SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TELUR OH TELUR....

Pak Teh | Rabu, Mac 31, 2010 |




SAMBAL BELIMBING BULUH

Pak Teh | Rabu, Mac 31, 2010 |

belum pape air liur aku dah meleleh...hehehe...sambal ni specialnya boleh simpan lama...resepinya aku tengok arwah mak aku buat..jadi kalo kat umah tu banyak belimbing buluh, drpd dia busuk, lebih baik buat sambal ni, boleh menambah selera makan.
Bahan: bawang kecil, bawang putih, cili giling,ikan bilis,garam dan belimbing buluh
Sebelum masak, terlebih dahulu kita dah sediakan belimbing yg kering. Caranya, celur belimbing, kemudian jemur sampai kering.Dah kering, tumbuk separuh hancur.
Ikan bilis mesti ditumbuk separuh lumat sebelum masak. Bawang kecil dan bawang putih ditumbuk lumat.
Cara memasak: Tumis bawang, dah naik wangi masukkan cili giling. Pastikan cili giling tu cukup garing. Pastu masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi. Bila semuanya dah garing, baru masukkan belimbing buluh. Kacau sampai rata..selesaiiii
SELAMAT MENCUBA....

NASI GORENG RESEPI MAK

Pak Teh | Rabu, Mac 31, 2010 |

aritu aku dah bagi petua macam mana nak nasi goreng gebu..ni aku nak share nasi goreng resepi arwah mak aku...kekadang bila teragak tu aku masak gak, walaupun tidak 100% sesedap masakan arwah mak aku...bahan-bahannya ( bergantung kpd berapa banyak nasi yang hendak digoreng) bawang kecil, bawang putih, cili api, ikan bilis, garam secukup rasa dan kicap manis
bawang kecil, bawang putih, cili api dan ikan bilis ditumbuk separuh lumat, tapi tumbuk berasingan.
Menumis: setelah minyak panas, masuk bawang putih sampai hampir naik bau, pastu bawang kecil (jangan smpai garing), pastu masuk ikan bilis (hampir2 garing), diikuti dengan cili api (pastikan cili hampir garing) dan masukkan garam. Kemudian kecilkan api, masukkan nasi (pastikan dulu nasi telah diramas2 supaya tak berketul2). Kacau sampai rata. Pastu masukkan kicap dan kacau sampai rata. Bila rasa dah nak angkat, besarkan api sekejap sambil renjis air (nak gebukan nasi)...selesaiiiiiiii
P/s: kalo nak letak telurpun boleh tapi masukkan masa menumis tadi last sekali, biar telur tu hancur sebelum masuk nasi....SELAMAT MENCUBA..

PENSIL KONTOT PUN ADA GUNANYA...

Pak Teh | Selasa, Mac 30, 2010 |




APA DAH JADI?

Pak Teh | Isnin, Mac 29, 2010 |

27 March

Pak Teh | Sabtu, Mac 27, 2010 |


seperti roda...27 march kembali lagi..apakah sumbangan kita..kempen ini memang sepintas lalu kita lihat suatu perkara yang remeh temeh...pada aku tp bila kita fikir secara rasionalnya...sumbangan kecil kita ini jika digabungkan seluruh dunia, akan memberi impak yg besar....fikirkanlah untuk anak cucu kita...bagilah peluang kepada mereka menikmati apa yg kita nikmati...

On Earth Hour hundreds of millions of people around the world will come together to call for action on climate change by doing something quite simple—turning off their lights for one hour. The movement symbolizes that by working together, each of us can make a positive impact in this fight, protecting our future and that of future generations

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Pak Teh | Ahad, Mac 21, 2010 |

bila aku pergi kedai tomyam...teringat kawan baik aku sebab dia suka sangat dengan daging masak merah...kalo makan dengan dia mesti dia order daging masak merah...kalo tapau aku takyah tanya sebab kalo aku tanyapun, dah pasti dia order daging masak merah...aku cubalah cari resepinya...sekurang-kurang boleh berkongsi dengan orang menu kegemarannya..ataupun dia takyah beli jer, cuba pulak masak sendiri... resepi ni bukan aku punya...aku dapatkan dari website "my resepi"...jd kira resepi ni aku tujukan untuk dialah...:-)


Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (made in thailand kalau dapat)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
1.Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2.
2.Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
3.Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
4.Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
5.Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
6.Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
7.Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi sebagai hiasan

NASI GORENG GEBU.....

Pak Teh | Ahad, Mac 21, 2010 |


Masa kecik2 dulu aku suka gak tolong mak aku masak atau tengok dia memasak. Aku masih terbayang macam mana mak aku masak nasi goreng. Walaupun perencah hanya ikan bilis tumbuk tetapi sampai sekarang aku masih tak jumpa selazat nasi goreng mak aku masak.....bahan-bahan hanya bawang putih, bawak kecik, cili api, ikan bilis dan kicap....selain sedap rasanya, rupanya sangat menyelerakan kerana nasi goreng tu tak nampak kering tetapi nampak gebu...kali ni aku hanya nak berkongsi macam mana nasi tu gebu...cara memasaknya aku citer kemudian ye....setelah memasukkan kicap digaul sehingga rata supaya nasi tu tak nampak pudar je...bila hampir-hampir nak angkat, renjiskan air sambil terus menggoreng...aku agak2 tak sampai seminit dua terus angkat...renjisan air tulah yang buatkan nasi goreng nampak gebu dan agak lembut...cuba jangan tak cuba...

p/s tu gambar hiasan jer

QABIL DAN HABIL

Pak Teh | Sabtu, Mac 20, 2010 |


As-Suda menyampaikan riwayat yang diperoleh dari Abu Malik dan Abu Saleh dari Ibnu Abbas dari Murrah dari Ibnu Mas'ud daripada seseorang di antara sahabat Nabi s.a.w. bahawa
Adam a.s. mengahwinkan anaknya yang lahir berpasangan itu secara silang. Sesuai dengan ketentuan itu, Habil harus dinikahkan dengan saudara perempuan kembar Qabil. Dari segi usia, saudara perempuan yang lahir bersama Habil ini lebih tua, tetapi memiliki kecantikan.
Qabil tidak boleh menerima ketetapan ini. Adam meminta Qabil untuk menikahi saudara perempuan yang lahir bersama Habil. Qabil menolak. Maka Adam memutuskan agar mereka melakukan korban. Mereka berangkat untuk mempersembahkan korban. Habil menyediakan korban berupa seekor kambing muda yang gemuk. Dia memiliki kambing yang banyak. Qabil menyediakan korban berupa seberkas buah-buahan yang buruk. Tiba-tiba sebuah bola api turun dari atas lalu menyambar korban yang disediakan oleh Habil. Korban yang disediakan oleh Qabil tidak disentuh sama sekali. Qabil menjadi marah. Dia mengancam Habil: "Akan aku bunuh engkau agar tidak boleh menikahi saudaraku!". Habil menjawab: "Allah hanya menerima pengorbanan orang-orang yang bertaqwa".

Sumber:Qishashul Anbiya' Ibratul li Ulil Albab

AKU NAK DIET AAR...

Pak Teh | Sabtu, Mac 20, 2010 |


"Ros....jom g lunch!"..."Taknaklah...aku nak diet Aar..." Dialog inilah yang selalu kita dengar semasa lunch hour di pejabat. Apa yang hendak aku citer di sini ialah silapnya konsep diet. Bila kita hendak diet bukan bermakna kita tidak makan. Walaupun kita hendak berdiet, sampai time makan, kita tetap makan...cuma kita kawal dari segi kualiti dan kuantiti....contohnya kita hanya makan buah-buahan..Nanti jika amalan tidak makan masa time makan diteruskan, penyakit lain yang dapat...badan tak kurus gak...fikir-fikirkan

HIKMAH DAN FALSAFAH MELETAKKAN PENGHADANG (SUTRAH) DI HADAPAN KETIKA SOLAT

Pak Teh | Jumaat, Mac 12, 2010 |
Ia bertujuan untuk memusatkan pemikiran orang yang sedang bersolat kepada ibadah solatnya tanpa diganggu dengan lalu-lalang orang ramai. Selain itu, ia juga bertujuan membezakan antara orang yang sedang bersolat dengan orang di luar solat, agar tidak diganggu oleh unsur-unsur luar

Sumber: Formula Solat Sempurna

Solat di dalam perjalanan yang tidak diketahui arah kiblat

Pak Teh | Selasa, Mac 09, 2010 |
Bagi mereka yang sedang bermusafir tetapi TIDAK mengetahui arah kiblat, diwajibkan berusaha mencari arah kiblat terlebih dahulu. Setelah itu, bolehlah ia menghadap ke mana-mana arah yang paling diyakini.
Dalilnya ialah hadis 'Amir bin Rabi'ah yang bermaksud " Baginda di atas kenderaannya bertasbih, mengisyaratkan dengan kepalanya. Keadaan Baginda adalah menghadap mana-mana arah menurut kenderaannya, tetapi Nabi s.a.w tidak pernah melakukan demikian dalam solat wajib"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber: Formula Solat Sempurna

KEUTAMAAN DIMILIKI OLEH NABI ADAM

Pak Teh | Selasa, Mac 09, 2010 |
1. Dirinya diciptakan secara langsung menggunakan tangan Allah sendiri.
2. Diberi roh dari sebahagian rohNya
3. Perintah Allah s.w.t. kepada para malaikat agar bersujud (menghormati) Adam
4. Pengajaran yang diterima Adam tentang nama-nama benda

Sumber: Qishashul Anbiya' Ibratul li Ulil Albab

SALAH HANTAR E-MAIL.....

Pak Teh | Isnin, Mac 08, 2010 |


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL.Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.
Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 8 March 2010
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini..

KIBLAT KETIKA MUSAFIR

Pak Teh | Isnin, Mac 08, 2010 |




1. SOLAT SUNAT: Para ulama telah ijmak bahawa dibenarkan untukmenghadap ke hadapan sahaja jika ia berada di atas kenderaan dalam musafir yang panjang. Malah dibenarkan juga menunaikan solat ini secara isyarat sahaja,sujud hendaklah lebih rendah daripada rukuk

2. SOLAT FARDHU: Tidak dibenarkan solat di atas kenderaan menurut mazhab al'Syafi'i kecuali kenderaan yang tersangat berbahaya dan diberi keringanan jika berada di atas kapal. Ini kerana Nabi s.a.w turun daripada kenderaan apabila ingin menunaikan solat fardu, sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud " Nabi s.a.w bersolat di atas kenderaan menurut mana-mana arah yang ada di hadapannya, dan apabila ingin menunaikan solat fardhu, Baginda turun dan menghadap kiblat" (Riwayat al-Bukhari)
Sumber: Formula Solat Sempurna

BAHTERA NABI NUH

Pak Teh | Ahad, Mac 07, 2010 |


Tahukah anda....Bahtera yg dibuat Nabi Nuh ukuran panjangnya 600 meter, lebarnya 300 meter, 3 tingkat. Tingkat pertama memuatkan binatang darat dan segala jenisnya. Tingkat kedua dimuatkan manusia. Manakala tingkat ketiga dimuatkan segala jenis burung.

Sumber:Qishashul Anbiya' Ibratul li Ulil Albab

KOD WARNA

Pak Teh | Sabtu, Mac 06, 2010 |











































































































































































































Kode warna yang terpilih :

Next previous home