SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TAK SERIK-SERIK

Pak Teh | Selasa, Ogos 31, 2010 |
Menjelang hari raya tentu banyak pihak akan risau mungkin berlaku lagi tragedi kemalangan, terutama kemalangan yang melibatkan bas ekspres...untuk itu pelbagai langkah dilaksanakan untuk mengelakkan berlakunya tragedi, walaupun ajal maut Allah yang menentukannya...tetapi kita janganlah berserah kepada qadak dan qadar tanpa sebarang ikhtiar... banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan, salah satu faktor ialah sikap pemandu bas sendiri...Dalam entri aku kali ini nak ceritakan apa yang berlaku di highway PLUS sewaktu aku memandu ke KL dua hari lepas...
Sebelum menghampiri susur keluar Bangi, aku nampak melalui cermin belakang sebuah bas ekspres dipandu laju dengan gaya "menciluk", bila terganggu laluan perlahan, masuk ke lorong tengah, bila terganggu lorong tengah, masuk ke lorong laju, begitulah sebaliknya...dalam pada itu aku masuk ke lorong laju dengan kelajuan 120kmj...tiba-tiba aku lihat bas ekspres tadi dah ada di belakang keretaku...oleh kerana tidak ada peluang untuk masuk ke lorong tengah, aku tambah kelajuan menjadi 130kmj, aku dapati bas ekspres tadi masih mengekori rapat keretaku seolah-olah menyuruh aku memberi laluan untuk memotong...bayangkan kalau dia memotong keretaku, sudah tentu kelajuannya melebihi 130kmj...saat itu aku dapat satu idea..aku turunkan cermin tingkap, aku keluarkan tangan sambil memegang handphone berlagak mengambil gambar bas tadi...tiba-tiba sahaja bas itu memperlahankan kelajuannya, dan beransur-ansur masuk ke lorong perlahan....jadi pada aku tak hairanlah boleh berlaku kemalangan kalau begitu sikap pemandu bas ekspres, menjadikan jalanraya sebagai tempat berlumba.. Fikir-fikirkan...

MERDEHEKA!.MERDEHEKA!.MERDEHEKA!...

Pak Teh | Selasa, Ogos 31, 2010 |
Alhamdulillah...buat kali ke 53 negara kita tercinta Malaysia masih dapat menyambut hari kemerdekaan, hari yang sangat bermakna dalam konteks maruah negara. Sebelum itu elok rasanya kita sedekahkan al Fatehah kepada semua pejuang kemerdekaan sama ada yang masih hidup ataupun sudah meninggal... Kita merdeka dari penjajahan British, bebas dalam konteks politik..tapi adakah selepas 53 tahun, kita benar-benar merdeka dalam erti kata yang sebenar...makna merdeka terlalu luas maksudnya bergantung kepada individu...kepada kalangan ahli politik memang negara kita sudah merdeka...tapi bagaimana merdeka dalam konteks lain  seperti budaya hidup,  pemikiran dan lain-lain...adakah apa yang kita lalui sekarang ni menggambarkan rakyat  sebuah negara merdeka...sesetengah individu, merdeka itu bebas untuk melakukan apa sahaja sehingga sanggup mencabar Perlembagaan dan Undang-undang..
Apa yang kita lalui sekarang ni, sama ada senang, susah, bahagia, aman, kaya, miskin dan macam-macam lagi adalah di bawah naungan Perlembagaan, yang dibentuk oleh manusia mengikut sistem pemerintahan demokrasi...sesuatu pihak dilindungi dan diberi hak istimewa melalui perlembagaan...bila perlembagaan berubah, bermakna hak istimewa atau hak dilindungi boleh dihapuskan...jadi kita janganlah terlalu leka dengan hak istimewa dan hak dilindungi kerana itu semua hanya melalui perlembagaan...pihak yang tidak ada hak isitimewa dan hak dilindungi tentu tidak berpuas hati selagi ada perlembagaan itu...jadi macam mana cara nak hapuskan perlembagaan itu...satu cara sahaja iaitu menukar pemerintah...tapi bukan mudah kerana mereka di kalangan minoriti...mengikut sistem demokrasi, hanya majoriti sahaja yang boleh menjadi pemerintah...habis tu? gunakan strategi supaya majoriti berpecah...nilah yang berlaku di negara kita sekarang...pihak minoriti menarik sebahagian ahli majoriti, yang akhirnya minoriti tadi menjadi majoriti...tapi yang malangnya ahli majoriti yang berpindah ke minoriti tadi tidak lagi mempunyai kuasa majoriti, sebaliknya minoriti yang asal tadi mempunyai kuasa majoriti...ini terbukti melalui PU ke 12...tidak mustahil perkara ini boleh berlaku lagi dalam PU13 akan datang  selagi kaum majoriti berpecah seperti sekarang...mungkin keputusan PU12 merupakan ingatan Allah kepada majoriti yang majoritinya Islam...amat malang bagi kita setelah merdeka dari penjajah British, dijajah pula oleh minoriti rakyat negara kita sendiri...melalui sistem demokrasi yang kita amalkan, tak mustahil perkara itu boleh berlaku.....kalau nasi sudah menjadi bubur, amat susahlah jadinya...itulah yang berlaku kepada negara jiran yang asalnya negara itu dipunyai oleh majoriti tetapi sekarang diperintah oleh minoriti..strategi itulah yang digunapakai di negara kita sekarang...tak payahlah pergi jauh, di negara kita sendiri...negeri yang punya kaum majoriti, pemerintahnya adalah kaum minoriti....apa yang aku luahkan ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik tetapi yang aku citerkan ini ialah nasib kaum majoriti di negara sendiri..implikasi dari sistem pemerintahan demokrasi, sistem yang dianggap paling adil..sistem yang berpihak kepada majoriti...tapi di negara kita, berpihak kepada kaum majoriti mungkin tidak berlaku kerana apa yang sedang berlaku sekarang ialah jelas kaum majoriti telah berpecah yang tidak lagi punya kuasa majoriti..Fikir-fikirkan

ANTARA UCAPAN DATO SIR ONN BIN JAAFAR

Pak Teh | Ahad, Ogos 29, 2010 |

Sempena kedatangan Hari Kemerdekaan ke 53, aku sertakan ucapan Dato Sir Onn bin Jaafar di Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Kelab Seremban, 1-2 Mac 1947, beliau membangkitkan isu ini, sebagai renungan kita bersama..




"Kepada pemuda-pemuda Melayu, terutama sekaliannya saya suka mengadapkan percakapan bahawa masa ini kita selalu mendengar perkataaan MERDEKA – mengajak kepada pemuda-pemuda itu bermandi darah dan mengorbankan jiwanya. Apakah gunanya sepuluh orang pemuda terbaring di dalam tanah? Bukankah baik seorang pemuda berdiri dengan sihat bersedia bekerja bukan kerana faedah dirinya sendiri melainkan kerana bangsa dan tanah airnya? Ini bukan masanya bersorak-sorak tatkala Melayu dihimpit oleh segala bangsa di negerinya. Ini bukan masanya berkorban. Orang Melayu tua atau muda ialah hak bangsanya hari ini. Kehendak bangsanya bukan berkehendakkan pemuda-pemudanya yang tiada bernyawa tetapi yang ada bernyawa."

Petikan: Artikel Prof. Ameritus Abu Bakar A.Hamid, UPSI bertajuk Datuk Onn bin Jaafar

10 HARI TERAKHIR...UNTUK RAMADHAN ATAU SYAWAL

Pak Teh | Sabtu, Ogos 28, 2010 |
Diam tak diam kita nak masuk satu pertiga akhir bulan Ramadhan...atau boleh kita katakan 10 hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari yang dianggap paling kritikal, kritikal kerana dalam 10 hari terakhirlah kita cuba sebaik mungkin menambah ibadat yang kita jangka lalai melakukan 20 hari yang lepas terutamanya ibadah sunat...dalam 10 hari terakhir juga dikatakan berlakunya Malam Lailatulqadar...10 hari terakhir juga kita digalakkan bersedekah makanan untuk berbuka orang berpuasa, walaupun untuk keluarga sendiri...terlalu banyak fadilatnya 10 hari terakhir Ramadhan...yang pasti jika tidak dimanfaatkan, terpaksalah kita menunggu setahun lagi, itupun belum tentu lagi kita masih bernyawa...
Ironinya, 10 hari terakhir Ramadhan,apa yang kita perhatikan ialah masjid semakin lengang, shopping centre semakin sesak, kaum wanita semakin sibuk, saf wanita di masjid makin kurang...Jadi pada pandangan aku, 10 hari terakhir Ramadhan, ramai yang fokuskan aktiviti kepada Syawal iaitu hari raya bukannya Ramadhan, dengan kata mudah seolah-olah ibadah Ramadhan hanya selama 20 hari sahaja..
Pada pendapat aku yang kurang arif ni, sebahagian aktiviti dan persiapan raya tu bolehlah dibuat lebih awal, jadi bila dekat-dekat raya kita buat aktiviti yang minimum, jadi masih boleh fokus kepada ibadah Ramadhan...Fikir-fikirkan

DOA IBU vs DOA ANAK

Pak Teh | Jumaat, Ogos 27, 2010 |
Sempena bulan Ramadhan ini, kita digalakkan memperbanyakkan doa terutama doa ditujukan kepada kedua ibubapa kita, tak kira yang masih hidup atau telah kembali ke Rahmatullah..berkaitan dengan itu aku ingin berkongsi cerita pasal doa ibu dan doa anak sebagai renungan...

Pada suatu hari seorang pemuda, Rohan terlibat dalam kemalangan jalanraya dan mengalami cedera parah. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati kecederaannya terlalu serius dan dijangkakan tiada harapan untuk hidup. Ibunya, Rohani segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya dan keadaannya.
Hampir pengsan Rohani ketika mendapat tahu berita tentang anaknya. Dia segera bergegas ke hospital. Berlinang air mata si ibu melihat keadaan anaknya, walaupun telah diberitahu bahawa anaknya itu tidak ada harapan untuk diselamatkan. Rohani tidak henti-henti berdoa. bermohon agar anaknya itu diselamatkan Allah swt. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Rohan tidak banyak berubah. Saban hari Rohani akan datang menjenguk anaknya itu, saban malam dia bangun untuk melakukan solat malam. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Rohani merintih agar anaknya disembuhkan oleh Allah swt." Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusanMu! Aku reda dengan qadak dan qadarMu"
"Ya Allah, dengan air mataku ini aku bermohon kepadaMu, Engakau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau matikannya, aku sangat sayang kepadanya, aku sangat rindu kepadanya, susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini.Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya"
"Ya Allah....tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau. Tunjukkanlah kuasaMu ya Allah, aku reda kalau anggota

TA... TA @ BYE... BYE...MANA YANG BETUL?

Pak Teh | Jumaat, Ogos 27, 2010 |
Sebenarnya dah lama gak aku fikirkan tentang isu ni...walaupun perkara ni boleh dikatakan perkara remeh tapi pada aku boleh membawa kesan yang sangat mendalam, sehingga akan menjadi budaya hidup kita....memang lah mudah sebut bye..bye atau ta..ta...kanak-kanak kecil yang baru belajar bercakap pun boleh menyebutnya...semua orang tau kedua-dua perkataan tu mewakili ucapan selamat tinggal dan selamat jalan..kalo kanak-kanak menggunakan perkataan tu takpelah sebab mudah disebut..tapi aku tetap tak setuju kanak-kanak menggunakan perkataan itu terutamanya perkataan bye..bye..Aku tak setuju kerana perkataan yang mudah itu kalo sejak dari kecil diajar, akan menjadi "darah daging" , sampai ke tua pun guna lagi.. Yang keduanya, dalam aku tercari-cari kenapa gunakan perkataan bye..bye, dengan izin Allah, adalah member share info tentang perkara yang sama..BYE adalah perkataan ciptaan penganut Kristian, dalam bahasa Arabnya "fihafzil baba", kalo diterjemahkan dalam bahasa kita "Di bawah naungan Pope (padri)"....aku difahamkan perkataan bye ini adalah jarum halus Kristian dalam menyebarkan dakwahynya...
Walaupun aku tak tau sejauh mana kebenarannya tetapi aku terima info  tersebut secara positif...apa salahnya dari kecil lagi, dari mula kanak-kanak belajar bercakap, situasi "perpisahan" sebegitu kita gunakan ucapan "Assalammualaikum" bukannya ta..ta.. atau bye..bye.. Bayangkanlah jika info tadi benar...Fikir-fikirkan

SALAH KE BERGURAU SENDA

Pak Teh | Khamis, Ogos 26, 2010 |
Kalau tak bergurau senda terasa sunyi gak hidup ni kan...gurau senda kadangkala boleh menghilang rasa boring...boleh menyebabkan tambah mesra hubungan...tetapi hati-hati bila bergurau senda kerana mungkin berlaku sebaliknya terutama kepada mereka yang tak tahan gurauan...tambahan kalau gurauan melibatkan hal peribadi...jadi kalau nak bergurau tu tengok-tengok orangnya, jangan main bantai je walaupun kadangkala gurauan kita berniat baik, nak menimbulkan suasana ceria...
Bergurau-gurau yang sedikit tu tidak ditegah oleh syarak, seperti sabda Rasulullah saw, bermaksud: "Bahawasanya aku bergurau-gurau dan aku bersenda-senda dan tiada aku berkata di dalam bergurau-gurau itu melainkan perkataan yang benar"
"Diriwayatkan oleh  setengah sahabat bahawasanya Rasulullah saw bersabda bagi Suhaib ra sedangkan dengan dia sakit mata, padahal ia memakan akan kurma: Adakah engkau makan kurma padahal engkau sakit mata? Maka berkata Suhaib ra: Aku makan akan kurma dengan pihak yang lain yang tiada sakit yakni pihak mulut. Maka tertawa Rasulullah saw"....Fikir-fikirkan

SAKIT HATI ATAU HATI SAKIT?

Pak Teh | Rabu, Ogos 25, 2010 |
Dalam bulan Ramadhan ni terlalu banyak dugaan, dugaan yang menguji kesabaran kita, menguji nafsu kita dan macam-macam lagi..Bila kurang sabar, timbullah sakit hati atau hati sakit...Sakit hati atau hati sakit, kedua-duanya  adalah merupakan maksiat bathin yang berpunca dari hati yang tak suci. Hati kita perlu disucikan daripada segala sifat yang tercela. Sabda Rasulullah saw, bermaksud: "Perhatian! Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging, apabila baik ia nescaya baik sekalian badan dan apabila binasa ia nescaya binasa sekalian badan. Ketahui olehmu iaitu hati."
Sifat yang tercela yang ada pada hati tu banyak tetapi mengikut Imam al-Ghazali rahimahullahu taala ada 10 perkara:
1.   Syarahut-ta'am iaitu sangat gemar kepada membanyakkan makan
2.   Syarahul-kalam iaitu sangat gemar kepada membanyakkan berkata-kata
3.   Ghadab iaitu kuat marah
4.   Hasad iaitu dengki akan orang yang dapat nikmat daripada Allah swt
5.   al-Bukhlu wa Hubbul-mal iaitu kikir dan kasih akan harta.
6.   Hubbul-jah iaitu kasih akan kemegahan dan kebesaran
7.   Hubbud-dunya iaitu kasih akan dunia
8.   Takbur iaitu membesarkan diri
9.   Ujub iaitu hairan akan dirinya (merasa bangga kerana banyak amalan sehingga menghairankan dirinya)
10. Riak iaitu beribadat tidak kerana Allah swt


Sumber: Sairus-salikin

MAK OIII WANGINYER..

Pak Teh | Rabu, Ogos 25, 2010 |
Sape taknak bau wangi kan? Tambahan kalo bau wangi tu datang dari seorang wanita..sebenarnya tujuan pemakaian bau-bauan ni bergantung kepada niat si pemakai....ada yang hendak hilangkan bau badan yang berpeluh, iaitu elakkan daripada mengeluarkan bau yang kurang enak terutama bau dari ketiak...ada gak yang memakainya untuk menarik perhatian orang...kalo kita tengok kehebatan aroma bau-bauan di iklan tv, terutama kalo wanita yang memakainya... macam-macam perangai pelik berlaku kepada si lelaki yang terbau....tapi sekarang dah ditonjolkan pula kehebatan lelaki yang memakai bau-bauan....begitulah juga berlaku perangai pelik wanita yang membaunya sehingga kita nampak dah terkeluar batasan agama dan budaya timur...
Penggunaan bau-bauan ini semakin menjadi-jadi sejak adanya produk tanpa alkohol, secara tak langsung "menghalalkan" penggunaannya...Dalam keghairahan menggunakan bau-bauan, kalau boleh yang paling wangi, yang melekat baunya..kalau duduk kat sofa tu, bau tu boleh tinggal kat sofa dan macam-macam lagi kehebatan yang dicari...ada di kalangan wanita Islam yang lupa ada hukum Allah swt mengenai pemakaian bau-bauan...aku nak ulas tentang hukum tu, aku tak arif...jadi aku kongsikan beberapa hadis berkaitan penggunaan bau-bauan sebagai panduan.. Sabda Rasulullah saw, bermaksud:

1)  "Setiap mata berzina, seorang wanita bila memakai bau-bauan, kemudian dia lalu di hadapan orang pada suatu majlis, maka wanita itu (sama dengan) berzina"
2)   "Wanita yang mempamerkan diri dengan memakai perhiasan di hadapan orang yang bukan keluarganya, tidak ubahnya dia bagaikan berada dalam kegelapan hari kiamat, tanpa cahaya sedikit juapun"
3)  "Allah tidak menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid ini, sehingga dia pulang lalu dia mandi seperti mandi junub"

Ibnu Hajar dalam "Azzawajir" berkata, " Bila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar, sekalipun diizinkan suaminya"
Wallahhualam

Sumber: Fiqih Wanita

BABY OH BABY

Pak Teh | Rabu, Ogos 25, 2010 |
Kadangkala ada para ibubapa yang agak risau dengan bayi mereka...tambahan bila dibandingkan bayi yang seusia...kerisauan ini dapat dikurangkan jika para ibubapa tau serba sedikit tentang tumbesar dan perkembangan perlakuan bayi...Dalam entri ni aku bagilah sedikit panduan tentang perkembangan perlakuan bayi........  1) Perkembangan perlakuan bayi pada umumnya bermula dari kepala ke kaki. 2) Bayi dapat mengawal kepala dahulu berbanding dengan badan. Sebagai contoh, bila ditiarapkan, bayi boleh mengangkat kepalanya sebelum mengangkat badannya. 3) Otot-otot yang berhampiran dengan badan berfungsi dahulu sebelum otot-otot yang jauh dari badan...tidak hairanlah bila kita tengok bayi menggerakkan batang lengan ke arah sesuatu benda tetapi tidak dapat memegang benda tersebut. 4) Perlakuan berkembang dari bilateral ke unilateral...jangan risau kalau bayi cuba menyepak bola dengan kedua-dua belah kakinya serentak kerana masih di peringkat bilateral..bila dah sampai peringkat unilateral, barulah dia menyepak dengan sebelah kaki..
Dengan sedikit info di atas, aku harap takdelah para ibubapa mudah panik bila melihat perlakuan bayi mereka...Wallahhualam

LAGI KANAK-KANAK HILANG...

Pak Teh | Selasa, Ogos 24, 2010 |
Dear Friend,
Please help ~!

NAME : WAN NUR FADHILAH ANUM BT WAN BUDIMAN
AGE : 7 YEARS OLD
LAST SEE AT : SEKOLAH AGAMA BERSEPADU (SRAB), JOHOR TOWN
TIME : 5 PM
MISSING DATE : 13/08/2010
CLOTHES : SCHOOL UNIFORM, BROWN BAG & SMALL PINK BAG
REFER TO SCHOOL GUARD, HE SAW THIS GIRL ENTER A PROTON ISWARA IN WHITE COLOUR
Regards,
Daniel Leyong
Personal Assistant
Lima Bintang Logistics Sdn Bhd
PTD 41365, Jalan Idaman 3/2,
Senai Industrial Park, Taman Desa Idaman,
81400 Senai Johor, Malaysia
Tel:+607-5987687 Ext:124
Fax:+607-5990570
H/P:+6012-7813117
Email :daniel@lblgh.com
Web : www.lblgh.com
ISO 9001 :2000 Certified Company : SG08/01991

Sumber: Wall fb Ct Mariam

SIAPA YANG KALAH?

Pak Teh | Selasa, Ogos 24, 2010 |
Kalau dalam entri yang lepas, aku ada sebut pasal manusia mempunyai empat sifat iaitu sifat ketuhanan, sifat malaikat, sifat syaitan dan sifat kehaiwanan... kali ni aku nak citer pasal malaikat, haiwan dan manusia...
Malaikat diberi kepadanya akal, tidak diberi nafsu
Haiwan diberi kepadanya nafsu, tidak diberi kepadanya akal
Manusia diberi kepadanya akal dan diberi kepadanya nafsu

JIka akal manusia dapat menundukkan (mengalahkan) nafsunya, maka naiklah darjat manusia ke darjat Malaikat, bahkan melebihi Malaikat jika dia kuat beramal ibadat kepada Allah swt. Tetapi jika manusia tunduk kepada nafsu, dikalahkan oleh nafsunya maka turunlah dia kepada darjat haiwan.
Oleh itu kita hendaklah mengawasi nafsu kita yang sentiasa didorongkan oleh syaitan. Nafsu adalah musuh yang jahat yang susah hendak dikalahkan, sukar ditundukkan kerana nafsu berada di dalam diri kita yang dikendalikan oleh syaitan. Payah untuk mengatasinya dan susah mengatasinya, sentiasa mencabar keimanan kita...Dalam bulan Ramadhan ni, lagi kuat cabaran keimanan kita...paling tidak cabaran nafsu makan...macam-macam kita beli ikut nafsu, patutnya budget makin rendah tapi dalam bulan Ramadhan makin meningkat...Fikir-fikirkan..

SUSAH BETUL NAK FAHAM

Pak Teh | Isnin, Ogos 23, 2010 |
Susah betul nak faham...memang pun susah nak faham, walaupun adik beradik, ibubapa dan anak, suami isteri, kawan-kawan, jiran-jiran...susah faham kerana adanya sifat semulajadi manusia yang kadang-kadang berubah..kadang-kadang kita sendiripun tak sedar sifat diri kita berubah. Secara umumnya manusia mempunyai empat sifat:
1.  SIFAT KETUHANAN, antaranya kasih sayang, pemaaf, menghukum
2.  SIFAT MALAIKAT, antaranya kepatuhan, ketaatan, pengibadatan
3.  SIFAT SYAITAN, antaranya hasad, dengki, menghasut
4. SIFAT KEHAIWANAN, antaranya nafsu, rakus, liar, perosak, bertelingkah, memburu, membunuh
Manusia yang sempurna ialah manusia yang dapat mengimbangi segala sifat-sifat di atas tetapi tidak semua manusia mempunyai sifat-sifat yang sama...Fikir-fikirkan

HARAPAN SUAMI VS HARAPAN ISTERI

Pak Teh | Isnin, Ogos 23, 2010 |
Apa yang diharapkan oleh suami daripada isteri:
pujian, perhatian, dorongan, teladan, kelembutan, sikap memahami, kepercayaan, keghairahan dan bau yang wangi

Apa yang diharapkan oleh isteri daripada suami:
pujian, perhatian, dorongan, teladan, kegigihan, keghairahan, perlindungan, kebersihan dan kesihatan,



SEDIHNYA...

Pak Teh | Ahad, Ogos 22, 2010 |

Tidakkah kita berasa megah dan bangga bila melihat bendera Union Jack diturunkan pada tanggal 31 Ogos 1957 dan digantikan dengan Jalur Gemilang?


Bangga atau megah bergantung kepada sejauh mana erti peristiwa di atas kepada individu yang bergelar warganegara Malaysia. Secara asasnya memang berbeza kerana setelah 52 tahun merdeka, terdapat 3 generasi yang terlibat. Generasi "tua" ialah generasi yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan kemerdekaan, tau perit getir dan tau susah senangnya untuk mencapai kemerdekaan, perlukan pengorbanan yang besar, bukan setakat material, malah nyawa sekalipun..Generasi "dewasa" ialah generasi selepas merdeka, iaitu lahir saje dah ada elektrik dan paip di rumah, kurang rasa susah dalam konteks negara dijajah. Bak kata orang Negeri Sembilan, generasi "Air dalam bosi, api dalam kaco...potik di topi, tongah menyalo". Generasi "anak-anak" pula ialah generasi yang dilahirkan yang mungkin langsung tak tau apa sebenarnya erti kemerdekaan kerana pada mereka lahir-lahir saje, semuanya ada...
Apapun tahap bangga dan megah mereka, yang penting sebagai warganegara Malaysia sepatutnya sama-samalah kita meraikan hari kemerdekaan negara kita...kata orang setahun sekali, bukan tiap-tiap hari kan? Kalo bukan kita, siapa lagi nak raikan..Lagi sekali aku ajak korang, sebagai tanda terima kasih dan bangga, sekurang-kurangnya kibarkanlah Jalur Gemilang di rumah...bukan susah sangat nak kibar tu, tak sampai setengah jam pun nak buat.."Eh! yang ngajak ni dah buat lum"...hehehe aku dah buat dah , alhamdulillah.  (pic bawah ni Jalur Gemilang berkibar di depan rumahku...)
..

BUANG AIR

Pak Teh | Ahad, Ogos 22, 2010 |
Rasullullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: "Berhati-hatilah dengan dua perkara terlaknat." Sahabat bertanya, "Apakah dua perkara tu ya Rasullullah?". Rasullullah menjawab, "Buang air di jalan awam ataupun di tempat berteduh." (Abu Hurairah)
Beratus-ratus tahun kemudian barulah disedari, membuang air merata-rata di jalan awam menyebabkan penularan penyakit. Oleh itu gunakanlah tandas yang disediakan untuk mengelakkan penularan penyakit. Tapi....

Apa silapnya ni?

HUBAYA UMAT ISLAM

Pak Teh | Sabtu, Ogos 21, 2010 |
DIPANJANGKAN UNTUK MAKLUMAN

Not Muhammad, but Jesus Name was printed !!!!!!

Be careful with this book!!!!!! This thing has been widespread to the whole world.
We must fight this massacre which was created by Christian!!!
* DO NOT let them to convert many more MUSLIM to CHRISTIAN,
Na'udzubillahimindzalik...
* DO NOT JUST KEEP this mail in your mailbox. FORWARD TO ALL OUR MUSLIMS..
The things they do to lead muslims astray is unbelievable. May Allah protect us all. Let all your relatives/friends know that this book do exist and a copy of it was already sent to MUIS for action.

TERAWIH DIIRINGI "MUZIK"

Pak Teh | Jumaat, Ogos 20, 2010 |
Tentu korang pelik dengan title entri aku ni kan...mana ada solat terawih diiringi "muzik"...nantilah aku ceritakan... Sempena bulan Ramadhan masing-masing berebut-rebut meningkatkan amalan dan sentiasa berdoa agar amalan diterima oleh Allah s.w.t..... Seperti biasa, awal Ramadhan setiap masjid penuh sesak dengan jemaah, tak kira lelaki, perempuan dan kanak-kanak...tapi malangnya kesesakan ni beransur lengang di penghujung Ramadhan...Ibubapa ke masjid terpaksa membawa anak-anak yang masih kecil, maka masa solat sudah tentu hiruk pikuk bunyi suara anak-anak kecil ni, ada yang menangis...Kekadang tu aku terfikir gak di mana letaknya keutamaan, solat terawih yang berstatus sunat atau membiarkan anak-anak membuat hingar sedangkan kita hendakkan khusyuk masa solat.. Satu lagi ibubapa sibuk hendak berterawih, anak-anak yang baligh ditinggalkan atau buat-buat pergi ke masjid...Anak-anak ni pulak lain ceritanya..bermain mercun dan ada yang lebih advance tu bakar meriam..Yang peliknya bunyi mercun dan meriam hanya kedengaran semasa solat terawih, bila habis je solat terawih, sunyi sepi semula..ini sudah tentulah anak-anak ni amik kesempatan semasa ibubapa ke masjid...Itulah yang aku katakan terawih diiringi "muzik" ...pada aku fenomena ini boleh di atasi jika semua pihak tau tanggungjawab masing-masing ...fikir-fikirkan

JALUR GEMILANG

Pak Teh | Jumaat, Ogos 20, 2010 |
Dalam kesibukan kita menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan, ada juga yang lepas pandang, bulan ini juga merupakan bulan kemerdekaan negara kita tercinta Malaysia bagi kali ke 52. Salah satu pengisian bulan kemerdekaan ialah dengan mengibar Jalur Gemilang di rumah-rumah dan premis-premis...Tu camna, dah kibarkan Jalur Gemilang di rumah? Ada setengah orang anggap ini perkara remeh temeh..ada juga yang mempertikaikan mengibarkan Jalur Gemilang bukan satu cara menunjukkan semangat patriotik dan macam-macam lagi lah...Aku tak kisahlah apa yang diorang nak cakap, apa yang penting aku tetap kibarkan Jalur Gemilang di rumah aku...pada aku kibaran Jalur Gemilang tu menunjukkan aku bersama-sama meraikan sambutan bulan kemerdekaan, sebagai tanda aku anak Malaysia (walaupun orang kampung semua dah tau) dan yang paling tersentuh di hatiku ialah sebagai tanda terima kasih dan menghormati pejuang-pejuang kemerdekaan, sama ada yang masih hidup dan yang sudah meninggal. Kalau akulah pejuang kemerdekaan yang masih hidup, tentu rasa terkilan bila melihat tiada kerancakan untuk menanti  hari sambutan kemerdekaan, seolah-olah perjuangan mereka tidak dihargai. Susah sangat  ke nak kibarkan Jalur Gemilang berbanding dengan pahit getir, susah payah mereka untuk mendapatkan kemerdekaan.. fikir-fikirkan

LANGIT PERTAMA...

Pak Teh | Khamis, Ogos 19, 2010 |
Allah telah menjadikan tujuh Malaikat, sebelum Allah menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Pada setiap lapisan langit ada pintunya, ditugaskan pada setiap pintu langit satu Malaikat yang begitu besar tersergam indah dan hebat.  Malaikat Hafazah membawa amalan-amalan manusia melalui ketujuh-tujuh pintu langit tadi. Naik Malaikat Hafazah ke langit pertama membawa amalan seorang hamba yang dilakukannya pagi dan petang, siang dan malam, bersinar-sinar cahaya amalannya seperti matahari. Lalu Malaikat penjaga pintu langit pertama berkata: "Bawa kembali amalan orang itu hempaskan ke mukanya! Tuhan meletakkan aku di sini meneliti dosa orang-orang mengumpat, supaya tidak membiarkan amalan orang mengumpat naik melintasi aku ke atas".
Kesimpulannya, orang yang mengumpat, segala amalannya tidak akan melepasi walaupun  pintu langit lapisan pertama disebabkan dosa-dosa mengumpat...fikir-fikirkan

Sumber:Fazilat bulan Rejab Sya'ban Ramadzan 



HIDUNG BERDARAH

Pak Teh | Khamis, Ogos 19, 2010 |
Tau-tau  jer darah dah keluar dari hidung.... macam-macamlah pandangan yang diberi kenapa darah tu keluar...ada yang kata  cuaca panaslah...kepala panaslah dan macam-macam lagi. Tapi ramai yang kurang tau, hidung berdarah disebabkan rendahnya ketahanan rerambut darah. Dalam tradisi perubatan Nabi, hidung berdarah ini diatasi dengan meminum sirap epal dan sup/soto ayam. Pengambilan epal membantu meneutralkan ikatan radikal bebas pada sel-sel darah yang menyebabkan darah sukar membeku. Ini kerana epal mengandungi antioksida dan vitamin A dan C. Sup/soto ayam pula mengandungi protein dan kalsium yang menguatkan ketahanan rerambut darah..

Sumber: 365 tip sihat gaya Rasullullah

ANAK-ANAK SEBAGAI KEKASIH ATAU KAWAN ATAU MUSUH? (Part 3/3)

Pak Teh | Rabu, Ogos 18, 2010 |
Kalau dalam Part 1 aku menceritakan tentang kategori ibubapa yang menjadikan anak sebagai musuh, Part 2 pula sebagai kekasih, maka dalam Part 3 ini aku nak berkongsi pula kategori ibubapa yang menjadikan anak-anak sebagai KAWAN. Kawan ialah orang yang kita kenali, yang dihormati dan dihargai tetapi taklah sampai dipuja, disayangi tapi taklah sampai dicintai setengah mati. Kawan diingati tapi taklah sampai dirindui setiap saat. Bersedia untuk mendengar tapi taklah sampai setiap masa; dibela tapi taklah sampai sanggup mati kerananya: dikenang tapi taklah sampai diutamakan.
Ramai anak-anak sekarang bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak mempunyai sikap memperdulikan ibubapa mereka. Ini kerana sejak dari kecil lagi mereka telah sedia maklum, sebagai ibubapa, kita sanggup berkorban apa sahaja untuk mereka, kita selalu teringatkan mereka, kita terlalu sayangkan mereka. Kita tak sanggup tengok mereka merana, susah mereka kita bantu, sakit mereka sakitlah juga kita. Akibatnya, maka terpahat di jiwa mereka sikap "tidak terlalu khuatir" atau "ignorant" dengan sikap kita terhadap mereka sehinggakan mereka adalah anak yang hanya mementingkan diri mereka sahaja, tidak memperdulikan ibubapa, berani melakukan apa sahaja walaupun akan menyakiti hati ibubapa mereka. Ibubapa janganlah jadikan anak-anak seperti kekasih.  Ibubapa harus menzahirkan bahawa anak-anak yang seharusnya memerlukan ibubapa bukannya ibubapa yang memerlukan anak-anak. Kelak mereka akan mengambil kesempatan dan tidak mengendahkan kita. Gambarkan kepada mereka, kita boleh hidup seperti biasa tanpa mereka dan mereka akan menjadi susah di dunia dan akhirat tanpa kita. Namun begitu jangan pula kita jadikan anak-anak seperti musuh; buruk padahnya kelak. Mereka tidak akan menghargai kita malah membenci kita. Sebaik-baiknya jadikanlah mereka seperti kawan.
Kawan di sini bukanlah seperti istilah kawan yang dimaksudkan oleh ahli psikologi Barat. Kawan dalam konteks Barat, matlamatnya ialah memecahkan benteng kekuasaan (authoritarian) ibubapa yang dianggap penghambat dalam perhubungan antara ibubapa dan anak-anak. Akibatnya ramai ibubapa yang menjadikan anak mereka sebagai "kawan", akhirnya ibubapa juga kecewa, kerana hilang perasaan hormat anak-anak terhadap mereka.
Seharusnya, anak-anak dididik untuk berbahasa dan bersopan santun terhadap ibubapa. Ada pulak pihak yang menggalakkan ibubapa mempelajari bahasa anak-anak sekarang, yang jelas bukan bahasa yang baik bahkan bahasa pelik yang mereka gunakan antara sesama mereka. Kononnya jika ibubapa mengetahui bahasa yang digunakan oelh anak-anak zaman sekarang, maka hubungan ibubapa dan anak-anak akan menjadi lebih akrab kerana kita memahami bahasa mereka.
Bukankah seharusnya anak-anak yang mesti diajar memahami bahasa yang sopan terhadap ibubapanya? Sebaiknya ibubapa mesti mengekalkan sikap penguasaan mereka terhadap anak-anak, agar batas kekuasaan antara anak-anak dengan ibubapa sentiasa ada. Ibubapa juga harus bersikap tegas, khususnya terhadap perkara-perkara yang salah dari segi agama, undang-undang, adat dan budaya.
Anak-anak boleh menjadi manusia yang berdisiplin dengan mematuhi hukum dan peraturan. Ibubapa menjadi kawan kepada mereka, bukan pada pergaulan tapi pada sikap kepercayaan.

Diolah daripada: Kaedah mendidik isteri & anak

OH BUBUR LAMBUK KU...

Pak Teh | Rabu, Ogos 18, 2010 |
Sejak 1 Ramadhan lagi, setiap kali aku ke masjid waktu asar, di ruang legar masjid terdapat tersusun lebih kurang 10 baldi berisi bungkusan plastik berisi bubur lambuk, tersandar kadbod di tepi baldi tu tertulis "Sumbangan ikhlas dari hamba Allah"...Hamba Allah ini mengambil peluang beribadah di bulan Ramadhan dengan bersedekah kerana bersedekah di bulan Ramadhan pahala digandakan 1000 kali..InsyaAllah..
Hari ini hari ke 8 kita berpuasa, hamba Allah tu masih tak miss hantar bubur lambuk hampir-hampir masuk waktu asar...1 baldi ada lebih kurang 15 bungkus, jadi 10 baldi adalah 150 bungkus...banyak gak kan....disebabkan banyak tu adalah rezeki aku dapat selepas solat asar, aku amik sebungkus jer, nak bagi peluang orang lain merasa sama...tapi melalui ekor mataku nampak gak yang amik 2/3 bungkus..takpelah mungkin keluarga dia besar...bubur lambuk ini pada aku dikategori "boleh makan dan boleh amik hari lain"....
Kebelakangan 2/3 hari ni..bila selesai solat asar, aku tengok baldi kosong je...dah habis..takde rezeki aku...mungkin ramai gak yang berselera makan bubur lambuk tu...tadi aku agak lewat ke masjid, hampir-hampir nak azan..terserempak dengan beberapa orang jemaah keluar dengan menjijit bungkusan bubur lambuk untuk dihantar ke kereta atau ke motor...barulah aku tau kenapa boleh habis selepas solat, rupanya diaorang lagi cekap, amik sebelum solat...hehehehe...takpelah tu strategi diaorang....
Bila tak dapat habuan tu teragak aku, masak sendiri jelah...tapi camne yer...aku bukan tau sangat masak bubur lambuk ni...jadi aku layar internet...aku jumpa satu koleksi resepi bubur lambuk...macam-macam resepi ada...macam astro lah pulak.....ada 16 jenis resepi semuanya termasuklah resepi bubur lambuk (BL) Masjid Kg Kenangan Batu Pahat,  BL Masjid Annur Kg.Beringin, BL Pahang, BL Tg. Keling dan macam-macam lagi ler..tapi ramai yang tau BL Masjid Kg. Baru jer...jadi aku buat perkiraan, kalau aku buat selang satu hari bubur lambuk, bolehlah aku merasa hampir kesemua resepi tu...baru tau mana yg sedap kan? :-) cuba jangan tak cuba...dah cuba baru tau...

MATAHARIKU AWARD...FRIENDSHIP

Pak Teh | Rabu, Ogos 18, 2010 |

SALAM KEPADA KEKAWAN BLOGGER....

semoga ibadah Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas...InsyaAllah

Sempena bulan yang mulia ini, aku nak bagi award kepada kekawan sebagai tanda persahabatan..tapi dengan satu syarat...hehehe mudah jer..tuliskan 5 orang follower blog kekawan di bawah picture matahariku award dalam post blog kekawan......untuk membolehkan follower blog kekawan menyambungkan silaturrahim melalui matahariku award ni...tapi jangan lupa lak jemput follower blog kekawan tu amik award ni melalui shout box... semoga usaha ini dapat menyambung silaturrahim di kalangan bloggers di samping dapat kongsi pengalaman dan ilmu..insyaAllah
Oleh kerana kekawan blog aku tak ramai, aku anugerahkan award ini kepada semua kekawan blog aku sebagai tanda terima kasih dan persahabatan...harap kekawan sudi terima..


http://farydahsidik.blogspot.com/
http://areyoues8278.blogspot.com/
http://ruzmanizma.blogspot.com/
http://eliscunnyer.blogspot.com/
http://www.elizadianna.com/
http://warisanizryn4u.blogspot.com/
http://mimz77.blogspot.com/
http://lulu-pages.blogspot.com/
http://nosembilanbelas.blogspot.com/
http://ceritadimataku.blogspot.com/
http://aizuddin.com/
http://kazaztan.blogspot.com/

P/s: jangan lupa letakkan address URL  blog aku kat bawah pic award...at least diorang tau award tu dari mana...syukran :-)

ANAK-ANAK SEBAGAI KEKASIH ATAU KAWAN ATAU MUSUH? (Part 2/3)

Pak Teh | Ahad, Ogos 15, 2010 |
Masih ingat citer Part 1? Pasal kategori ibubapa yang menjadikan anak sebagai musuh... Dalam Part 2 ni pulak, aku nak citer kategori ibubapa yang menjadikan anak mereka sebagai KEKASIH.....ish ish mana bolehhhhhh....inilah respon yang aku dapat masa aku publish Part 1 dulu....aku tak salah respon orang tu sebab dia hanya baca tajuk jer...harap-harap bila dia dah baca Part 2 ni, daripada ish ish menjadi ooooooooooooooo....:-)
Kekasih adalah orang yang sangat dicintai, disayangi, dirindui, dilindungi, diutamakan, berkorban untuk dia, tidak menyakitinya dan semua yang baik ada pada diri dia. Pendek kata, kentut dia pun wangi! hehehehe...ade ker? Bayangkanlah kalau anak-anak dilakukan seperti kekasih. Terlalu dicintai dan disayangi sehinggakan tak sanggup kehilangannya. Ketiadaannya di sisi walaupun sebentar akan dirindui, jadi tak tentu arah dan apa kesukaannya segera disediakan...sampai bergolok bergadailah jadinya...
Apakah sikap ini baik? Sebenarnya sikap ini hanya akan merosakkan anak-anak. Anak-anak yang menerima layanan sebegitu juga akan mengambil kesempatan ke atas ibubapanya kerana dia tau dirinya terlalu dikasihi. Apapun kesalahan yang dilakukan tidak akan diambil tindakan, sebaliknya kata orang, pandang sebelah mata jer...Anak yang sebegini selalunya "besar kepala" dan hanya mementingkan diri sendiri, tidak memperdulikan orang lain termasuk ibubapanya.
Firman Allah s.w.t., bermaksud: "Sesungguhnya harta dan anak-anakmu adalah fitnah (cubaan) dan di sisi Allah ada balasan yang besar." (Surah al-Taghabun:15)


Diolah daripada: Kaedah mendidik isteri dan anak

NILAI SEBATANG ROTAN

Pak Teh | Jumaat, Ogos 13, 2010 |
Jika dikira dari segi harganya, sebatang rotan memanglah tidak ada nilai. Namun begitu ramai di kalangan ibubapa hari ini TIDAK MAMPU membeli sebatang rotan. Mereka tidak mampu bukan kerana tidak mempunyai wang tetapi mereka hilang kemampuan untuk menilai keberkesanan sebatang rotan dalam membentuk masa depan anak-anak mereka. Rasullullah bersabda, maksudnya: "Allah mengasihi hamba yang menggantung di rumahnya rotan untuk mendisiplinkan keluarganya".(Riwayat Ahmad).  Rotan bukanlah sebagai satu senjata untuk menyakitkan, sebaliknya ia harus dilihat sebagai alat untuk membentuk dan mendisiplinkan seseorang. Merotan adalah tahap terakhir selepas "dinasihati" dan "dipulaukan" dalam mendisiplinkan anak-anak.
Ada pendapat mengatakan bahawa mendisiplinkan anak-anak dengan rotan akan menyebabkan mereka menjadi semakin keras hati dan degil. Sebenarnya yang menjadikan mereka keras hati dan degil adalah salah penggunaan rotan apabila dijadikan sebagai senjata untuk mencederakan.  Anak yang tidak dirotan setelah berkali-kali diberikan nasihat, akan bertapaklah di dalam benaknya bahawa segala kesalahan boleh terlepas dengan bersikap degil dan tidak akan tercetus di fikiran mereka akan kesan daripada kesalahan yang dilakukan. Apabila Islam membolehkan bahkan menyarankan agar anak-anak degil didisiplinkan dengan cara merotan, maka sebagai orang yang beriman hendaklah kita menerima dan menyakininya sebagai jalan terbaik...Fikir-fikirkan

Diolah daripada: Kaedah mendidik isteri dan anak

TIP MENANGANI ANAK-ANAK NAKAL

Pak Teh | Jumaat, Ogos 13, 2010 |
"Biar nakal jangan jahat!"...betul ke? Aku pun tak pasti sama ada betul ke tak...nak bincang lebih-lebihpun, kedua-duanya bersifat subjektif..setengah orang kata perlakuan itu nakal tetapi setengah orang kata perlakuan itu jahat...tapi pada aku nakal tu perlu dibendung supaya tidak menjadi jahat, kalaulah betul nakal tu lebih elok berbanding dengan jahat...dalam entri aku kali ini, aku gabungkan dua-dua, tak kira  sama ada nakal atau jahat..

Kenakalan berlaku mungkin disebabkan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu perasaan ingin tahu dan ingin mencuba...tetapi yang kita risaukan ialah kenakalan bersifat negatif...bahasa mudahnya nakal yang membawa kepada perkara yang yang bertentangan dengan undang-undang dan syariat Islam. Kadangkala dah banyak kali ditegur, dinasihat, dipukul tapi masih juga degil...kekadang tu terdengar gak kata-kata "macam mana tak degil, dah anak tu sejak lahir dibesarkan dengan susu lembu, degil macam lembulah dia"..
Setelah macam-macam ikhtiar kita lakukan, anak kita masih degil gak, kita cuba pula tip berikut, iaitu melembutkan hati anak yang degil dan nakal dengan membaca ayat-ayat berikut pada tubuh anak, dengan syarat kita baca dengan penuh penghayatan, khusuk dan difahami setiap erti ayat yang dibaca.
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Surah Toha , ayat 1 hingga 8
4. Surah al-Hasyrayat, ayat 21
5. Surah lazim seperti Surah al-Ikhlas, Surah an-Nas dan Surah al-Falaq


Sumber: Kaedah mendidik isteri dan anak

APA YANG ADA DALAM PERUT KITA

Pak Teh | Khamis, Ogos 12, 2010 |
Bila waktu berbuka puasa, mungkin ramai yang tak tahan dengan godaan nafsu, maka makanlah sepuas-puasnya sehingga kata orang sampai "penuh perut"... Secara puratanya, isi perut kita adalah 1500 mililiter. Nabi saw menyarankan supaya kita membahagikan perut kepada 3 bahagian. Satu pertiga untuk makanan (termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan), satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi bagi pernafasan. Kita tidak harus mengisi perut kita dengan makanan semata-mata.

ANAK-ANAK SEBAGAI KEKASIH ATAU KAWAN ATAU MUSUH? (Part 1/3)

Pak Teh | Rabu, Ogos 11, 2010 |

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan kepada kita berada di hari pertama Ramadhan al-Mubarak 1431 Hijrah...semoga umur kita dipanjangkan sehingga tamat Ramadhan dan dapat kita menjalani ibadah yang lebih baik...
Semua orang tau, salah satu sifat yang diuji oleh Allah swt sepanjang Ramadhan ini ialah sifat marah. Allah menguji kita dengan pelbagai ragam anak-anak, sehinggakan kita ibubapa berada dalam kategori meletakkan anak sebagai kekasih atau kawan atau musuh.
Kali ini biarlah aku citer pasal ANAK SEBAGAI MUSUH kerana pada aku kalau ada ibubapa yang begitu, eloklah mula ubah di hari pertama Ramadhan ini.
Bila sebut MUSUH sudah tentu orang yang dibenci, orang yang tidak disukai.Apa sahaja yang dilakukan akan dipandang buruk dan dicurigai. Tindakan akan diambil ke atasnya walaupun hanya melibatkan kesilapan yang kecil. Segala kebaikan yang diberikan akan dicurigai dengan sangkaan buruk. Pujian tidak pernah kedengaran, yang ada hanya cemuhan, maki hamun dan penghinaan. Setiap kali bersua muka, hati akan menyampah terhadapnya, meluat dan geram hinggakan kesilapan sedikitpun akan dipukul.
Adakah wajar anak-anak diperlakukan sebegitu, sebagai musuh? Tidak ada anak yang minta dilahirkan sedemikian. Anak yang dijadikan seperti musuh akan menjadi musuh kepada kita (ibubapa).
Firman Allah swt bermaksud: Sesungguhnya sebahagian dari isteri dan anak-anakmu adalah musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah (Surah al-Taghabun:14). Surah ini  sebenarnya berfokus kepada suami, iaitu berkaitan dengan cara mendidik isteri dan anak-anak.
Rasullullah saw ada bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidak menyayangi anak-anak, maka tidak akan disayangi" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Cukuplah setakat tu ye! nanti panjang-panjang boring lak bacanya...apa yang nak aku ingatkan (termasuk aku sendiri) ialah kategori mana kita berada sebenarnya kita sendiri yang menentukannya.. ragam dan perangai anak-anak itu merupakan ujian Allah swt untuk menentukan kita berada dalam kategori yang mana...Fikir-fikirkan..

Sumber: Kaedah mendidik isteri dan anak

RAMADHAN AL-MUBARAK

Pak Teh | Selasa, Ogos 10, 2010 |

Makhluk fizikal VS Makhluk sentimental

Pak Teh | Selasa, Ogos 10, 2010 |
Allah s,w,t, telah mencipta lelaki dan wanita berbeza-beza dari segi fizikal dan emosi. Lelaki lebih kuat fizikalnya daripada wanita serta mempunyai kelemahan dari segi emosi. Wanita pula lemah dari segi fizikal, sebaliknya pula kuat dari segi emosi. Kedua-dua makhluk Allah ini berbeza, hanya mereka yang faham hakikat ini akan berjaya mencapai matlamat, khasnya kerukunan rumahtangga.
Dalam surah Al-Nisa, ayat 34: Allah berfirman, maksudnya, "Kaum lelaki telah ditetapkan berkuasa ke atas kaum wanita sebagaimana Allah telah melebihkan sebahagian ke atas sebahagian dan juga kerana merekalah yang dikehendaki mengeluarkan harta mereka bagi penyaraan kaum wanita". Lelaki yang dicipta sebagai makhluk fizikal, perasaannya diluahkan melalui tindakan dan perbuatan. Wanita pula makhluk sentimental, yang perasaannya diluahkan melalui kata-kata dan hati.
Sayang suami luahan di hati
Sayang isteri luahan di mulut
Oleh itu, kekuatan lelaki tidak sama dengan kekuatan seorang wanita. Seorang suami sepatutnya memahami hakikat ini dan apa yang mampu dia lakukan dengan kekuatannya tidak semestinya mampu dilakukan oleh isterinya. Begitu juga isteri sepatutnya memahami sifat semulajadi seorang lelaki.

Dipetik daripada Kaedah mendidik isteri dan anak

SURAT ABAH KEPADA ANAK-ANAK

Pak Teh | Isnin, Ogos 09, 2010 |
KHAS BUAT ANAK-ANAKKU
Kepada anak-anak Abah yang disayangi,
Jagalah diri kamu dan hargailah penghidupan ini. Hidup hanya sekali sahaja., kemudian kita akan dipindahkan ke alam akhirat. Sebagai seorang bapa, Abah bertanggungjawab ke atas kamu dan Abah mahukan agar kamu semua berjaya; berjaya di dunia dan berjaya di akhirat kelak. Setiap anak Abah yang baik, Abah layan dengan kebaikan dan kasih sayang tetapi bagi anak-anak Abah yang kadangkala memilih untuk berbuat yang salah, maka Abah terpaksa bersikap tegas.
Maafkanlah Abah apabila Abah terpaksa memukul kamu...Abah tidak pernah menyesal apabila terpaksa memukul kamu kerana akibat daripada ketegasan itu, kamu semua membesar menjadi anak-anak yang terkawal. Mudah-mudahan begitulah hendaknya hingga kamu dewasa dan mula mempunyai keluarga kamu sendiri.
Abah sedar....
Sebagai seorang insan yang biasa, kadangkala Abah tersilap dalam membuat penilaian terhadap kamu. Ada yang Abah terpukul padahal kamu tidak bersalah atau terlebih pukul atau tersalah pukul. Ketahuilah anak-anak Abah sekalian, hati Abah tidak sedikitpun merasa gembira bila terpaksa memukul kamu. Selalunya hati Abah akan menangis setiap kali setelah terpaksa memukul kamu. Itu sebabnya Abah akan menyendiri seketika merenung tindakan Abah dan kelakuan kamu.

Hargailah pengorbanan Abah dan Mak kamu...
Semenjak kamu kecil, berbagai sakit dan pahit yang kami lalui ketika membesarkan kamu semua. Darah yang mengalir di dalam tubuh badan kamu berasal dari darah kami. Kenanglah jasa dan pengorbanan kami walaupun kamu merasakannya tidak seberapa. Semasa kamu lapar, susah payah kami carikan kamu makan, kamu diberi makan dahulu sebelum kami makan dan kadangkala hingga tidak ada kesempatan untuk kami makan.
Semasa kamu membuang air besar, kamilah yang mengistinjakkan kamu, tanpa merasa jijik sedikitpun dengan najis kamu. Semasa kamu sakit, sepanjang malam kami berjaga merawat kamu sambil hati tidak henti-henti merintih pada Allah agar Dia segera menyembuhkan kamu. Di dalam solat kami akan berdoa lagi hingga berlinang air mata mengenangkan penderitaan penyakit kamu.
Semasa kamu terpaksa dimasukkan ke hospital, kami sentiasa menemankan kamu siang dan malam. Setiap kali doktor muncul, segera kami tanyakan keadaan kamu dan bilakah kamu akan sembuh. Apabila dikatakan kamu memerlukan darah, darah kamilah yang kami tawarkan, tanpa memikirkan risiko kesihatan kami sendiri.

Wahai anak-anak kami...
Sedikitpun tidak kami pentingkan diri kami sendiri melainkan kamulah yang melebihi kepentingan diri kami sendiri. Semasa kamu akan ke sekolah, kamilah yang bersusah payah mengusahakan agar kamu mendapatkan pelajaran yang terbaik. Kami terpaksa berkais-kais kerana pembiayaan sekolah kamu yang sangat tinggi. Setiap kali kamu akan menduduki peperiksaan, hati kami akan turut berdebar-debar.
Apabila kamu berjaya kami tumpang gembira dan apabila kamu gagal kami turut bersedih. Padahal itu semua tidak ada kaitan dengan masa depan kami tetapi masa depan kamu. Semasa kamu susah, kami juga turut susah. Setiap kali kamu keluar rumah. kami akan iringkan dengan doa semoga kamu selamat, apabila kamu terlewat pulang, jiwa kami merasa risau dan tidak tentu arah. Bermacam-macam gambaran yang bermain di benak fikiran kami, berterusan kami dalam keadaan demikian hinggalah kami dapat melihat kamu semula ke pangkuan kami.

Begitu jiwa kami wahai anak-anak...
Kami tidak mengharapkan agar kamu semua membalas jasa kami. Kami hanya harapkan agar kamu menghargai jasa tersebut. Suka ataupun tidak, itulah hakikat jasa kami terhadap kamu. Suka ataupun tidak, kamu berjaya dibesarkan melalui jasa-jasa kami.
Jangan sesekali kamu mengatakan bahawa itu semua adalah hak kamu. Semenjak kamu kecil kami mempunyai banyak pilihan untuk tidak membesarkan kamu seperti apa yang dilakukan oleh sebahagian ibubapa yang tidak bertanggungjawab.
Tetapi dengan kehendak dan kemahuan kami sendiri, kami menolak semua itu dan memilih untuk membesarkan kamu dengan baik. Janganlah kamu menjadi anak-anak yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja.

Ketahuilah...
Kamu juga akan bertanggungjawab terhadap setiap tindak-tindak kamu terhadap kami. Tidak ada satupun yang akan terlepas daripada disoal oleh Allah s.w.t. Jadilah kamu semua wahai anak-anak kami, hamba Allah yang baik.

...Abah


Dipetik daripada Kaedah Mendidik Isteri dan Anak


SALAHKAH KITA KETAWA?

Pak Teh | Ahad, Ogos 08, 2010 |
Ketawa adalah merupakan puncak kegembiraan, keceriaan dan keriangan. Rasullullah saw sendiri pernah ketawa hingga tampak geraham baginda. Ketawa dikatakan membawa kesan positif kepada jiwa kita dan menjadi penawar bagi hati yang resah. Abu Darda' ra sempat berkata: Sesungguhnya aku akan ketawa untuk membahagiakan hatiku." Ketawalah asalkan ketawa itu tidak berlebihan (terbahak-bahak) dan tidak dimaksudkan mengejek atau mencemuh, sebagaimana pepatah Arab mengatakan "janganlah terlalu banyak ketawa, kerana terlalu banyak ketawa akan mematikan hati". Janganlah kita ketawa sinis dan sombong sebagaimana dilakukan oleh orang-orang kafir: "Tatkala dia datang kepada mereka dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami dengan serta-merta mereka mentertawakannya (Az-Zukhruf:47). Ketawa juga adalah salah satu nikmat Allah yang diberikan kepada penghuni syurga: "maka pada hari ini orang-orang yang beriman mentertawakan orang-orang kafir" (Al-Muthaffifin:34)


Diolah daripada  buku Laa Tahzan

AJAR ANAK ATAU DIDIK ANAK

Pak Teh | Sabtu, Ogos 07, 2010 |
"Apalah nak jadi anakku ni...puas dah aku ajar, masih tak berubah perangainya..." Keluhan yang sebegini memang selalu kita dengar, keluhan yang boleh membawa kepada putus asa..(mintak dijauhkan)... Rasullullah saw pernah bersabda, maksudnya: SETIAP ORANG KAMU ADALAH PENGGEMBALA (PEMIMPIN) DAN SETIAP PENGGEMBALA ITU AKAN DITANYA TENTANG YANG DIGEMBALANYA (DIPIMPINNYA)...Ertinya, di akhirat nanti selepas Allah bertanya tentang diri kita, Allah akan tanya pula tentang diri anak-anak kita, termasuklah isteri. Bagaimana kita mendidik mereka? Adakah kita mendidik mereka secara dikehendaki oleh al-Quran dan sunnah?
Kadangkala kita lepas pandang atau mungkin kurang ilmu..sepatutnya anak kita diDIDIK bukannya diAJAR... walaupun kita nampak mudah tetapi sebenarnya kita perlukan ILMU dan KEMAHIRAN dalam MENDIDIK anak-anak... mengajar lebih mudah daripada mendidik. Rasullullah saw pernah bersabda, maksudnya SEORANG KANAK-KANAK ITU DILAHIRKAN SUCI BERSIH, DUA IBUBAPALAH YANG AKAN MENJADIKANNYA YAHUDI ATAU MAJUSI ATAU NASRANI...aku bagi contoh yang mudah walaupun mungkin kurang tepat..sempena ketibaan Ramadhan al-Mubarak ni...ramai ibubapa yang memberi upah berdasarkan jumlah hari anak-anak berpuasa, banyak hari berpuasa banyaklah upahnya...pada zahirnya memang kita katakan upah sebagai motivasi kepada anak-anak untuk berpuasa tetapi pada pendapat aku, upah itu lebih berbentuk AJARAN bukannya DIDIKAN..sepatutnya kita tegaskan puasa itu adalah perintah Allah dan mendapat pahala..memadai dengan memujinya dan bersyukur kerana dapat berpuasa, dapat menunaikan perintah Allah. Dalam masa yang sama, tambah dari setahun ke setahun bagi tahu ibadah yang patut dilakukan semasa bulan Ramadhan. MENDIDIK bukan sekelip mata mendapat hasilnya kerana ia merupakan satu proses, perlukan kesabaran dan ketabahan.. InsyaAllah, dengan izinNya jika kita mendidik anak-anak bukannya mengajar, kita akan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah....

BURUKKAH PRASANGKA?

Pak Teh | Jumaat, Ogos 06, 2010 |
Semua orang pernah dengar cerita budak perempuan dirogol dan dibunuh semasa pergi ke sekolah di laluan yang sunyi...dua beradik dalam kereta dilarikan sementara ibubapa mereka turun sebentar ke kedai...dan macam-macam lagi cerita tragis yang kita dengar...sangat menyedihkan...kenapa ini boleh berlaku? Pada aku semuanya berlaku dengan takdir Allah swt, tetapi kita jangan pandang sesuatu yang berlaku itu disebabkan takdir...kita kena cari sebabnya...penyebab itulah yang boleh kita elakkan daripada berlakunya sesuatu..bila kita sudah berikhtiar sebaik mungkin, barulah kita katakan takdir...tetapi kebanyakannya berlaku kerana kita tidak berikhtiar dulu, hanya berserah kepada Allah...dalam hal ini kita kurang ada sikap prasangka, kalau adapun diletakkan ditempat yang tidak betul...Mengikut kamus Dewan, prasangka ialah sangka buruk terhadap sesuatu/seseorang sebelum mengetahui yang sebenarnya..iaitu sikap yang tidak baik, tak baik fikir yang buruk-buruk...tetapi dalam hal KESELAMATAN, aku lebih suka bersikap prasangka, fikirkan yang buruk...bila kita fikir yang buruk, maka akan timbul rasa ingin menyediakan langkah-langkah keselamatan...dalam kes dua beradik yang dilarikan bersama kereta; jika ibubapanya ada prasangka, sepatutnya pastikan pintu kereta berkunci terlebih dahulu, sekurang-kurangnya sipenjenayah tidaklah dengan mudah masuk dan melarikan kereta yang injin kereta telah sedia hidup...mungkin ramai yang tak setuju dengan pandangan aku tetapi itulah yang banyak yang berlaku kerana tidak ada prasangka, tidak fikirkan perkara buruk berlaku...masih berpegang kepada "takkan orang nak buat!"...Oleh itu dalam hal keselamatan, eloklah kita ada sikap prasangka...Fikir-fikirkan...

Next previous home