Menjelang hari raya tentu banyak pihak akan risau mungkin berlaku lagi tragedi kemalangan, terutama kemalangan yang melibatkan bas ekspres...untuk itu pelbagai langkah dilaksanakan untuk mengelakkan berlakunya tragedi, walaupun ajal maut Allah yang menentukannya...tetapi kita janganlah berserah kepada qadak dan qadar tanpa sebarang ikhtiar... banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan, salah satu faktor ialah sikap pemandu bas sendiri...Dalam entri aku kali ini nak ceritakan apa yang berlaku di highway PLUS sewaktu aku memandu ke KL dua hari lepas...
Sebelum menghampiri susur keluar Bangi, aku nampak melalui cermin belakang sebuah bas ekspres dipandu laju dengan gaya "menciluk", bila terganggu laluan perlahan, masuk ke lorong tengah, bila terganggu lorong tengah, masuk ke lorong laju, begitulah sebaliknya...dalam pada itu aku masuk ke lorong laju dengan kelajuan 120kmj...tiba-tiba aku lihat bas ekspres tadi dah ada di belakang keretaku...oleh kerana tidak ada peluang untuk masuk ke lorong tengah, aku tambah kelajuan menjadi 130kmj, aku dapati bas ekspres tadi masih mengekori rapat keretaku seolah-olah menyuruh aku memberi laluan untuk memotong...bayangkan kalau dia memotong keretaku, sudah tentu kelajuannya melebihi 130kmj...saat itu aku dapat satu idea..aku turunkan cermin tingkap, aku keluarkan tangan sambil memegang handphone berlagak mengambil gambar bas tadi...tiba-tiba sahaja bas itu memperlahankan kelajuannya, dan beransur-ansur masuk ke lorong perlahan....jadi pada aku tak hairanlah boleh berlaku kemalangan kalau begitu sikap pemandu bas ekspres, menjadikan jalanraya sebagai tempat berlumba.. Fikir-fikirkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH