
Ada pendapat mengatakan bahawa mendisiplinkan anak-anak dengan rotan akan menyebabkan mereka menjadi semakin keras hati dan degil. Sebenarnya yang menjadikan mereka keras hati dan degil adalah salah penggunaan rotan apabila dijadikan sebagai senjata untuk mencederakan. Anak yang tidak dirotan setelah berkali-kali diberikan nasihat, akan bertapaklah di dalam benaknya bahawa segala kesalahan boleh terlepas dengan bersikap degil dan tidak akan tercetus di fikiran mereka akan kesan daripada kesalahan yang dilakukan. Apabila Islam membolehkan bahkan menyarankan agar anak-anak degil didisiplinkan dengan cara merotan, maka sebagai orang yang beriman hendaklah kita menerima dan menyakininya sebagai jalan terbaik...Fikir-fikirkan
Diolah daripada: Kaedah mendidik isteri dan anak

2 ulasan:
betul tu Teh...abg pa kata hari2 makan nasi, sekali sekala makan rotan sedap gak, tupun kalau ada sebabnya :).
yg funny nya bila beli rotan...sales-girl kata, rotan nak rotan kucing ke, dgn selamba jwb 'tak, rotan anak...'. terkezut dia... mesti dia ingat kes dera... So far, Alhamdulillah
ina...dlm menangani masalah anak-anak skrang yg menjadi2, elok guna kaedah merotan (merotan cara Islam)...insyaAllah
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH