bola kuat-kuat supaya bola tu melepasi pagar dan melepasi jalanraya dan sampai ke depan rumah perempuan itu...rancangan  kami menjadi, bola itu memang mendarat di depan rumah perempuan itu. Kelihatan perempuan itu memberi isyarat menyuruh datang mengambil bola..dah tentu itu menjadi tugas aku...aku pun keluar melalui lubang kecil pada pagar, menyeberang jalanraya dan sampai di depan rumah perempuan itu, tapi hanya seorang je yang ada, mana sorang lagi? Akupun tak berlengah lagi, dengan malu-malu mengambil bola itu dan terus menendang bola itu dengan kuat supaya masuk semula ke dalam padang...
Dipendekkan cerita, setelah aku menendang bola, kami bertegur sapa...rupanya perempuan Melayu...dia mengajak aku masuk ke rumah kerana "mem" nya ajak minum...aku menolak pelawaannya dengan pelbagai alasan, namun akhirnya termakan juga pujukannya...sebaik aku melangkah masuk rumah itu, berdiri seorang wanita cantik dengan tersenyum menegur aku, "Sawadikap...." kata orang, gugur jantung aku mendengar teguran suara lembut dari seorang wanita cantik...aku terpinga-pinga dengan teguran sebegitu..maklum sajelah perkataan itu ramai yang tahu iaitu bahasa Siam..."Perempuan ni Siam ke Melayu sebab yang mengajak aku masuk tadi Melayu"...Dipendekkan cerita, rupa-rupanya wanita yang menunggu di dalam rumah adalah berbangsa Thai dan bertugas sebagai Pensyarah Bahasa Thai di USM. Perempuan Melayu yang mengajak aku masuk ialah pembantu rumahnya...sejak dari peristiwa itu aku dan  Miss Ticha (nama pensyarah tu) menjadi kawan baik sehinggalah aku tamat belajar di kolej.

MANGGA RAHIMAH

Pak Teh | Selasa, Ogos 02, 2011 |
As salam...

Bila aku tengok jemaah haji yang berkumpul di lapangan terbang, macam-macam tanda yang dibuat para jemaah pada beg mereka.Tak cukup dengan tag nama yang ada pada beg, ditulis pulak dengan marker pen...lepas tu siap pulak diikat dengan ribbon...semuanya adalah bertujuan mudah mengenali beg masing-masing. Maklum sajelah, semua beg sama saje, dibekalkan oleh Lembaga Tabung Haji atau agensi..walaupun dah siap dengan tanda unik tapi masih juga berlaku kes bertukar beg. Inikan pula kalau beg-beg yang banyak itu tidak bertanda.
Entri aku kali ini nak cerita pasal guna beg yang sama jenis/rupa....Kejadian itu berlaku semasa aku menuntut di salah sebuah maktab di Pulau Mutiara...masa itu kami hanya balik kampung dengan menaiki keretapi menggunakan tiket waran. Kalau tak guna tiket itu bermakna kenalah keluar belanja sendiri. Masa itu kemudahan pengangkutan memang terhad dan kosnya pun agak mahal....sekarang ini macam-macam jenis pengangkutan awam boleh digunakan termasuklah penerbangan...
Biasalah bila balik kampung, semua pelajar akan menggunakan beg maktab sebagai identiti dan juga masa itu terasa megah bila menyandang beg maktab....jika barang banyak gunalah beg lain.
Setelah menempuh perjalanan melebihi 8 jam, sampailah kami ke stesen keretapi Tampin... kebanyakan pelajar yang turun di stesen ini adalah pelajar dari Negeri Sembilan dan Melaka....oleh kerana suka sangat, kami berebut-rebut turun keretapi..mana yang bawak lebih daripada sebuah beg, kami saling bantu membantu menurunkannya...setelah salam bersalaman antara satu sama lain, kami berpisah menuju rumah masing-masing dengan pelbagai kenderaan. Aku bertuah kerana ibubapaku menjemput dengan kereta...
Sebaik sahaja sampai di rumah, aku tak berlengah lagi membuka beg aku kerana aku ada beli buah pala sebagai buah tangan. Alangkah terperanjatnya aku bila aku buka zip beg, yang aku nampak ialah pakaian dalam wanita....alamakkkkkkkkk....dah sah bertukar beg dengan kawan perempuan di stesen keretapi tadi...macam mana ni? aku minta bantuan kakakku membuka beg tersebut kalau-kalau ada petanda siapa yang empunya beg...alhamdulillah, kakakku terjumpa sebuah buku yang tertera nama Rahimah bt........ lagi sekali aku istighfar...bukan ape, setahu aku Rahimah tinggal di Melaka, aku taktau rumahnya...dipendekkan cerita, dengan bantuan rakan semaktab, aku akhirnya dapat gak sampai ke rumah Rahimah...cuma bezanya si Rahimah ini belum sempat membuka beg aku kerana dia tak terdesak membuka segera kerana dia ada beg kedua...dipendekkan cerita, sebelum kami balik ibubapa Rahimah membekal buah mangga  yang kebetulan dah masak di laman rumah mereka.
Dipendekkan cerita, biji mangga itu kami tanam kerana isinya rasa sedap. Tiap tahun pokoknya berbuah lebat dan ramai yang dah merasa buahnya akan mintak benihnya untuk ditanam. Cuma satu soalan sahaja yang susah aku nak jawab bila mereka bertanya, "apa nama mangga ni, sedaplah"..Secara spontan aku jawab "mangga Rahimah"....ntah berapa banyak dah pokok yang ditanam di merata tempat dari benih mangga tersebut, sehinggalah ke hari ini mangga tersebut dikenali sebagai MANGGA RAHIMAH....(semoga Rahimah dan keluarganya dimurahkan rezeki...amin)

KAKAK BUAT

Pak Teh | Isnin, Julai 18, 2011 |
As salam...

Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah melalui perniagaan....tak kira kecil atau besar perniagaan tetap menggunakan strategi untuk memajukan perniagaan...kena strateginya dah tentu dapat pulangan yang lumayan...untung besar. Jangan pandang mudah orang jual kuih muih dalam bakulpun ada strateginya...kadangkala kuihnya sedap tapi tak kena strateginya, tak gak laku...
Bila sebut pasal strategi perniagaan ni, teringat masa aku masih berada dalam darjah satu (sekarang disebut tahun1)...bila hari Sabtu dan Ahad ramai pengunjung datang untuk berkelah atau mandi laut (rumahku terletak berhampiran dengan pantai)....arwah mak aku mengambil kesempatan hujung minggu membuat kuih muih untuk dijual kepada para pengunjung.....aku dan abang aku diminta berjual di tepi pantai dengan membawa bakul seorang sebuah berisi kuih muih. Kebetulan pengunjung yang datang kebanyakan rekrut tentera (ada kem tentera berhampiran)...kebanyakan mereka ini datang lebih kepada untuk mencuci mata...jadi kumpulan ini yang menjadi sasaran kami berdua....aku tak nafikan kuih muih yang arwah mak buat memang sedap, sentiasa habis jualannya. Yang aku masih ingat bila nak kuar rumah, mak selalu berpesan..."nanti kalau ada orang bertanya, siapa buat kuih ni, jawab je kakak yang buat...kalau dia orang tanya lagi, kakak dah kawin lum, jawab je belum"... mungkin juga pesan arwah mak aku itu merupakan satu strategi perniagaan, wallahhualam

TAKNAK JADI BUKIT, NAK JADI GUNUNG

Pak Teh | Isnin, Januari 17, 2011 |
Sikit-sikit lama jadi bukit...kalau boleh jadi gunung...selalu dikaitkan dengan amalan menabung..tapi sekarang ni bukan lagi menabung malah boleh melabur...kalau dulu menabung bukan di dalam bank tapi menabung dalam "tabung ayam", buluh dan ada yang dibawah bantal...tapi sekarang amat mudah untuk menabung kerana terlalu banyak bank komersial, malah lebih mudah dengan adanya mesin deposit atm..bergantung kepada hendak atau tak hendak je..mana yang ada rezeki lebih, bukan setakat menabung malah boleh melabur.. Aku masih ingat lagi ibubapa kita dulu cukup punya sah nak menabung wang, kalau adapun guna cara macam aku nyatakan di atas, tetapi cara tersebut tentulah tidak selamat.. jadi masa tu satu saja caranya dengan menyimpan dalam Bank Simpanan Pejabat Pos (BSPP). Bank Simpanan Pejabat Pos ini ditubuhkan pada tahun 1902 bermula di Neger-Negeri Selat. Disebabkan semakin ramai orang menyimpan wang di BSPP dan supaya penyimpan dilindungi, maka di bawah Akta Parlimen 146, Undang-undang Malaysia 1974, BSPP ini telah diambilalih dengan tertubuhnya Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga ke hari ini. Mungkin ramai yang tak sedar BSN adalah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
Aku juga tertarik dengan moto BSPP seperti pada kulit depan buku BSPP iaitu "
SIMPAN-LAH WANG SELALU DALAM BANK SIMPANAN PEJABAT POS UNTUK MENOLONG DIRI SENDIRI DAN NEGARA"

