SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TANGAN KETIGA...

Pak Teh | Jumaat, April 30, 2010 |
Hoiiii..........lesen kopi-o ke?...itulah salah satu jeritan yang biasa kita dengar bila ada pemandu melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya...yeler...mana orang tak marah, kalau kereta depan kita tiba-tiba jer masuk simpang tanpa signal...tentulah mengelabah kita mengelak atau tekan brek...kalaulah kereta yang belakang tu pulak pemandu wanita tentulah disertai dengan jeritan sambil menekan brek...sampai ada orang kata, kenapa pemandu wanita kerap terlibat dengan kemalangan...kerana tekan brek dengan mulut bukan dengan kaki....hehehehe jangan marah...

Apa yang nak aku cerita kali ni, pasal belajar memandu..bukan cerita pasal orang tapi pasal aku sendiri...hehehe... lum pape aku dah ketawa sebab bila aku ingat balik peristiwa itu melucukan pada aku...masa tu belum ada ujian teori sebelum belajar memandu, terus sahaja belajar memandu...peristiwa ni berlaku pada hari kedua aku belajar memandu, cikgunya seorang Cina...
Sedang seronok aku memandu, tiba-tiba cikgu tu suruh aku masuk simpang kanan...dengan tidak  ada dakwa-dakwi, aku pun terus keluarkan tangan kanan melalui tingkap untuk memberi isyarat memperlahankan kereta dan untuk masuk ke simpang kanan (masa tu isyarat hanya gunakan tangan, sekarang ni mudah, hanya tolak je tombol signal tu)...sambil aku menekan brek perlahan-lahan, tangan kiri memegang gear untuk menukar gear rendah....dalam aku asyik fokus kepada proses nak membelok ke kanan....tiba-tiba cikgu apek aku menjerit.." haiyaaaa....mau mati ka!"....sambil dia memegang steering kereta...mula-mula tu aku terpinga-pinga gak...kemudian barulah aku tau kenapa cikgu apek tu menjerit....rupa-rupanya aku tak pegang steering...yeler...mana taknya..dah tangan kanan bagi signal, tangan kiri pegang gear...ketika itulah datangnya TANGAN KETIGA  (tangan cikgu apek)....selepas peristiwa itu, aku tersenyum setiap kali orang bercerita pasal belajar memandu...

HASIL PENULISANKU...

Pak Teh | Jumaat, April 30, 2010 |


SEDEKAH ITU MELAPANGKAN DADA

Pak Teh | Jumaat, April 30, 2010 |
Melakukan kebaikan adalah termasuk dalam perkara-perkara yang dapat mendatangkan kebahagiaan dan menghilangkan keresahan; antaranya bersedekah, beramal soleh dan memberikan sesuatu yang baik kepada orang lain.
Rasullullah menggambarkan orang yang bakhil dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing-masing memiliki jubah. Orang yang dermawan terus-menerus memberi dan menginfakkan hartanya, sehingga jubah dan baju besinya menjadi terasa longgar dan lapang hingga akhir hayatnya. Manakala orang yang bakhil terlalu kuat memegang hartanya dan tidak mahu menyedekahkannya, sehingga pakaiannya semakin menyempit dan menghimpit, yang akhirnya akan menyempitkan jiwanya.
Allah berfirman:
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana keteguhan jiwa mereka adalah seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai)...(Al-Baqarah:265)

Diolah daripada Laa Tahzhan

JANGANLAH BERSEDIH SANGAT KERANA MASIH BANYAK NIKMAT YG ADA PADA DIRI KITA

Pak Teh | Khamis, April 29, 2010 |
Nikmat dan kurniaan Allah adalah amat besar. Oleh itu bersyukurlah kepadaNya atas semua nikmat itu, dan sedarlah bahawa kita benar-benar telah bergelimang dengan pemberianNya.
"...dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya...." (Ibrahim:34)

Ketahuilah terdapat banyak nikmat terus mengalir: nikmat kehidupan, nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat kedua tangan dan kedua kaki, nikmat air dan udara, dan nikmat makanan. Nikmat yang paling agung ialah nikmat hidayah rabbaniyyah, iaitu agama Islam....

Sumber: Laa Tahzhan

UBAT HATI...

Pak Teh | Rabu, April 28, 2010 |

Ubat hati ada lima:

1.  Membaca al-quran dengan disertai tadabbur (merenungkan maknanya)

2.  Mengosongkan perut (puasa)

3.  Solat malam

4.  Berdoa dan memohon ampun di penghujung malam

5.  Bersama dalam majlis orang-orang yang soleh

Ibrahim al-Khawwash

BERTUAH PUNYA ANAK VS DEGIL PUNYA ANAK...

Pak Teh | Rabu, April 28, 2010 |
Bila anak-anak buat hal, mulalah emak ayah melenting..mana yang kurang sabar, maka terkeluarlah perkataan "bertuah punya anak"..."degil punya anak".....macam-macam lagi...kadang-kadang yang keluar itu memang tak sedap didengar termasuklah yang mencarut...
Orang kata, teguran spontan mak ayah kepada anak-anak merupakan satu doa tambahan bila selalu sangat cakap begitu....doa ibu dimakbulkan Allah...cash in delivery....
Oleh itu bila kita menghadapi situasi begini, banyakkan istighfar...maklum jelah, budak-budak....mesti banyak ragam...kalau nak tegur pun, cakaplah yang baik-baik walaupun mungkin dalam nada yang marah...jauhkan dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang baik...insyaAllah perkataan-perkataan yang baik boleh menjadikan doa kepada anak-anak kita...

HIJAU....

Pak Teh | Ahad, April 25, 2010 |
Hijau............. Hijau selalu dikaitkan dengan suasana nyaman, tenteram...Tapi ada gak orang kata, hijau tandanya cemburu, betul ke? Aku bersetuju kalau hijau tu tandanya cemburu dalam konteks apa yang nak aku ceritakan ni....aku dan mungkin ramai lagi yang cemburu dengan bumi kita sekarang...cemburu kerana bumi kita sekarang makin terancam...maka timbullah "kesan rumah hijau" , "penipisan lapisan ozon" dan banyak lagi...semuanya dikaitkan dengan ke arah kemusnahan bumi...
Kadangkala kita terlalu ghairah dengan "something big", sedangkan kita lupa yang "small" kalau digabungkan akan menjadi "big"...akhirnya timbullah sikap "kalau aku sorang apa yang boleh aku buat"...sikap ini menyebabkan kita tak buat apa-apa...tiada sumbangan...
Kita juga lupa bahawa setakat hobi bercucuk tanam di keliling rumah atau hobi menanam bunga, kita sebenarnya telah melakukan apa yang dikatakan "small" tadi..dalam erti kata lain sebenarnya hobi tadi telah memberi sumbangan kepada menghijaukan bumi...
Aku tak maulah bagi fakta sains yang berat-berat, memadailah aku bagi tau apa yang aku belajar di sekolah dulu pasal tumbuhan...tumbuhan menggunakan gas karbon dioksida dari udara untuk proses membuat makanan...maknanya hobi tadi secara tak langsung telah membantu mengurangkan kandungan karbon oksida di udara...penipisan lapisan ozon berlaku secara mudahnya disebabkan oleh peningkatan kandungan karbon dioksida dalam udara...
Oleh itu, janganlah kita fikirkan sangat "something big", sumbangan kecil kita sangat bermakna dalam membantu mengurangkan kemusnahan bumi...Mari kita sama-sama menjayakan menghijaukan bumi demi kesejahteraan kita dan anak cucu kita...
P/s: maaf jika ada fakta yang salah.

MENUNTUT ILMU

Pak Teh | Jumaat, April 23, 2010 |

Menuntut ilmu itu lebih baik daripada solat sunnat
(Imam asy-Syafi'i)


Maklumat tambahan:
Apa yang aku difahami, ilmu bukan bermaksud  ilmu seperti sains, matematik, kejuruteraan dll...itu dikatakan "maklumat" tetapi ilmu di sini bermaksud apa yg diperintah Allah dan dilakukan oleh Rasullullah...sbg contoh: bila sampai ke masjid, didapati sedang berlangsung ceramah agama, maka tinggalkan solat sunnat tahiyatul masjid, terus dengar ceramah tersebut. Wallahhualam

USAH PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Pak Teh | Jumaat, April 23, 2010 |
Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”

(Muslim)


Huraian
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.

BELALANG SAWAH DAN BELUT GORENG...

Pak Teh | Jumaat, April 23, 2010 |


Semasa aku berusia  6 dan 7 tahun dulu pernah gak merasa kehidupan sebagai anak pesawah padi...Arwah bapak aku membina rumah di kawasan sawah padi kira-kira 50 meter je dari sungai...rumah tu dibina di tanah pesaka...kebetulan arwah bapakku tiada kuarters kerajaan yang sesuai di samping dapat bersawah menambah pendapatan, maklum jelah anak-anak ramai...masa tu dapatlah aku merasa suasana bila musim tengkujuh banjir sampai separuh tenggelam rumahku...terlalu banyak kenangan manis ketika tu..tapi kali ni aku nak citer pasal belalang sawah dan belut sawah...
Salah satu musuh padi ialah belalang sawah, walaupun kecil tapi bila sampai musimnya beribu2 yang datang yg menyebabkan padi rosak..masa belalang banyak nilah, aku dan abang-abang amik kesempatan menangkap belalang tu untuk musnahkannya...biasanya kami guna kain batik mak je tebar macam jala ikan...tapi yang seronoknya sebahagian darinya kami amik untuk dimakan...hehehehe...pelik gak kan? tapi bukan makan begitu je...buangkan kepaknya kemudian digoreng...bla dah banyak tu sedap gak makan..kira macam makan ikan bilis goreng...hehehe...
Ni pasal belut pulak...la ni belut sangat bernilai komersial...dulu orang tak pandang belut...maklum jelah dengan rupanya yang macam ular...badan yang licin...susah nak pegang...
kalau di sawah, belut ni hidup atau buat rumah berupa lubang pada permatang sawah...kalau nampak ada lubang-lubang sebesar ibu jari kaki pada permatang, biasanya ada belut...tapi jangan salah lubang...silap-silap lubang ular! hehehhe....
Kalau nak tangkap belut tu masa dia bergerak dalam sawah memang susah...jadi kami guna kaedah lain, tapi ada risiko kalau tersilap lubang...hehehe...apa yang kami buat, balut hujung jari telunjuk dengan kain perca, sapukan kain perca tu dengan belacan...pastu masukkan hujung jari tadi ke dalam lubang..kalau belut tu ada dalam lubang, dalam beberapa minit, hujung jari tu digigit..pastu cepat-cepat tarik jari dengan belut masih melekat menggigit hujung jari...tapi kami dah sedia abu dapur pada tapak tangan supaya senang nak pegang belut tu...

Belut ni sedap dimakan kalau digoreng campur kunyit...dagingnya pejal dan manis, pastu tak bertulang macam ikan...tapi ada orang tak lalu nak makan, dia cakap macam ular...hehehehe...cubalah makan belalang sawah dan belut goreng...

SANGGUP BERBASIKAL....

Pak Teh | Rabu, April 21, 2010 |
Aku masih ingat suatu ketika dulu, bapak-bapak yang duduk di pinggir pekan sanggup berbasikal ke pekan untuk menikmati secawan kopi atau teh di kedai Hailam...memang terkenal kedai Hailam teh dan kopinya sedap.

Aku teruja untuk tau kenapa berlaku demikian, sedap sangat ke kopi dan tehnya...ada pulak yang secara negatif bercakap..."adalah benda yang dimasukkan tu jadi sedap!"..
Jadi satu hari sengaja aku pergi ke kedai tu sambil order secawan teh...masa tu belum popular teh tarik lagi :-)...niat aku nak perhatikan apa yang berlaku di kedai tu..
Tiap kali minuman ditempah pelanggan, pembantu kedai akan menjerit tempahan supaya di dengar oleh pembuat air...tapi yang menghairankan aku, pembuat air akan menjengah di lubang kecil untuk serahan air yang ditempah...pekak ke dia!
Apabila aku dapati pelanggan makin berkurangan..aku buat2 pergi tandas dan singgah dapur kedai tu...aku tegur apek pembuat air tu..lalu aku bertanya apa bermain di fikiran ku..jawapan yang aku terima lebih kepada petua jer...
1.  Dia menjenguk kat lubang tu untuk mengetahui pelanggan tu pelanggan biasa atau pelanggan tetap...
2.  Cawan seramik yang digunakan sentiasa diletakkan dalam air mendidih supaya naik aromanya..
3.  Terdapat banyak tin-tin berisi kopi dan teh...Tin-tin itu rupanya mempunyai grednya..jadi kalau pelanggan tetap menggunakan gred yang lebih baik..

Kesimpulannya, tak heranlah mengapa bapak-bapak tu sanggup berbasikal hanya nak menikmati secawan teh atau kopi...

AIR, API DAN UDARA...

Pak Teh | Rabu, April 21, 2010 |
Cinta itu umpama sinar, terlalu terang bisa menyilaukan....
terlalu redup bisa membutakan dengan kegelapannya...
cinta itu umpama air, terlalu deras menghanyutkan...
cinta itu umpama api, terlalu panas menyakitkan....
cinta itu bagaikan udara, tak bernyawa....tak berwujud...tak berasa...

SPARE TYRE....

Pak Teh | Isnin, April 19, 2010 |
Fenomena kesihatan sekarang ialah terlalu ramai rakyat Malaysia yang berada dalam keadaan obesiti. Bukan di kalangan orang dewasa je malah golongan kanak-kanak. Apa yang dikhuatiri bila mengalami obesiti, mudah mendapat penyakit terutama berkaitan dengan penyakit jantung dan diabetes. Secara mudah, obesiti tu lebih daripada gemuk.....
Bila dah gemuk dan obesiti, maka bentuk badanpun tak normal...kata orang makin bertambah spare tyre, terutama di bahagian perut. Pada yang perempuan mulalah pinggang dah tak ramping...yang lelaki pula mulalah dapat title PJK (perut jalan ke depan) atau boroi!...Begitu juga halnya perempuan yang dah ada anak, juga bertambah spare tyre kat perut tu...
Apa yang nak aku kongsi di sini ialah macam mana nak mengurangkan spare tyre dengan cara yang mudah tetapi perlu azam yang kuat...buat tiap hari, tak sampai 5 minit...Caranya mudah je, bila tersedar dari tidur, jangan terus turun dari katil...baring terlentang, luruskan badan, bengkokkan kaki seperti dalam gambar pertama...silangkan tangan seperti gambar kedua...lepas itu tarik nafas sambil angkat badan (sekurang-kurangnya setakat bahagian bahu terangkat) ....lepas tu hembus nafas dan turunkan badan...lakukan yang sama berulang-ulang kali, sekurang-kurangnya 20 kali. Kalau nak beri kesan pada bahagian sisi pinggang, masa angkat badan tu kilas badan ke kiri atau ke kanan...Jika dilakukan setiap pagi, selepas kira-kira 3 minggu, insyaallah ada perubahan...Itulah yang aku lakukan setiap hari...tulah sebabnya aku sampai sekarang tak dapat lagi title PJK....hehehehe...

MEMBERI....

Pak Teh | Isnin, April 19, 2010 |
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu.... 
Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima.
Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri'
Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan.

DIALOG ANTARA AHMAD DAN AZ'AD

Pak Teh | Ahad, April 18, 2010 |

Ahmad: Wahai Az'ad....tuan carilah kayu api..boleh kita masak..sementara tuan mencari kayu api, biar hamba potong daging
Az'ad:  Wahai sahabatku Ahmad...macam mana hamba nak cari kayu api, nanti sesat pulak hamba dalam hutan tu..
Ahmad: Kalau begitu, biar hamba cari kayu api, tuan hamba potong daging
Az'ad:  Manalah hamba boleh potong daging, nanti luka pulak tangan hamba..
Setelah Ahmad balik dari mencari kayu api, Ahmad memotong daging.
Ahmad: Wahai Az'ad...hamba dah cari kayu api dan daging sudah hamba potong...sekarang tuan hamba masak...
Az'ad:   Mana boleh hamba masak....nanti tak kena selera tuan hamba pulak...
Setelah Ahmad siap memasak...
Ahmad:  Wahai sahabatku Az'ad...hamba sudah siap masak...tuan hamba tolong hidangkan...
Az'ad:    Mana boleh hamba hidangkan...nanti habis tumpah masakan tu...hamba tak pandai...
Setelah Ahmad siap menghidang...
Ahmad: Hamba sudah siap hidangkan, marilah kita makan Az'ad...
Az'ad:  Wahai sahabatku Ahmad...telah banyak permintaan tuan hamba yang hamba tolak...hamba rasa tidak elok kalau permintaan tuanhamba kali ni hamba tolak...


FIKIR-FIKIRKANLAH DIALOG DI ATAS......

KARI CACTUS...

Pak Teh | Ahad, April 18, 2010 |
Kari...macam-macam kari ada...kari ayam, kari daging, kari kambing (salah satu kegemaranku), kari kepala ikan...banyak lagi ler sampai boleh bukak restoren HOUSE OF CURRY....kalau pi sebelah utara memang tak miss masakan kari.
Aku nak cerita pengalaman aku pergi ke rumah kawan di Seberang Perai...rumahnya di kawasan perkampungan....boleh dikatakan keseluruhan kawasan kampung tu tanahnya jenis berpasir...dan boleh dikatakan setiap rumah di laman ditanam dengan pokok kektus...dalam hatiku berkata " orang kampung di sini rupanya sepakat minat tanam kektus di laman rumah"...kebetulan aku smpai time lunch...aku dah agak dah salah satu menunya mesti kari...memang sah aku dihidang dengan kari ikan, ikan masin goreng, sambal belacan lada kering dan ulam pucuk daun karipulay (daun yang digunakan untuk masak kari)...ketika itu pada aku merupakan resepi baru bagi aku...teruja aku merasanya...bila aku cuba senduk kari itu, aku terpandang ada benda lain dalam kari tu...berkeping-keping..pelik gak aku...kawan aku perasan dengan reaksi aku...dia tersenyum sambil berkata "hang cubalah makan dulu, nanti aku habaq kat hang apa benda tu"..mula-mula tu aku was-was gak, aku kunyah pelan-pelan...sedap gak, lembut jer..."apa macam? sedap tak?" kawan aku bertanya....aku angguk tanda sedap..."tadi hang perasan tak depan rumah aku banyak pokok kektus?" kawan aku bertanya...aku angguk..."yang hang makan tulah kektus!"...biar betul! maklumlah aku tak pernah makan lagi. Rupanya kektus di sana memang dijadikan sayur yang dicampurkan dalam kari. Aku difahamkan sebelum masak, kulit luar yang keras tu dibuang dahulu...sesiapa yang belum rasa, cubalah...:-)

JARAK DI ANTARA DUA KAKI SEMASA BERDIRI TEGAK

Pak Teh | Sabtu, April 17, 2010 |
(i)   KETIKA SOLAT BERJEMAAH
Jarak yang terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain di sebelah kita. Ia sekali gus mempertautkan ukhuwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Terdapat banyak hadis yang menyokong pandangan ini. Antaranya hadis sohih riwayat al-Bukhari yang menyebut "Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki"

(ii)  KETIKA SOLAT SENDIRIAN
Jarak yang terbaik adalah menurut pandangan Maliki dan Hanbali, iaitu jarak selesa dan menurut saiz tubuh badan masing-masing. Apa yang penting ialah suatu kedudukan yang beradab serta mampu mendatangkan kekhusyukan.
(Menurut Shafie: jarak dalam sejengkal)

Sumber: Formula Solat Sempurna

PASRAH..

Pak Teh | Sabtu, April 17, 2010 |

 Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali..
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi..
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...

NUR KASIH....

Pak Teh | Jumaat, April 16, 2010 |


NUR KASIH....ni bukan video drama bersiri popular di tv tapi citer yang tidak berkesudahan, selagi ada manusia di dunia ni..kita dikejutkan lagi kematian kanak-kanak disebabkan penderaan...sebenarnya banyak kategori penderaan yang melibatkan semua golongan, tak kira lelaki perempuan, tua muda dan termasuk kanak-kanak..biasanya kes kematian ekoran penderaan fizikal...
Kalau nak citer pasal penderaan kanak-kanak ni, tak cukup 3 hari 3 malam malah boleh dijadikan hikayat 1001 malam...cuma aku nak sentuh pasal sikap jiran dan masyarakat..sikap JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG..aku rasa peribahasa itu telah salah dimengertikan...tak tau mana silapnya...apa yang dilaporkan di akhbar, penderaan kanak-kanak disedari oleh jiran dan masyarakat sekeliling tetapi disebabkan tak nak jaga tepi kain orang, kanak-kanak menjadi mangsa...jadi kita kenalah ubah sikap, dalam kes-kes yang tertentu kita wajib "jaga tepi kain orang"...mungkin kita dapat menyelamatkan satu nyawa.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini.

1. Hubungan pelaku dengan persekitaran
Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak-kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus.

2. Umur pelaku
Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepada perselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai anak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi amalan baru di dalam masyarakat hari ini.

3. Taraf perkahwinan pelaku
Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.

4. Taraf pendidikan pelaku
Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya.

5. Jenis pekerjaan pelaku
Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.

6. Jumlah pendapatan pelaku
Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.

7. Jenis rumah kediaman
Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan.

8. Jaringan sosial
Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik atau makcik yang ada hubungan dengan mereka.

Asal Mula Alam Semesta - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an

Pak Teh | Jumaat, April 16, 2010 |


(DALAM BAHASA INDONESIA)
Ilmu pengetahuan moderen, ilmu astronomi, baik yang berdasarkan pengamatan maupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahwa pada suatu saat seluruh alam semesta masih berupa 'gumpalan asap' (yaitu komposisi gas yang sangat rapat dan tak tembus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, hal. 94-105.). Hal ini merupakan sebuah prinsip yang tak diragukan lagi menurut standar astronomi moderen. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan 'gumpalan asap' semacam itu (lihat gambar)

Bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat di malam hari, sebagaimana seluruh alam semesta, dulunya berupa materi 'asap' semacam itu. Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:

ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,... (Al Fushshiilat, 41: 11)

Karena bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen ini. Allah telah berfirman:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. (Al Anbiya, 21:30)

Dr. Alfred Kroner adalah salah satu ahli ilmu bumi terkemuka. Ia adalah Profesor geologi dan Kepala Departemen Geologi pada Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Ia berkata: "Jika menilik tempat asal Muhammad... Saya pikir sangat tidak mungkin jika ia bisa mengetahui sesuatu semisal asal mula alam semesta dari materi yang satu, karena para ilmuwan saja baru mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui berbagai cara yang rumit dan dengan teknologi mutakhir. Inilah kenyataannya." Ia juga berkata: "Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang fisika inti 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan pernah bisa mengetahui, melalui pemikirannya sendiri, bahwa dulunya bumi dan langit berasal dari hal yang satu."

Sumber: www.al-habib.info

RAMA-RAMA...

Pak Teh | Khamis, April 15, 2010 |

Cinta layaknya seperti seekor rama-rama... semakin kalian mengejarnya semakin jauhlah terbang meninggalkan kalian

Biarkan rama-ramamu terbang ke mana saja ia suka

Siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu, menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka...

Mungkin saja rama-rama yang kau kejar itu bukan rama-rama yang Allah peruntukkan buatmu...

MAJORITI VS MINORITI

Pak Teh | Rabu, April 14, 2010 |


"Jom malam ni ayah belanja makan"..."ima nak makan kat KFC"..."man nak makan kat McD"...."camna ni? ok..ayah tanya abang dan kakak dulu, kita tengok ramai nak makan kat mana"....situasi beginilah yang selalu kita hadapi dalam kehidupan kita....keputusan berdasarkan majoriti...dalam sistem demokrasi, majoriti selalunya menang....tetapi kadangkala dalam sistem demokrasi, minoriti boleh juga menang! Ganjil kan? Inilah yang nak aku ceritakan situasi di mana minoriti boleh menang...

