
Apa yang kita lalui sekarang ni, sama ada senang, susah, bahagia, aman, kaya, miskin dan macam-macam lagi adalah di bawah naungan Perlembagaan, yang dibentuk oleh manusia mengikut sistem pemerintahan demokrasi...sesuatu pihak dilindungi dan diberi hak istimewa melalui perlembagaan...bila perlembagaan berubah, bermakna hak istimewa atau hak dilindungi boleh dihapuskan...jadi kita janganlah terlalu leka dengan hak istimewa dan hak dilindungi kerana itu semua hanya melalui perlembagaan...pihak yang tidak ada hak isitimewa dan hak dilindungi tentu tidak berpuas hati selagi ada perlembagaan itu...jadi macam mana cara nak hapuskan perlembagaan itu...satu cara sahaja iaitu menukar pemerintah...tapi bukan mudah kerana mereka di kalangan minoriti...mengikut sistem demokrasi, hanya majoriti sahaja yang boleh menjadi pemerintah...habis tu? gunakan strategi supaya majoriti berpecah...nilah yang berlaku di negara kita sekarang...pihak minoriti menarik sebahagian ahli majoriti, yang akhirnya minoriti tadi menjadi majoriti...tapi yang malangnya ahli majoriti yang berpindah ke minoriti tadi tidak lagi mempunyai kuasa majoriti, sebaliknya minoriti yang asal tadi mempunyai kuasa majoriti...ini terbukti melalui PU ke 12...tidak mustahil perkara ini boleh berlaku lagi dalam PU13 akan datang selagi kaum majoriti berpecah seperti sekarang...mungkin keputusan PU12 merupakan ingatan Allah kepada majoriti yang majoritinya Islam...amat malang bagi kita setelah merdeka dari penjajah British, dijajah pula oleh minoriti rakyat negara kita sendiri...melalui sistem demokrasi yang kita amalkan, tak mustahil perkara itu boleh berlaku.....kalau nasi sudah menjadi bubur, amat susahlah jadinya...itulah yang berlaku kepada negara jiran yang asalnya negara itu dipunyai oleh majoriti tetapi sekarang diperintah oleh minoriti..strategi itulah yang digunapakai di negara kita sekarang...tak payahlah pergi jauh, di negara kita sendiri...negeri yang punya kaum majoriti, pemerintahnya adalah kaum minoriti....apa yang aku luahkan ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik tetapi yang aku citerkan ini ialah nasib kaum majoriti di negara sendiri..implikasi dari sistem pemerintahan demokrasi, sistem yang dianggap paling adil..sistem yang berpihak kepada majoriti...tapi di negara kita, berpihak kepada kaum majoriti mungkin tidak berlaku kerana apa yang sedang berlaku sekarang ialah jelas kaum majoriti telah berpecah yang tidak lagi punya kuasa majoriti..Fikir-fikirkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH