Diam tak diam kita nak masuk satu pertiga akhir bulan Ramadhan...atau boleh kita katakan 10 hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari yang dianggap paling kritikal, kritikal kerana dalam 10 hari terakhirlah kita cuba sebaik mungkin menambah ibadat yang kita jangka lalai melakukan 20 hari yang lepas terutamanya ibadah sunat...dalam 10 hari terakhir juga dikatakan berlakunya Malam Lailatulqadar...10 hari terakhir juga kita digalakkan bersedekah makanan untuk berbuka orang berpuasa, walaupun untuk keluarga sendiri...terlalu banyak fadilatnya 10 hari terakhir Ramadhan...yang pasti jika tidak dimanfaatkan, terpaksalah kita menunggu setahun lagi, itupun belum tentu lagi kita masih bernyawa...
Ironinya, 10 hari terakhir Ramadhan,apa yang kita perhatikan ialah masjid semakin lengang, shopping centre semakin sesak, kaum wanita semakin sibuk, saf wanita di masjid makin kurang...Jadi pada pandangan aku, 10 hari terakhir Ramadhan, ramai yang fokuskan aktiviti kepada Syawal iaitu hari raya bukannya Ramadhan, dengan kata mudah seolah-olah ibadah Ramadhan hanya selama 20 hari sahaja..
Pada pendapat aku yang kurang arif ni, sebahagian aktiviti dan persiapan raya tu bolehlah dibuat lebih awal, jadi bila dekat-dekat raya kita buat aktiviti yang minimum, jadi masih boleh fokus kepada ibadah Ramadhan...Fikir-fikirkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH