SALAM MAAL HIJRAH 1438H

ZAKAT PUASA

Pak Teh | Selasa, Julai 26, 2011 |
As salam...



Tinggal beberapa hari je lagi kedatangan bulan yang kita sama-sama tunggu...bulan yang penuh keberkatan, bulan yang dirindui oleh setiap umat Islam...bulan Ramadhan al-mubarak. Tapi mengapa pulak aku citer pasal zakat...bukankah lebih sesuai kalau aku citer pasal zakat di penghujung tahun...tapi yang nak aku berkongsi dengan kekawan dalam entri kali ini ialah zakat puasa...
Aku masih ingat apa yang dijelaskan oleh ustaz semasa takzirah maghrib tadi...antara lain beliau mengatakan Rasulullah s.a.w ada bersabda, sesungguhnya puasa Ramadhan itu adalah zakat kepada tubuh kita....bila sebut zakat bermakna menyucikan, oleh itu zakat puasa adalah menyucikan tubuh badan kita. Kita sedia maklum telah dibuktikan secara perubatan bahawa berpuasa sangat elok untuk kesihatan kita....jadi kepada kekawan yang sentiasa mengalami masalah kesihatan, jangan lepaskan peluang untuk berpuasa sepenuhnya di bulan Ramadhan ini, kita tak tau adakah kita masih ada peluang untuk berpuasa untuk tahun-tahun akan datang. Janganlah berpuasa itu sekadar menahan lapar dan dahaga, sepatutnya kita berpuasa secara beribadah...itulah sebabnya aku lebih suka mengucap SELAMAT BERIBADAH bukannya SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Seperkara lagi yang menarik apabila uztaz itu mengatakan bahawa sepatutnya kita memeriahkan persekitaran  semasa bulan Ramadhan. Janganlah rumah kita hanya terang benderang dengan pelita, lampu "lip-lap" bila tiba malam tujuh likur je...sepatutnya berlaku sebaik sahaja masuk bulan Ramadhan... Wallahhualam

KAKAK BUAT

Pak Teh | Isnin, Julai 18, 2011 |
As salam...

Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah melalui perniagaan....tak kira kecil atau besar perniagaan tetap menggunakan strategi untuk memajukan perniagaan...kena strateginya dah tentu dapat pulangan yang lumayan...untung besar. Jangan pandang mudah orang jual kuih muih dalam bakulpun ada strateginya...kadangkala kuihnya sedap tapi tak kena strateginya, tak gak laku...
Bila sebut pasal strategi perniagaan ni, teringat masa aku masih berada dalam darjah satu (sekarang disebut tahun1)...bila hari Sabtu dan Ahad ramai pengunjung datang untuk berkelah atau mandi laut (rumahku terletak berhampiran dengan pantai)....arwah mak aku mengambil kesempatan hujung minggu membuat kuih muih untuk dijual kepada para pengunjung.....aku dan abang aku diminta berjual di tepi pantai dengan membawa bakul seorang sebuah berisi kuih muih. Kebetulan pengunjung yang datang kebanyakan rekrut tentera (ada kem tentera berhampiran)...kebanyakan mereka ini datang lebih kepada untuk mencuci mata...jadi kumpulan ini yang menjadi sasaran kami berdua....aku tak nafikan kuih muih yang arwah mak buat memang sedap, sentiasa habis jualannya. Yang aku masih ingat bila nak kuar rumah, mak selalu berpesan..."nanti kalau ada orang bertanya, siapa buat kuih ni, jawab je kakak yang buat...kalau dia orang tanya lagi, kakak dah kawin lum, jawab je belum"... mungkin juga pesan arwah mak aku itu merupakan satu strategi perniagaan, wallahhualam

TANDA KETAUHIDAN APABILA DISAKITI

Pak Teh | Ahad, Julai 17, 2011 |
As salam...

Memang sukar untuk elakkan diri kita daripada disakiti....kadangkala memang kita tak boleh menerimanya....buatkan diri kita berasa sedih sangat tambahan jika memang kita tak berkaitan langsung...semua itu adalah ujian dari Allah swt kerana tiap saat kita diuji oleh Allah swt, menguji sejauh mana kesabaran kita menangani sesuatu ujian....kita jangan ingat kesedihan dan kesusahan itu saje merupakan ujian Allah swt, kesenangan juga merupakan ujian Allah swt, menguji kita samada adakah kita hanya mengingatiNya semasa susah je
Dalam buku Laa Tahzhan ada mengatakan di antara tanda-tanda bahawa kita bertauhid adalah semasa kita disakiti dan kita mempunyai beberapa sikap terhadap mereka, antaranya

1.   Menahan marah dan kemudian sudi memaafkan
2.   Menerimanya sebagai qadak dan qadar Allah swt
3.   Menyedarinya sebagai penghapusan dosa kita
4.   Munculnya kesedaran terhadap kekurangan diri kita
5.   Memuji Allah swt dan bersyukur kepadaNya, kerana kita telah diciptakan sebagai orang yang dizalimi, bukan yang menzalimi.
6.   Kita tetap bersikap kasih sayang kepada orang yang menyakiti kita.

Fikir-fikirkan...adakah kita mempunyai sikap seperti di atas apabila kita disakiti

TIGA HARI RAYA? BIAR BETUL

Pak Teh | Jumaat, Julai 15, 2011 |
As salam...

"Kau biar betul....mana ada 3 hari raya! sejak aku kecil lagi, hanya ada dua hari raya je yang orang Islam raikan...Idil Fitri dan Idil Adha.." Ahmad respon dengan wajah terpinga-pinga...."Shod alif ba ro Mad..kau ni cepat sangatlah nak ngelabah" sindir Yusof...
Sebenarnya Dr. 'Aidh bin Abadullah Al-Qarni dalam bukunya Laa Tahzhan mengatakan dalam kehidupan seorang Muslim hanya ada tiga hari yang seakan-akan ketiga-tiga hari itu adalah hari raya baginya, iaitu:
1.  Hari ketika ia menunaikan solat fardhu secara berjemaah, dan ketika ia tidak melakukan kemaksiatan


2. Hari ketika ia bertaubat dari segala dosa, ketika melepaskan diri dari belenggu maksiat, dan ketika kembali mentaati Tuhannya


3. Hari ketika dia menemui Tuhannya dengan akhir perjalanan yang baik (husnul khatimah) dan amal tang diterima di sisi Allah

MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH S.W.T.

Pak Teh | Ahad, Julai 10, 2011 |

As salam....

"Dah susah baru nak ingat Allah!"...itulah ungkapan yang biasa kita dengar apabila seseorang berada di dalam kesusahan. Ironinya apabila berada dalam kesenangan dan kemewahan langsung tak ingat Allah swt...lupa segala kesenangan dan kemewahan itu adalah anugerah dari Allah swt....kesenangan, kemewahan dan kesusahan itu adalah merupakan ujian Allah swt..
Dalam entri aku kali ini, aku ingin berkongsi sebuah hadith yang dipetik dari iqrasense.com. Aku sengaja kekalkan dalam petikan asalnya supaya tidak lari maksudnya

How to have Allah on your side?

This valuable hadith shows how we can have Allah on our side.
On the authority of Abu Al-Abbas ‘Abdullah bin ‘Abbass (RA), who said: “One day I was behind the Prophet (SAW) [riding on the same mount] and he said to me:

"Young man, I shall teach you some of words [of advice]:
  • Be mindful of Allah, and Allah will protect you.
  • Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you.
  • If you ask, ask of Allah;
  • If you seek help, seek help of Allah.
  • Know that if the Nation were to gather together to benefit you with anything, it would benefit you only with something that Allah had already prescribed for you, and that if they gather together to harm you with anything, they would harm you only with something Allah had already prescribed for you.
The pens have been lifted and the pages have dried." [Related by at-Tirmidy as sound Hadith]

CIUMAN YANG MENDAPAT PAHALA

Pak Teh | Sabtu, Julai 09, 2011 |
As salam...

Kadangkala bila sebut sahaja ciuman, ramai yang membuat persepsi negatif, sesuatu yang melanggar adat budaya Timur dan menyalahi hukum Islam tanpa terlebih dahulu menyiasat siapakah yang terlibat dalam ciuman itu..
Apa yang aku nak kongsi info kali ini ialah tentang ciuman antara ibubapa dan anak...Rata-rata ramai ibubapa yang berat sangat hendak mencium anak terutamanya masa anak itu masih lagi  di peringkat bayi dan kanak-kanak...
Aku ingin berkongsi info yang aku ambil dari blog mamawanie79.blogspot.com (tanpa diedit)...terima kasih mamawanie79 bertajuk CIUM ANAK DAPAT PAHALA
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam
p/s : ilmu yang dicopy dr facebook.... by teh secawan..

ORANG YANG BAHAGIA

Pak Teh | Jumaat, Julai 01, 2011 |
As salam.....

ORANG YANG BAHAGIA ITU AKAN SELALU
.....menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
.....menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa
.....menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan
.....menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan
.....menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu DAN
....menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. 


Sumber: Keramat Sebuah Hati

Next previous home