MISTERI GUNUNG LEDANG ....MISTERI KEDUA

Pak Teh | Rabu, Oktober 06, 2010 |
Tentu ada kekawan yang masih ingat misteri pertama dalam entri yang lepas (tu pun kalau kekawan baca hehehe)....jadi entri kali ni aku sambung citernya (atas permintaan kekawan)... keesokannya selepas sarapan dan berkemas, kami meneruskan pendakian ke puncak Gunung Ledang...hampir tengah hari kami sampai ke puncak dan mendirikan khemah di puncak Gunung Ledang..kepada yang dah pernah ke puncak tentu dapat bayangkan betapa kecil puncak Gunung Ledang, hanya muat untuk mendirikan beberapa buah khemah sahaja..kami bermalam di puncak itu dua malam...banyaklah pengalaman yang kami dapat sepanjang dua malam di puncak itu...tetapi aku akan fokus kepada misteri yang kedua tu...
Kami bergerak turun selepas makan tengah hari dan dijangka sampai ke kaki gunung sebelum Maghrib...faham-faham jelah bila menurun laju je..laju disebabkan pergerakan mudah dan orang kata badan jer kat situ, hati dah kat rumah...dipendekkan citer, sampai suatu tempat menghampiri kaki gunung, kami berkumpul untuk diberi taklimat apa yang patut dibuat bila sampai ke kaki gunung,dan amik kesempatan untuk berehat...setelah itu, kami bagi arahan kepada student supaya bergerak turun dahulu...aku , Bob dan Man meneruskan rehat kami...lagi pun nak sampai ke kaki gunung tu lebih kurang 20 minit jer...tengah sedap-sedap rehat tu, Bob berkata, "jomlah kita gerak turun, nanti hari dah gelap susah kita nak jalan"...dengan lemah longlai kami bergerak dalam satu barisan (laluannya kecil)...Man di depan, Bob di tengah dan aku belakang sekali...semasa berjalan tu yang dijangka dalam 20 minit, kami hanya bercakap sekali sekala, maklum jelah dah letih...jalan punya jalan, hari dah mula gelap...tak jugak sampai..patutnya dah lama sampai...kami pun memang dah setkan masa supaya sampai sebelum magrib, dapat solat berjemaah dengan student...aku dah mula resah, tertanya-tanya dalam hati, kenapa tak sampai lagi..kalau ikutkan masa perjalanan sepatutnya dah kedengaran bunyi suara student seramai 20 orang tu..nak kata sesat, kami bergerak menyusur laluan air terjun yang terus ke tempat kami berkumpul...hari makin gelap..masa tu tak sorangpun yang bercakap..senyap jer..walaupun masing-masing ada torchlight, sorangpun tak keluarkan...dalam hati aku, ni tak boleh jadi...tiba-tiba aku bersuara, "Man! berhenti jap!" (Man berada di hadapan sekali)...Bob dan Man tak bertanya kenapa aku suruh berhenti dan dia orangpun takdelah berkata apa-apa tentang kami tak sampai lagi. Aku pun tak tau apa yang dia orang fikir dalam perjalanan. Dengan ringkas aku cakap, "Man...kau duk tengah, biar aku depan!"...tanpa soal jawab, kami berubah kedudukan dan meneruskan perjalanan....tak sampai 5 minit kami berjalan, tiba-tiba sahaja kami dah berada di tempat kami berkumpul, dan kedengaran gelak ketawa student kami....studentpun dah siap solat Maghrib... 
Dipendekkan citer, semasa dalam perjalanan balik menaiki bas, aku masih memikirkan peristiwa itu, apa sebenarnya yang berlaku....macam-macam kemungkinan yang aku buat...adakah berkaitan dengan misteri pertama..adakah berkaitan dengan si Man yang berjalan di hadapan...tapi yang aku perasan, sepanjang perjalanan menurun puncak, Man kerap kali berjalan tidak bersama dengan kami (bersama student), sama ada dia jauh ke hadapan, jauh ke belakang atau bersendirian berjalan seberang air terjun...bila aku ceritakan dengan orang arif tentang hal ni, dia mengatakan yang si Man telah berada dalam satu "kuasa" yang cuba membawanya ke satu tempat..kata orang, ke alam "kuasa" tu..apapun pada aku, peristiwa itu adalah satu misteri...Gunung Ledang yang penuh dengan misteri...

previous home