SALAM MAAL HIJRAH 1438H

MAT JEBON MODEN

Pak Teh | Khamis, Januari 08, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera...



Pak Teh rasa semua orang tahu foto apa yang tertera di atas...tak lain tak bukan ialah sebatang pen. Jika diperhatikan betul-betul, tiada yang pelik pada pen tersebut, biasa je. Sebab nampak biasa je yang Pak Teh nak sembang ni..

Kalau masih ingat semasa era filem-filem perisikan James Bond, kita diperlihatkan dengan pelbagai gajet yang canggih untuk membantu James Bond dalam misinya. Begitu juga Pengarah/Pelakon Mat Sentol dengan filem-filem perisikannya walaupun gajet yang digunakan lebih berunsur komidi.

Tetapi ketika itu, gajet-gajet yang dibuat hanyalah untuk tujuan filem sahaja walaupun dalam dunia nyata gajet tersebut tidak berfungsi seperti yang kita lihat dalam filem.

Zaman dah berubah...dunia teknologi semakin maju..sekarang ini gajet-gajet tersebut boleh berfungsi dan dijual secara pasaran terbuka. Di antara gajet-gajet yang popular sekarang ialah spy camera. Daripada namanya sahaja kita sudah tahu, fungsinya mengambil gambar secara rahsia. Sebenarnya foto di atas adalah salah satu spy pen camera. Spy pen camera ini bukan setakat boleh mengambil foto tetapi boleh juga mengambil video.

Apa yang Pak Teh risaukan dalam era dunia tanpa sempadan ini, ada orang yang menyalahgunakan kecanggihan gajet tersebut. Salah satu kejadian yang menunjukkan salahguna gajet ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia (8.1.2015), di mana seorang remaja lelaki telah mengambil gambar-gambar adegan rakan-rakan wanitanya berada di dalam bilik mandi dengan meletakkan spy camera pen dalam bilik air tersebut. Difahamkan rakan-rakan wanitanya datang bercuti di rumahnya. Difahamkan juga,foto-foto itu belum tersebar lagi kerana salah seorang rakan wanitanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana ada  sebatang pen berada dalam bilik air. Apabila diselidiki, pen itu adalah spy pen camera.

Pak Teh rasa semua orang perlu berhati-hati terutamanya kepada kaum wanita, takut-takut ada yang mengambil kesempatan melakukan jenayah ugut atau bertujuan untuk memalukan seseorang invividu. Tambahan pula gajet-gajet ini boleh dibeli di pasaran dengan mudah kerana harganya tidak sampai RM100.00, rata-rata berharga RM50.00. Spy camera ini bukan sahaja dalam bentuk pen, ada juga dalam bentuk jam, kunci kereta, lighter seperti foto-foto di bawah.



BERHATI-HATILAH.




ADUHHH...MALAS BETUL NAK TANGGALKAN ROADTAX NI

Pak Teh | Sabtu, Januari 03, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt...

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (Akta 333) dan PERATURAN LALULINTAS 1958
Gagal memaparkan cukai jalan dan tamat tempoh boleh didenda

Mungkin Pak Teh sama juga dengan orang lain yang ada kereta, kata orang "bercinta" betul bila nak tanggalkan roadtax yang tamat tempoh dan menampalkan roadtax yang baru. Maklum sahajalah silap-silap tanggal, banyak sisa-sisanya yang melekat pada cermin dan cermin nampak kotor serta mengganggu pandangan. Tetapi ada juga pengguna yang jenis "malas dan tak kisah", tidak menanggalkan roadtax yang lama dan terus tampal yang baru, dah jadi macam deretan pangkat pulak...


Sebenarnya pelbagai cara untuk menanggalkan roadtax tanpa meninggalkan kesan kotor dan gam yang melekat pada cermin. Pak Teh ingin berkongsi cara yang mudah menanggalkan roadtax berdasarkan rujukan Pak Teh dari www.myroadtax.com 

1.    Gunakan pembaris logam ataupun pisau blade untuk mengikis sisa-sisa yang melekat pada cermin. Jangan gunakan kuku kerana roadtax tertanggal tak sekata menyebabkan kerja-kerja menjadi lebih lama,

2.     Apabila sticker itu telah  ditanggalkan, sapukan dengan air sabun atau baby oil.

3.     Gosok dan tonyoh kuat sedikit sehingga kesemua sisa-sisa gam habis tertanggal.

4.     Lepas itu lap dengan kain bersih

5.     Selesai

SELAMAT MENCUBA

HUTAN DAN BANJIR

Pak Teh | Jumaat, Januari 02, 2015 |
Assalammu'alaikum wbt dan selamat sejahtera....

Semasa seluruh negara berada di dalam kesedihan dengan berlaku banjir luar biasa terutama di negeri-negeri Pantai Timur, Pak Teh hanya mampu berdoa dan memberi sumbangan semampu yang boleh. Semoga mangsa-mangsa banjir tabah dengan dugaan Allah swt, mungkin lebih besar hikmahnya selepas musibah ini.
Apa yang menarik perhatian Pak Teh tentang musibah ini ialah munculnya pendapat dan pandangan tentang  sebab berlakunya banjir luar biasa ini, seolah-olah kesannya seperti berlakunya tsunami. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan musibah tersebut ialah kesan pembalakan yang tidak terkawal. Pak Teh hendak menjelaskan secara mendalampun tidak berani kerana Pak Teh bukannya pakar dalam hal ini. Apa yang boleh Pak Teh kongsikan ialah tentang perkara asasnya sahaja.



Pembalakan adalah salah satu faktor berlakunya PENYAHHUTANAN; bahasa mudahnya musnahnya hutan. Penyahhutanan berpunca daripada

1.   Secara semulajadi
      a)  gempa bumi
      b)  letusan gunung berapi
      c)  kemarau
      d)  ribut/taufan
      e)  serangan penyakit perosak

2.   Aktiviti manusia
      a)  pembalakan
      b)  sumber mendapatkan hasil bukan kayu
      c)  pembukaan kawasan pertanian
      d)  pembinaan empangan hidroletrik
      e)  pembinaan tempat tinggal dan infrastruktur

Tetapi apa kaitannya dengan berlaku banjir besar itu? Jawapan mudahnya ialah apabila tiada lagi hutan, maka tiada lagi penahan atau penyaring air hujan yang turun lebat di kawasan tanah tinggi. Bukan sahaja air  terus ke kawasan rendah malahan bersama dengan lumpur.

Apabila kita lihat foto-foto yang menunjukkan berlakunya penyahhutanan di kawasan yang berlaku banjir luar biasa itu, ada kebenarannya. Juga dilaporkan bahawa Malaysia adalah negara di dunia paling banyak (peratusan) berlaku penyahhutanan antara 2000 - 2012. Fikir-fikirkan



Next previous home