SALAM MAAL HIJRAH 1438H

RENUNGAN

Pak Teh | Isnin, Jun 20, 2011 |
As salam...


KELUHAN
adalah senjata kaum yang lemah

ALASAN
adalah senjata orang yang malas

PUJUK RAYU
adalah senjata kaum wanita


TANGISAN
adalah senjata anak-anak

ILMU
adalah senjata orang bijaksana

MARAH
adalah senjata orang jahil

KETENANGAN
adalah senjata orang beragama



Sumber: Selera Jiwa PSMA

PERANGKAP "KALAULAH..."

Pak Teh | Jumaat, Jun 17, 2011 |
As salam...

Kita manusia biasa sentiasa menghadapi kesukaran dalam kehidupan kita. Namun begitu tak semua orang dapat menanganinya secara berkesan. Tambahan kalau kita menanganinya secara cuba jaya (trial & error) yang mungkin menyebabkan kesukaran itu menjadi lebih serius.
Salah satu tindakan yang diambil oleh kebanyakan orang untuk meredakan kesukaran itu ialah dengan menggunakan logik "kalaulah...". Dalam fikiran kita kerap mengatakan "Kalaulah aku tak buat gitu gini takkan terjadi perkara gini!" Hubaya kekawan! Logik "kalaulah" sebenarnya adalah satu perangkap dari syaitan. Rasulullah s.a.w. memberi amaran keras, jangan sesekali terperangkap dengan logik "kalaulah" kerana syaitan akan mengambil kesempatan dalam situasi itu. Oleh itu, percayalah kepada Qada' dan Qadar dari Allah s.w.t. bukannya "kalaulah....". Jika terlanjur berfikir gitu, cepat-cepat istighfar banyak-banyak, semoga Allah s.w.t mengampunkan kita dan memberi hidayah untuk mengatasi kesukaran itu. InsyaAllah

KATA NAK BERUBAH...TAPI TAK JUGAK

Pak Teh | Khamis, Jun 16, 2011 |
As salam...

Dalam era dunia sekarang ini yang penuh dengan cabaran, tiap orang mau tak mau perlu berubah..yang miskin kepada yang kaya..kurang beriman kepada lebih beriman...pendek kata, berubah kepada yang lebih baik dan diredhai Allah s.w.t. Namun begitu masih ramai yang masih tak berubah, masih di takuk lama....Tentu ada sebabnya mengapa susah sangat nak berubah..
Dalam entri aku kali ini, aku nak berkongsi info mengapa susah sangat kita nak berubah, antaranya:
1.  Halangan yang paling besar ialah kita suka berlengah-lengah. Ini berpunca dari sikap kita yang beranggapan masih ada masa lagi sedangkan hakikatnya tidak ada manusia yang tau ajalnya bila.

2.  Tidak dapat membezakan antara betul dan salah, halal dan haram, tingkahlaku negatif dan positif

3.  Kurang komitmen dalam proses nak berubah

4.  Perlu lakukan perkara yang berbeza daripada apa yang kita lakukan kebiasaannya terutamanya lebih berdisiplin dalam menunaikan ibadah.

Ingat...seperti firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Raa'd 13:11 ".......Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"

i OR u?

Pak Teh | Rabu, Jun 15, 2011 |
As salam..

How can you "SM LE" without "I"?
How can you be "F NE" without "I"?
How can you "W SH" without "I"?
How can you be a "FR END" without"I"?
"I" am very important!


But 'I' can never achieve S CCESS without 'U'
And that makes 'YOU' more important than 'I'.

CERDIK ATAU NAKAL?

Pak Teh | Khamis, Jun 09, 2011 |
As salam...

B
ila sebut je peperiksaan, tentu ramai yang risau tambahan bila tak cukup buat persiapan...tetapi ada juga yang relaks jer....kenapa? sebab pada mereka tiap soklan ada jawapannya, cuma tak tau samada jawapan tu betul atau salah....kadangkala ada juga yang terdesak semasa menjawab, maka timbullah pelbagai jawapan yang pelik-pelik, tetapi kadangkala ada juga yang logik walaupun jawapannya tak betul...Pada aku, jawapan yang pelik-pelik tu merupakan jawapan bagi seorang cerdik ataupun disebabkan sifat nakal. Dalam entri kali ni aku nak berkongsi contoh-contoh jawapan soklan yang aku katakan tadi.





Next previous home