SALAM MAAL HIJRAH 1438H

INSAN MULIA YANG DIPANGGIL IBU

Pak Teh | Ahad, Mei 08, 2011 |
As salam...

S
empena sambutan Hari Ibu, entri aku kali ni memanjangkan entri mengenai ibu untuk
dijadikan iktibar kepada kita terutamanya kekawan yang punya ibu yang masih hidup. Kredit untuk Catherine Anak Latus dan http://forum.engkabang.net/



Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

TIDUR LAMA TAPI TAK PUAS DAN TAK NYENYAK

Pak Teh | Khamis, Mei 05, 2011 |
As salam...

R
amai yang merungut kerana walaupun tidur lama tetapi rasa tak puas dan tak nyenyak tidur, asyik terjaga jer..dapat mimpi-mimpi yang mengerikan dan macam-macam lagi...dalam aspek kesihatan, tempoh tidur orang dewasa sekitar 5 - 6 jam sahaja..apa yang dimaklumkan pada aku, salah satu sebab kenapa mengalami situasi itu ada kaitannya dengan amalan sebelum tidur...sebagai umat Islam apa yang sepatutnya kita lakukan sebelum tidur ialah dengan mengikut sunnah Nabi. Dalam entri aku kali ni, aku nak kongsi info mengenai sunnah Nabi berkaitan dengan tidur...antaranya ialah

1.     Ambil wudhu sebelum tidur dan sebaiknya lakukan solat sunnat Taubat dua rokaat.
2.     Niat untuk bangun solat Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
3.     Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
4.     Baca tasbih Fatimah: Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahhuakbar 33x
5.     Baca 4 Qul,  tiup ke tapak tangan, sapu  muka dan  keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
6.     Baca doa Masnun (doa harian), doa sebelum tidur.
7.     Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
8.    Jangan tidur menghadapkan kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.







KAU NI CHILDISH LAH..

Pak Teh | Ahad, Mei 01, 2011 |
As salam...

J
angan lak terperanjat bila tengok ada kekawan yang berkelakuan seperti kanak-kanak kerana kekadang kita sendiripun tanpa disedari berkelakuan keanak-anakan..Sebenarnya kita walaupun telah dewasa tetapi masih ada tersembunyi sifat kanak-kanak...tapi kekadang tu bila nak buat kelakuan tu, cepat-cepat kita sedar yang kelakuan tu merupakan kelakuan kanak-kanak..ada juga orang yang berasa dengan membuat perlakuan kanak-kanak dapat melepaskan tension atau rasa hepi...Tapi yang lebih menariknya ada juga lelaki yang menjadikan childish tu salah satu kriteria calon isteri..

Keanak-anakan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Fikir-fikirkan..

Next previous home