Kadangkala kita terlalu ghairah dengan "something big", sedangkan kita lupa yang "small" kalau digabungkan akan menjadi "big"...akhirnya timbullah sikap "kalau aku sorang apa yang boleh aku buat"...sikap ini menyebabkan kita tak buat apa-apa...tiada sumbangan...
Kita juga lupa bahawa setakat hobi bercucuk tanam di keliling rumah atau hobi menanam bunga, kita sebenarnya telah melakukan apa yang dikatakan "small" tadi..dalam erti kata lain sebenarnya hobi tadi telah memberi sumbangan kepada menghijaukan bumi...
Aku tak maulah bagi fakta sains yang berat-berat, memadailah aku bagi tau apa yang aku belajar di sekolah dulu pasal tumbuhan...tumbuhan menggunakan gas karbon dioksida dari udara untuk proses membuat makanan...maknanya hobi tadi secara tak langsung telah membantu mengurangkan kandungan karbon oksida di udara...penipisan lapisan ozon berlaku secara mudahnya disebabkan oleh peningkatan kandungan karbon dioksida dalam udara...
Oleh itu, janganlah kita fikirkan sangat "something big", sumbangan kecil kita sangat bermakna dalam membantu mengurangkan kemusnahan bumi...Mari kita sama-sama menjayakan menghijaukan bumi demi kesejahteraan kita dan anak cucu kita...
P/s: maaf jika ada fakta yang salah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH