SALAM MAAL HIJRAH 1438H

AZAM TAHUN BARU

Pak Teh | Selasa, Disember 28, 2010 |
Dengan izinNya, insyaAllah dalam beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2011 Masehi (sengaja aku letak Masehi sebab ada mende aku nak citer nanti)...dan setiap kali menjelang tahun baru akan berlakulah 3 perkara ni...sambutan detik 12 tengah malam, ucapan tahun baru dan masing-masing sibuk dengan azam tahun baru...
Apa yang nak luahkan rasa hatiku tentang isu di atas, pertama..sambutan detik 12 tengah malam...aku ni bukanlah alim sangat tapi aku secara peribadi terasa janggal bila kita umat Islam menyambut tahun baru Masehi iaitu kalendar Nasrani....secara tak langsung kita mengiktiraf kaum Nasrani, tambahan bila menyambut tu pulak bercampur gaul antara lelaki dan perempuan...teringat aku salah satu soklan yang dikemukakan oleh Rasulullah saw kepada Iblis sewaktu Allah saw memerintah Malaikat menyuruh Iblis berjumpa Rasulullah saw..Baginda bertanya kepada Iblis, "Wahai Iblis, di manakah tempat kamu berkumpul?" Jawab Iblis, " Ya nabi Allah, tempat kami berkumpul ialah tempat di mana terdapat orang ramai seperti tempat-tempat pesta asalkan di sana lelaki dan perempuan bercampur gaul dengan bebas".
Jadi banyaklah perkara yang tak elok berlaku pada malam tu kerana Iblis dan tenteranya pun sama hadir malam tu...tak payahlah aku nyatakan perkara2 tak elok tu..apa kata mulai tahun ni kekawan berazam tidak lagi mahu menyertai sambutan tu...orang kata kalau dah gian sangat, tengok je kat tv...memanglah kurang ummpph nya tetapi secara tak langsung kita tak bersama dalam perhimpunan tu, itu lebih baik..apa kata yang ini kita jadikan azam...
Aku memang sedia maklum, hidup kita berinteraksi dengan dunia luar...tapi apa salahnya kita mengiktiraf kalendar Masehi hanya sebagai tujuan berinteraksi dengan dunia luar dalam urusan seharian, bukan kita meraikannya...yang patut kita raikan ialah sambutan Maal Hijrah, tahun baru Islam..
Begitu juga dengan azam tahun baru, sepatutnya azam tahun baru kita buat semasa awal Muharram bersama-sama dengan membaca doa awal tahun Hijrah...
Pasal ucapan lak, pada aku, memadailah kita membalas ucapan tahun baru jika ada orang yang wish..elakkan kita yang memulakan..
Mungkin ramai kekawan yang kurang setuju dengan apa yang aku perkatakan di atas tadi..tapi itulah apa yang aku rasakan..kita perlu buat sesuatu...kita perlu berhijrah, sekurang-kurangnya untuk diri kita dan keluarga kita..jadikan azam tahun baru kita...

Soalan Rasulullah saw kepada Iblis merujuk kepada buku "Rasulullah saw bertanya iblis menjawab"

ANGIN DAN TAKDIR

Pak Teh | Isnin, Disember 27, 2010 |
Sebagai makhluk Tuhan, kita tak mampu mengelak daripada dugaan kerana itu adalah takdir Allah swt. Kita sepatutnya berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu dan meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah swt. We can't direct the wind but we can adjust our sail ...kita tak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Bila dikaitkan dengan kehidupan kita, hati adalah merupakan kemudi dalam pelayaran kehidupan kita...hati kita akan tenang menempuh dugaan bila kita beriman kepada Allah swt..Setiap takdir Allah swt yang ditimpakan ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kita nampak negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti mempunyai hikmah yang tersembunyi.
Kita memang dituntut untuk menyelesaikan masalah yang menimpa kita, namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah swt berdasarkan firmanNya yang bermaksud: "Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya"; Surah Al Baqarah: 216

CERITA BERGAMBAR

Pak Teh | Ahad, Disember 26, 2010 |

Picture credit to: http://wow-berita.blogspot.com/

Suatu hari di sebuah taman tema...

Timah: Taknak akulah nak pakai bikini...malu aku...lagipun haram dedahkan aurat..
Minah:  Alaaa..apa yang kau susah sangat...kau pakai je legging aku ni...dah sah tutup aurat..(percakapan orang yang tak faham maksud pakaian menutup aurat)
Timah: Ok lah..aku pakai tapi aku tak mau bukak tudung tau, nanti aku tak tutup aurat gak.. (percakapan orang yang sama-sama jahil tentang pakaian menutup aurat)

Akhirnya....terjadilah seperti dalam gambar di atas...bukan sahaja tak menutup aurat dengan betul malah nampak pulak seluar dalam...haiiiiii apa nak jadi...fikir-fikirkan

Rujuk entry berikut:



KETENANGAN JIWA

Pak Teh | Ahad, Disember 26, 2010 |
Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. Ya Tuhan kami, janganlah Kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjukkan dan berilah kami hadhiratMu rahmat keranaMu Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah tetapkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohon kepada Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan denganMu dan redha atas keputusanMu serta merasa cukup puas dengan pemberianMu.

LEBIH TUA

Pak Teh | Rabu, Disember 22, 2010 |
Ahmad: Berapa umur kau Omar?
Omar: Umur aku dah 20 tahun
Ahmad: Betul ke umur kau 20 tahun?
Omar: Betullah...kalau kau tak percaya, kau tengok mycard aku ni...
Ahmad: mmmm...sebenarnya umur kau lebih dari 20 tahun
Omar: ??????( tak pandai kira kot si mamat ni)



Sebenarnya kiraan umur oleh Ahmad dan Omar, kedua-duanya adalah betul....Betul? Pelik gak ni...Kiraan umur oleh si Omar adalah berdasarkan Tahun Masehi, manakala si Ahmad mengira umur Omar berdasarkan Tahun Hijrah...Kenapa boleh berlaku perbezaan? Ini adalah kerana jumlah hari dalam setahun Tahun Masehi adalah 365 + 1 hari, manakala jumlah hari dalam setahun Tahun Hijrah tidak melebih 360 hari...Ini bermakna, berdasarkan Tahun Hijrah umur kekawan melebihi dari umur yang kekawan raikan setiap kali tibanya "birthday"...Apa kata selepas ni, kekawan cuba raikan befday kekawan berdasarkan Tahun Hijrah...sekurang-kurangnya, secara tak langsung kekawan tahu kalendar Hijrah...Macam mana nak tau tarikh lahir kekawan berdasarkan Tahun Hijrah? Senang je...gunakan "converter" kalendar seperti yang aku letak widget kat sidebar sebelah kiri... Tarikh lahir aku 14 March tahun......, bila aku convert ke Tahun Hijrah, aku dilahirkan pada 18 Jamadil Akhir, hari Jumaat jam 3.00 pagi (jam 3.00 pagi berdasarkan Sijil Lahir)...
Panduan:
1. Mula-mula klik tarikh lahir (DD)
2. Kemudian click 'single arrow' sama ada kiri atau kanan sehingga jumpa bulan lahir (MM)
3. Kemudian click 'double arrow' kiri sehingga jumpa tahun lahir.
4. Di bahagian atas widget tu terpapar tarikh lahir kekawan dalam Tahun Hijrah
5; Jika nak kembali semula kepada tarikh hari ini, click perkataan "today"
Cubalah...

........PLEASE

Pak Teh | Ahad, Disember 19, 2010 |
Kekadang aku berasa pelik gak bila orang Melayu berkomunikasi, bila bercakap dalam bahasa orang putih selalu diakhiri dengan PLEASE...setahu aku please tu bermaksud tolong...Ironinya bila bercakap dalam bahasa Melayu takde pulak perkataan tolong tu...Adakah penggunaan "please" tu merupakan style bercakap? atau nak sedapkan lagi bunyi tu supaya bunyi lebih lembut dan manja? Atau adakah bila digunakan perkataan tolong dalam ayat Melayu menjadikan janggal, walaupun membawa maksud yang sama dengan please!....Memang aku tau ada orang Melayu berkomunikasi menggunakan perkataan tolong, tapi tak semua terutamanya melibat percakapan dengan dengan orang bawahan atau lebih muda usia...Dah lama aku fikirkan perkara ni, akhirnya alhamdulillah aku terjumpa jawapannya, bila aku terbaca sebuah buku bertajuk Keramat Sebuah Hati karya Mohammad Qayyum A. Badaruddin.. ini petikannya...

KELUARGA NABI (Part 2)

Pak Teh | Ahad, Disember 19, 2010 |
Entry aku kali ni merupakan sambungan kepada part 1, mengenai keluarga Rasulullah s.a.w. Kali ini pasal anak-anak baginda.. Rasulullah s.a.w. mempunyai 7 orang anak, 3 putera dan 4 puteri...
Lelaki
1.    Al-Qosim r.a.
2.    Abdullah r.a.
3.    Ibrahim r.a.


Perempuan
1.    Zainab r.h.
2.    Rugayyah r.h.
3.    Ummu Kalthum r.h.
4.    Fatimah r.h.

Fakta yang berkaitan
1.   Kesemua anak Rasulullah s.a.w. adalah hasil perkahwinan baginda dengan Khadijah bt. Khuwalid r.h. (isteri pertama) KECUALI Ibrahim r.a.; iaitu anak hasil perkahwinan baginda dengan isteri terakhir (ke 12) Mariah bt. Syam'un r.h.
2. Kesemua anak lelaki Rasullullah s.a.w. wafat semasa kecil
3. Rasulullah s.a.w. dikurniakan 10 orang cucu, 6 lelaki dan 4 perempuan

UCAPLAH DENGAN BETUL

Pak Teh | Jumaat, Disember 17, 2010 |
Assalammualaikum
Walaupun sudah banyak teguran telah dibuat tetapi masih ramai anggap isu cara memberi ucapan salam suatu perkara remeh atau ambil mudah je...tetapi kita kena fikirkan implikasinya apabila kita memberi ucapan salam yang tidak betul..Jadi sempena hari Jumaat ni, aku panjangkan info mengenai ucapan salam yang betul sebagai peringatan kepada kita semua. Info ini aku ambil dari blog Elhidayah Elias (elle punye blog) .Terima kasih elle..


Baiklah pembaca-pembaca sekalian. Kali ni aku nak share tentang adab memberi salam. Aku post entri sebab aku baru je ditegur oleh seseorang kat FB yang berbunyi macam ni "Cekom cekgu"... Huisshh.. Perlu ke aku jawab salam macam ni? Terus aku tak reply. Rasanya dah banyak kali tegur budak tu "Lain kali bagi salam betul²".. Ni yang kat bawah ni aku copy & paste ja untuk perkongsian bersama pasal memberi salam... 

LOVE VS HATE

Pak Teh | Khamis, Disember 16, 2010 |
Jika ikut percakapan remaja sekarang... "aku cinta giler kat dia beb.." atau "aku benci giler kat dia wak"... semuanya menggambarkan tahap yang terlampau, terlalu cinta dan terlalu benci...Cinta dan benci lahir dari hati kita....dalam bahasa Arab hati disebut dengan QALB yang ertinya bolak-balik atau berubah kerana sifat yang mudah berubah...
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya hati anak cucu Adam lebih cepat perubahannya dari bekas yang berisi air mendidih." (HR. Ahmad)
Jangan mudah hairan atau terkejut jika kita berjumpa orang yang sekelip mata berubah tutur katanya atau perlakuannya kerana apa yang ada dihatinya dizahirkan melalui tuturkata dan perlakuan....begitu juga kita jangan ikutkan sangat hati kita, jangan sampai tahap giler  kerana kita sedia maklum sifat hati manusia yang sentiasa berubah, mudah berubah....
Rasullulah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah sesuatu yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti." (HR Tarmidzi)

GIVEAWAY BY CIK PUAN NETTY

Pak Teh | Rabu, Disember 15, 2010 |
Masa aku nak update blog, aku tengok dulu shoutbox kot2 ada blogger yang singgah blog aku..rupanya adalah salah sorang blogger tu pesan amik GA dari blognya...akupun pun tengok blog netty ni...WONDERFUL LIFE dan mengenali diri sebagai CIK PUAN NETTY...ceria gak blognya..bakal cikgi katanya...dahlah dia bagi GA, bagi pulak hadiah kepada penerima GA yang kreatif menjawab soklan dia...ni dia GA nya




Biasalah bila terima GA kena jawab soklan, tapi nasib baik Cik Puan Netty hanya bagi satu soklan je...kalau tak berpeluh gak nak fikir jawapannya..soklannya:"Subjek apakah yang paling disukai di sekolah menengah dan kenapa suka subjek tu"
Ni jawapan aku: Subjek yang paling aku suka di sekolah menengah ialah MATEMATIK. Aku mula suka matematik bila cikgu matematik tu kata 1+1=10 (sistem binari)..maklum jelah masa sekolah rendah, bila 1+1 tentu jawapannya 2 kan? kan? kan?
Harap Cik Puan Netty puas hati dengan jawapan aku.....

APA ADA PADA TONGKAT

Pak Teh | Isnin, Disember 13, 2010 |
Rasanya bila sebut sahaja tongkat, tentu ramai yang terbayangkan tongkat ali...tapi tak ramai yang terbayangkan tongkat yang digunakan sebagai alat sokongan kepada orang kurang upaya atau orang tua untuk bergerak atau berjalan..Tapi tentu kita akan berasa pelik apabila orang yang sihat menggunakan tongkat..kenapa jadi begitu?
Dalam entry aku kali ini akan menceritakan kisah orang yang sihat menggunakan tongkat...apa rasionalnya dia menggunakan tongkat.. 
Mungkin ramai kekawan yang mengenali Imam Shafie kan? Imam Shafie pada usia empat puluh tahun sudah berjalan dengan menggunakan tongkat. Orang ramai berasa hairan kerana mereka tahu Imam Shafie masih sihat dan cergas. Bahkan Imam Shafie adalah seorang pemanah yang tepat dan penunggang kuda yang hebat dan cekap.
Ketika ditanya kenapa dia bertongkat, Imam Shafie menjawab, "Tongkat ini untuk mengingatkan bahawa aku telah tua. Cukuplah semua hadiah dan sanjungan yang telah aku terima selama ini. Aku tidak perlukan lagi. Tumpuan sepenuh hatiku sekarang ialah menuju Allah!"
Sama-samalah kita muhasabah diri berdasarkan kata-kata Imam Shafie di atas...


Sumber: Keramat sebuah hati

ILUSI OPTIK (1)

Pak Teh | Ahad, Disember 12, 2010 |
Berapa batang pensil anda lihat?
Sumber: Yahoo Games

KELUARGA NABI (Part 1)

Pak Teh | Ahad, Disember 12, 2010 |
Sempena dengan Maal Hijrah 1432, aku nak kongsi pasal sirah Rasulullah s.a.w... mungkin ada yang lebih tau atau lebih arif tentang sirah Rasulullah s.a.w, tetapi aku nak kongsi tentang fakta keluarga Rasulullah s.a.w. semoga kita semua dapat mengenali Rasulullah s.a.w. dengan lebih dekat..kepada yang dah tau, anggaplah sebagai mengingat kembali.. tak kenal maka tak cinta...








Isteri-isteri Rasulullah s.a.w (mengikut susunan perkahwinan)
1.   Khadijah bt Khuwailid r.h.
2.   Saudah bt Zam'ah r.h.
3.   Aisyah bt. Abu Bakar r.h.
4.   Hafsah bt. Umar r.h.
5.   Zainab bt. Khuzaimah r.h.
6.   Ummu Salamah Hindun bt Abu Umayyah r.h.
7.   Zainab bt Jahsy r.h.
8.   Juwairiyah bt. al-Harith r.h.
9.   Safiyyah bt Huyai r.h.
10. Ummu Habibah Ramlah bt. Abu Sufian r.h.
11. Maimunah bt. al-Harith r.h.
12. Mariah bt Syam'un r.h.


Fakta berkaitan:
1. Rasulullah s.a.w. tidak berpoligami ketika beristerikan Khadijah r.h.
2. Semua isteri Rasulullah s.a.w. dikahwini berstatus ibu tunggal kecuali Aisyah r.h. (anak dara)
3. Semua isteri Rasulullah s.a.w. berbangsa Arab kecuali Juwairiyah r.h. dan Sufiyyah r.h. (Israel) dan Mariah r.h. (Qibtiy)
4. Hanya dua orang isteri Rasulullah s.a.w. lebih tua ketika dikahwini iaitu Khadijah r.h. (40 tahun, Rasullullah s.a.w. 25 tahun) dan Saudah r.h. (65 tahun, Rasulullah s.a.w. 50 tahun)
5. Menjadi isteri Rasulullah s.a.w. paling singkat ialah Zainab r.h. (tidak sampai 3 bulan) kerana wafat.
6. Tempoh perkahwinan yang paling lama (25 tahun) dengan Khadijah r.h. kerana wafat


Nantikan sambungannya....


Sumber: Paspot Rasulullah




                                      

TENTANG HIDUP DAN CINTA

Pak Teh | Jumaat, Disember 10, 2010 |
HIDUPlah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati


CINTAI siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya


LAKUkan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya


dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan


IBNU ABBAS

BURQINI

Pak Teh | Jumaat, Disember 10, 2010 |
Kekadang kita tengok kesian gak kat anak-anak bila mandi samada di laut, kolam renang dan air terjun..yelah...biasanya ibu-ibu akan duduk di tepi jer walaupun hati berkobar-kobar nak join sama. Salah satu sebab mengapa ibu-ibu tak join kerana masalah pakaian mandi...takkan nak pakai bikini kan? tentulah hukumnya haram..Maklum jelah bila pakai bikini, dah tentu ketat nampak susuk badan walaupun boleh dikatakan dah tutup aurat.. Masalah ini telah menimbulkan idea kepada seorang pereka fesyen di Australia, Aheda Zanetti mencipta bikini khas untuk muslimah yang dikenali sebagai BURQINI...burqini ini menitikberatkan kepada kepada ciri tidak ketat dan menutup aurat..ia diperbuat daripada bahan UV dan polyester kalis air ...di bawah ni ada beberapa contoh burqini ciptaan beliau...fikir-fikirkan sejauh mana burqini ini menepati kehendak Islam...

SINDROM TEH TARIK

Pak Teh | Khamis, Disember 09, 2010 |
Naik lagi....ish...ish...itulah keluhan ramai orang bila diumumkan kenaikan harga gula dan petrol...dalam situasi semasa ramai yang menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga bahan tersebut tetapi mungkin ramai yang tidak faham kenapa kenaikan harga tersebut...dan ada juga yang buat-buat tak faham..kerajaan telah membelanjakan berbilion RM untuk mempastikan harga kedua-dua bahan tersebut berada di paras yang rendah melalui subsidi. Kesannya kerajaan tak dapat berbelanja untuk tujuan lain...Oleh itu kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi untuk membolehkan subsidi itu digunakan untuk tujuan lain. Bila subsidi kurang, maka secara tak langsung harga barang itu meningkat. Inilah yang berlaku kepada harga petrol dan gula.  Apa yang aku terkilan ialah ada pihak yang ambil kesempatan dengan kenaikan harga barang ni terutama peniaga. Mereka menaikkan harga dengan alasan kenaikan harga petrol dan gula. Rasanya para peniaga sebelum kenaikan harga memang telah mendapat keuntungan, tetapi disebabkan ada perasaan tamak, takmau keuntungannya berkurang, maka kenaikan harga petrol dan gula menjadi alasan. Kekadang kita para pengguna terasa dibodohkan oleh peniaga. Sebagai contoh yang mudah, peniaga teh tarik menaikkan harga sebanyak 20 sen segelas dengan alasan harga gula naik 20 sen sekilogram. Ironinya adakah setiap gelas teh tarik itu menggunakan sekilogram gula? Inilah yang dikatakan "sindrom teh tarik"...fikir-fikirkan

WANITA IDAMAN

Pak Teh | Rabu, Disember 08, 2010 |
Dalam memilih pasangan hidup, tidak semua lelaki memilih wanita berdasarkan nafsu semata-mata. Ini bermakna kecantikan tidak menjamin menjadi pilihan lelaki. Lelaki perlu juga melihat seseorang wanita itu melalui akal dan hati (rujuk post Apa kata nafsu, akal dan hati tentang wanita) kerana wanita yang dipilih merupakan pasangan hidup hingga ke akhir hayat...Macam manapun kita takkan dapat pasangan yang sempurna seperti yang diidamkan...terimalah sebagai ujian dari Allah swt dalam mengharungi kehidupan berumahtangga..Dalam aku belek-belek fail lama, aku terjumpa artikel mengenai ciri-ciri wanita pilihan lelaki, antaranya



Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini 

SOAL HATI

Pak Teh | Rabu, Disember 08, 2010 |
Ini bukan tajuk filem tetapi tentang hati yang kita miliki..Hati merupakan pengawal manusia dan juga elemen yang terpenting dalam diri manusia kerana hati manusia dilebihkan oleh Allah swt berbanding dengan makhluk yang lain. Hati manusia ada 3 bahagian iaitu:
1. QALBUN MAYYIT (hati yang mati)  iaitu hati jenis ini tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang salah


2. QALBUN MARIIDH (hati yang berpenyakit) iaitu merasakan sudah banyak melakukan kebaikan dan merasakan sudah berjasa dalam perkembangan agama Islam. Juga sering menganggap remeh terhadap orang lain dan cenderung kepada melakukan hal sendiri. Hati jenis ini juga mempunyai ciri-ciiri seperti
(i)     suka menganggap mudah terhadap dosa
(ii)    suka melakukan maksiat
(iii)   terasa terhina bila diberi nasihat dan tidak mahu menerimanya


3.   QALBUN SALIM (hati yang lurus dan bersih) iaitu seseorang yang hidupnya terarah manakala hatinya selalu tenang dan selalu mengingati akan kebesaran Allah swt. Orang yang berhati lurus dan bersih mempunyai ciri-ciri seperti
(i)    selalu mendambakan kasih sayang dari Allah swt
(ii)   rela dibenci oleh semua makhluk demi mencapai kasih sayang Allah swt
(iii)  takut akan azab Allah swt
(iv)  menyedari kebesaran Allah swt


Jadi apakah status hati kita...fikir-fikirkan




Sumber: Keramat sebuah hati

KEJAHATAN VS KEBAIKAN

Pak Teh | Rabu, Disember 08, 2010 |
Apalah kau ni...orang buat jahat kat kau pun, kau masih nak buat baik kat dia"....biasa dengar ungkapan ni kan? Tetapi sejauh mana implikasi teguran itu, adakah teguran tersebut membawa kebaikan atau sebaliknya..Semua orang tahu, jahat lawannya baik tetapi adakah setiap kejahatan dibalas dengan kejahatan atau setiap kejahatan dibalas dengan kebaikan? Apapun tindakan kita, ada kaitan dengan hati kita...hatilah yang menentukan apa tindakan kita..




Apabila sesuatu kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam
Apabila kebaikan  dibalas dengan kebaikan, itu adalah perkara biasa
Apabila kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu dinamakan zalim
Tetapi apabila sesuatu kejahatan dibalas dengan kebaikan, itulah adalah yang terpuji dan mulia



APA KATA NAFSU, AKAL DAN HATI TENTANG WANITA

Pak Teh | Selasa, Disember 07, 2010 |
Cantiknya seseorang wanita itu bergantung kepada siapa yang melihatnya....cantik adalah suatu yang subjektif;ada yang mengatakan cantik sahaja, ada yang mengatakan sangat cantik..wanita itu memang cantik kalau perempuan sendiri yang mengatakan cantik, berbeza dengan cantik yang dilihat oleh lelaki. Ini kerana lelaki mengatakan cantik mungkin disebabkan nafsu atau akal atau hati...Jadi apa kata nafsu, akal dan hati tentang wanita cantik...






NAFSU mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya
AKAL mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya
HATI mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya



MAAL HIJRAH

Pak Teh | Isnin, Disember 06, 2010 |

TAWAKKAL YANG TAK BETUL CARANYA

Pak Teh | Isnin, Disember 06, 2010 |
Ramai orang yang ambil jalan mudah dengan berkata "tawakkal jelah" dalam mengatasi sesuatu perkara tetapi bertawakkal yang tidak betul caranya. Tawakkal ialah menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada iktiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.
Jadi sebelum kita bertawakkal sepatutnya kita sertakan dengan ikhtiar, telah habis ikhtiar dan usaha kita barulah kita bertawakkal.. fikir-fikirkan

PERGI YANG TAKKAN KEMBALI LAGI

Pak Teh | Isnin, Disember 06, 2010 |
Sebaik sahaja masuk waktu solat Magrib hari ini, bermakna berakhirnya tahun Hijrah 1431 dan bermulalah tahun yang baru 1432. Maka sudah tentu ramai yang akan menanam azam baru untuk ke arah yang lebih baik dan lebih bertaqwa kepada Allah swt. Sehubungan itu sekadar ingat mengingat antara kita, amalan sunat yang digalakkan kita lakukan sempena tahun baru ialah 

1.   Berdoa akhir tahun 3 kali selepas waktu Asar 
2.   Berdoa awal tahun 3 kali selepas waktu Magrib
3.   Banyakkan solat sunat, zikir dan sebagainya
4.   Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
5.  Melakukan amalan sunat pada Hari Asyura (10 Muharram), antaranya ialah

Next previous home