Kalau tak bergurau senda terasa sunyi gak hidup ni kan...gurau senda kadangkala boleh menghilang rasa boring...boleh menyebabkan tambah mesra hubungan...tetapi hati-hati bila bergurau senda kerana mungkin berlaku sebaliknya terutama kepada mereka yang tak tahan gurauan...tambahan kalau gurauan melibatkan hal peribadi...jadi kalau nak bergurau tu tengok-tengok orangnya, jangan main bantai je walaupun kadangkala gurauan kita berniat baik, nak menimbulkan suasana ceria...
Bergurau-gurau yang sedikit tu tidak ditegah oleh syarak, seperti sabda Rasulullah saw, bermaksud: "Bahawasanya aku bergurau-gurau dan aku bersenda-senda dan tiada aku berkata di dalam bergurau-gurau itu melainkan perkataan yang benar"
"Diriwayatkan oleh setengah sahabat bahawasanya Rasulullah saw bersabda bagi Suhaib ra sedangkan dengan dia sakit mata, padahal ia memakan akan kurma: Adakah engkau makan kurma padahal engkau sakit mata? Maka berkata Suhaib ra: Aku makan akan kurma dengan pihak yang lain yang tiada sakit yakni pihak mulut. Maka tertawa Rasulullah saw"....Fikir-fikirkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH