SALAM MAAL HIJRAH 1438H

HARI KEBANGSAAN ATAU HARI KEMERDEKAAN?

Pak Teh | Jumaat, Ogos 28, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera...

Malaysia sebagaimana kita sedia maklum merupakan salah sebuah negara yang agak unik; unik dengan kepelbagai bangsa, agama dan budaya. Keunikan inilah membuatkan ramai pelancong datang ke Malaysia. Bayangkan dalam satu masa mereka dapat melihat kepelbagaian tersebut, tidak perlu melawat ke negara-negara lain.

Malaysia juga mempunyai keunikan dari aspek kemerdekaan negara. Semua sedia maklum, Semenanjung Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dari penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Ini bermakna tahun 2015 merupakan tahun ke 58 kemerdekaan. Ironinya Sabah dan Sarawak hanya merdeka melalui pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963. Ini bermakna tarikh 31 Ogos 1957 itu tidak sesuai dijadikan tarikh kemerdekaan Malaysia kerana ketika itu Sabah dan Sarawak masih di bawah jajahan British.

Disebabkan tarikh 31 Ogos ingin dikekalkan sebagai tarikh kemerdekaan, maka tarikh 31 Ogos 2015 tidak lagi dipanggil sebagai Hari Kemerdekaan Ke-58, sebaliknya dipanggil sebagai HARI KEBANGSAAN 2015. Manakala 16 September pula bagi menghargai pengorbanan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia, maka 16 September dikenali sebagai HARI MALAYSIA.




Next previous home