Cerita aku ni ada kaitan dengan pemerintahan secara demokrasi iaitu majoriti yang akan memerintah tetapi kuasa majoriti itu akan hilang jika tidak digunakan sebaik mungkin...
Aku bagi contoh sebuah negara yang mempunyai 60% kaum A dan 40% kaum B. Jika kita lihat secara zahirnya, memanglah kaum A yang memerintah. Tetapi sebaliknya boleh berlaku...aku bagi contoh secara matematik...
Jika 60% kaum A disebabkan perbezaan fahaman telah berpecah kepada 3 kumpulan( katalah secara sama rata)...maka ujudlah kumpulan baru...Kaum A1 (20%), kaum A2 (20%), kaum A3 (20%) dan kaum B 40%. Katalah kaum B berjaya mempengaruhi kaum A1, maka ujudlah satu kumpulan baru yg peratusnya sekarang 60% (20+40)...Kumpulan ini jika ada pilihanraya, kemungkinan akan menang dan layak memerintah....Tetapi di mana pulak yang dikatakan manoriti menang? Kumpulan baru yang menang itu, secara demokrasinya sudah tentu kumpulan asal (kaum B) 40% itu yang lebih dominan memerintah! Jadi di sinilah kita dapat lihat, minoriti yang memerintah walaupun pada zahirnya yang sepatutnya kumpulan majoriti yang memerintah...Inilah kuasa minoriti secara matematiknya boleh menumpaskan majoriti dalam sistem demokrasi...
Majoriti tidak semesti sentiasa menang! perlembagaan tidak boleh bertahan lama kerana ia dibentuk oleh pemerintah, secara tidak langsung perlembagaan yang sedia ada boleh diubah oleh pemerintah yang baru..sama-samalah kita fikirkan...

CAHAYA SANUBARI

Pak Teh | Ahad, April 11, 2010 |

Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan fitrah insani, dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula....

Cinta tidak pernah meminta,tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala......

semua kerana cinta, yang pahit manis dirasa, penghibur nestapa, merawat duka, damai dijiwa...

EGO TERCABAR?

Pak Teh | Ahad, April 11, 2010 |


Rasanya kita dah muak dengan kenyataan " pelawat asing mengatakan orang Malaysia memang bersopan santun tetapi berubah bila memandu, menjadi agresif"...jadi tak hairanlah negara kita adalah di kalangan negara yang tertinggi kadar kemalangannya..

Aku taknak cerita pasal kadar kemalangan tu, kerana tiap hari salah satu berita dalam akhbar ialah kemalangan jalanraya...

Apa yang nak aku ceritakan ialah tentang kawalan emosi ketika memandu...salah satu sebab punca kemalangan adalah timbulnya rasa marah...mana tak marahnya...tiba-tiba masuk lorong kita tanpa bagi signal...nak masuk simpang tak bagi signal...kereta Merz dipotong Kancil...ishhhh banyak lagilah kalau nak diceritakan...semuanya menimbulkan kemarahan..bila dah marah, hilang pertimbangan...

Kenapa ye kita boleh marah? semuanya berpunca dari hati kita...kita marah kerana ego kita tercabar...bayangkan kereta Merz bergerak dengan kelajuan 120 kmj dipotong oleh Kancil...tentu pemandu Merz akan berkata " aik...aku bawak 120 pun Kancil potong...ni sudah lebih!"...bila dah berkata begitu, bermakna ego pemandu Merz dah tercabar...tentu kita boleh agak apa yang berlaku seterusnya...maka berlaku adegan kejar mengejar, potong memotong, ciluk menciluk...macam2 lagilah yang akan mengundang kemalangan..

Jadi apa yang patut kita buat bila ego kita dicabar?....istighfar banyak-banyak.. dalam hati kata, "takpelah...agaknya dia nak cepat, ada hal yang mustahak tu...ntah-ntah dia sakit perut, nak cepat sampai R&R terdekat..pujuk hati kita...fikir-fikirkanlah....

PERGINYA SEBUTIR BINTANG YG HIDUPNYA MENCERIAKAN ORANG...AL FATIHAH

Pak Teh | Jumaat, April 02, 2010 |

PEMBUNUH.....

Pak Teh | Jumaat, April 02, 2010 |

Kita selalu memandang serong banduan yang berada di penjara kerana dihukum pelbagai kesalahan termasuklah kesalahan membunuh....tapi tanpa kita sedari atau mungkin kita "jahil",sebenarnya kita lebih teruk daripada mereka yang berada di penjara kerana kesalahan membunuh seseorang. Kita yang diluar ini mungkin telah membunuh lebih dari seorang setiap hari...bayangkan sudah berapa ramai orang yang telah kita bunuh..cuma hukuman kita bukan di penjara atau di tali gantung...MEMFITNAH LEBIH BERAT DARI MEMBUNUH

Next previous home