SALAM MAAL HIJRAH 1438H

WASIAT NABI s.a.w KEPADA SAIYIDINA ALI k.a.w.

Pak Teh | Ahad, Ogos 01, 2010 |

1. Hai Ali! Bagi orang yang celaka tiga alamatnya: makanan yang haram, menjauhkan orang alim, dan menjauhkan petunjuk yang benar

2. Hai Ali! Bagi orang yang rosak akalnya tiga tandanya: meringan-ringankan yang difardhukan Allah, banyak berkata-kata dalam berzikir Allah, dan mencela pada Allah

3. Hai Ali! Bagi orang riak ada tiga alamatnya: menyempurnakan rukuknya dan sujudnya apabila solat bersama manusia, dikuranginya apabila solat sendirian, cergas terhadap orang yang memujinya, dan berzikir ia pada Allah di tempat orang ramai.

4. Hai Ali! Bagi oarang munafiq ada tiga tandanya: apabila bercakap berbohong, bila berjanji tidak ditepatinya, bila diamanahkan berkhianat ia, dan tidak bermanfaat kepadanya pengajaran dan peringatan yang diberinya.

5. Hai Ali! Bagi orang kafir ada tiga alamatnya: ragu pada zat Allah, benci terhadap hamba Allah yang beribadat kepada Allah, dan lalai daripada taat kepada Allah

6. Hai Ali! Bagi orang yang bertaubat tiga alamatnya: menjauhkan yang haram, gemar menuntut ilmu agama, dan tidak akan kembali berbuat dosa...


Sumber: Fadilat Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home