Sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah melalui perniagaan....tak kira kecil atau besar perniagaan tetap menggunakan strategi untuk memajukan perniagaan...kena strateginya dah tentu dapat pulangan yang lumayan...untung besar. Jangan pandang mudah orang jual kuih muih dalam bakulpun ada strateginya...kadangkala kuihnya sedap tapi tak kena strateginya, tak gak laku...
Bila sebut pasal strategi perniagaan ni, teringat masa aku masih berada dalam darjah satu (sekarang disebut tahun1)...bila hari Sabtu dan Ahad ramai pengunjung datang untuk berkelah atau mandi laut (rumahku terletak berhampiran dengan pantai)....arwah mak aku mengambil kesempatan hujung minggu membuat kuih muih untuk dijual kepada para pengunjung.....aku dan abang aku diminta berjual di tepi pantai dengan membawa bakul seorang sebuah berisi kuih muih. Kebetulan pengunjung yang datang kebanyakan rekrut tentera (ada kem tentera berhampiran)...kebanyakan mereka ini datang lebih kepada untuk mencuci mata...jadi kumpulan ini yang menjadi sasaran kami berdua....aku tak nafikan kuih muih yang arwah mak buat memang sedap, sentiasa habis jualannya. Yang aku masih ingat bila nak kuar rumah, mak selalu berpesan..."nanti kalau ada orang bertanya, siapa buat kuih ni, jawab je kakak yang buat...kalau dia orang tanya lagi, kakak dah kawin lum, jawab je belum"... mungkin juga pesan arwah mak aku itu merupakan satu strategi perniagaan, wallahhualam
4 ulasan:
Ris,
Cerita Kisah-kisah Dulu kau memang menarik - penuh nostalgik. Cerita-cerita ini sesuai dengan konsep ceritaapaapasaja yang sedang aku bangunkan. Walaupun kau bersetuju (melalui perbualan telefon siang tadi), sebahagian cerita-cerita ini aku boleh `ambil' untuk dibukukan. Catatan pada KOMEN ini adalah BUKTI RASMI bahawa kita telah ada MOU. Terima kasih!
Ok zul, semoga usaha murni kau berjaya dan tksh di atas penghargaan
memang bijak strategi tu...
hehehe...mungkin betul gak MK
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH