SALAM MAAL HIJRAH 1438H

MANUSIA PERTAMA.......

Pak Teh | Ahad, Oktober 21, 2012 |
Pelbagai cara manusia hendak mencipta nama dengan melakukan pelbagai pencapaian dan yang pelik-pelik. Pencapaian individu atau kumpulan tersebut hanya akan diiktirafkan apabila di senaraikan dalam The Guinness Book of Records . Kategori yang paling popular ialah menjadi manusia yang pertama.....
Jika kita merujuk The Guinness Book of Records  terlalu ramai yang menjadi manusia pertama...... Tetapi dalam post kali ini, Pak Teh hendak berkongsi info tentang kelebihan Nabi Idris a.s. (semasa kecil dipanggil Ukhnuj) yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.; kelebihan yang baginda ada membolehkan baginda diiktiraf sebagai MANUSIA PERTAMA... Nabi Idris a.s. diutuskan oleh Allah s.w.t kepada kaum Qabil bin Adam a.s., di mana ketika itu Nabi Adam a.s. masih lagi hidup.
Seperti yang disebut di dalam kitab-kitab, Nabi Idris a.s. adalah manusia pertama
1.  pandai menulis dan membaca
2.  pandai menunggang kuda
3.  mengerti ilmu bintang 
4.  pandai ilmu matematik
5. pandai menggunting pakaian dan menjahitnya (sebelum itu manusia hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang)



Sumber: Buku "Kisah 25 Nabi-nabi"

TUJUH SUNAH HARIAN

Pak Teh | Ahad, Oktober 21, 2012 |
Agak terlalu luas jika kita hendak memperkata tentang sunah Rasulullah s.a.w. Kita amat dituntut melakukan seberapa banyak sunah selagi ada ruang dan peluang. Pak Teh hendak bincangkan secara mendalampun tidak berani kerana Pak Teh bukanlah arif sangat dalam hal ini. Cuma dalam post ini Pak Teh hendak berkongsi info mengenai tujuh sunah harian iaitu amalan harian yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.





1.  Rasulullah s.a.w. selalu memulakan hari dengan solat tahajud kemudian
2.  Baginda membaca al-Quran.
3. Semasa azan Subuh berkumandang, baginda berangkat ke masjid untuk solat Subuh berjemaah.
4. Apabila pulang dari masjid, baginda menyedekahkan sebahagian daripada rezekinya kepada yang memerlukan.
5. Baginda juga sentiasa berada dalam keadaan suci semasa melakukan apa-apa aktiviti sekali pun. Apabila wuduknya batal, baginda segera berwuduk lagi.
6.  Apabila waktu duha tiba, baginda mendirikan solat dhuha.
7.  Tidak kira di mana dan bila, dalam keadaan apa sekali pun, baginda sentiasa berzikir dan membanyakkan istighfar.


Sumber; Buku "Diari Hidup Rasulullah s.a.w."

ANTARA 43, 17 DAN 3

Pak Teh | Isnin, Oktober 15, 2012 |
Kita sedia maklum, reaksi muka seseorang akan berubah apabila berhadapan dengan sesuatu situasi. Biasanya kita nampak muka orang itu tersenyum atau mengerutkan dahinya. Tersenyum membuatkan orang di sekelilingnya akan berasa senang hati berbanding jika orang itu mengerutkan dahinya.
Senyuman bukan sahaja satu situasi yang menyenangkan malah merupakan satu ibadah sebagaimana dinyatakan dalam hadith Rasulullah s.a.w.;“Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). 

Tersenyum juga merupakan suatu sedekah, yang tidak memerlukan "modal" yang besar; hanya melibatkan sebanyak 17 otot untuk menghasilkan suatu senyuman. Berbanding dengan seseorang yang mengerutkan dahinya melibatkan 43 otot. Pada asasnya, lebih banyak otot terlibat lebih banyak tenaga yang digunakan (assuming the muscles all consume energy at the same rate per unit mass ) . Ini bermakna lebih banyak tenaga digunakan apabila kita mengerutkan dahi. Bayangkan jika kita sering mengerutkan dahi berbanding dengan kerap tersenyum. Tersenyum bukan sahaja tidak membazirkan tenaga malah kita mendapat pahala dan menyenangkan orang di sekeliling.
Tetapi apa pula 3 itu? 3 itu ialah bilangan otot yang terlibat semasa menarik picu pistol. 
Wallahhualam

SEJARAH KEJADIAN PUSAT MANUSIA

Pak Teh | Rabu, Oktober 10, 2012 |
Ada orang mengatakan pusat manusia itu adalah parut yang tinggal apabila tali pusat tertanggal. Memang itu yang kita nampak secara zahirnya tetapi mungkin ramai yang tidak mengetahuinya sejarah kejadian pusat manusia. Pak Teh ingin berkongsi info tentang sejarah kejadian pusat pada tubuh manusia. 
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Nabi Adam a.s. adalah manusia yang pertama dicipta oleh Allah swt. Penciptaan Nabi Adam a.s. ada kaitannya dengan kemurkaan Allah swt terhadap Iblis laknatullah kerana enggan sujud kepada lembaga Adam ( Surah al-Baqarah, ayat 34). "Keluarlah kamu dari dalam syurga ini, kerana sesungguhnya kamu tidak patut menyombong diri di dalamnya, Keluarlah! Sesungguhnya kamu tergolong ke dalam kelompok makhluk yang hina dina." (Surah al-A'raf, ayat 13).
"Sebelum dia keluar dari syurga, Iblis laknatullah terlebih dahulu berjalan menghampiri lembaga bapa manusia itu sambil mengelilinginya. Kerana sangat benci kepada Nabi Adam a.s. yang dicipta daripada tanah liat yang berasal dari tanah lumpur, tanah kering dan saripati tanah itu lalu Iblis meludah ke perut lembaga Adam dan ludahnya melekat betul-betul di tengah-tengah perut lembaga Adam tiu. Melihat itu, Malaikat Jibrail a.s. dengan segera mengcungkih buang air ludah Iblis laknatullah itu dengan cara menculik (dengan kukunya) tanah yang kena ludah itu menyebabkan terjadinya pusat Adam. Itulah sejarah terciptanya pusat manusia"
Wallahhualam.

Dipetik daripada buku Kisah 25 Nabi-nabi karangan Tarikuddin bin Hj. Hassan




Next previous home