SALAM MAAL HIJRAH 1438H

DOA IBU vs DOA ANAK

Pak Teh | Jumaat, Ogos 27, 2010 |
Sempena bulan Ramadhan ini, kita digalakkan memperbanyakkan doa terutama doa ditujukan kepada kedua ibubapa kita, tak kira yang masih hidup atau telah kembali ke Rahmatullah..berkaitan dengan itu aku ingin berkongsi cerita pasal doa ibu dan doa anak sebagai renungan...

Pada suatu hari seorang pemuda, Rohan terlibat dalam kemalangan jalanraya dan mengalami cedera parah. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati kecederaannya terlalu serius dan dijangkakan tiada harapan untuk hidup. Ibunya, Rohani segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya dan keadaannya.
Hampir pengsan Rohani ketika mendapat tahu berita tentang anaknya. Dia segera bergegas ke hospital. Berlinang air mata si ibu melihat keadaan anaknya, walaupun telah diberitahu bahawa anaknya itu tidak ada harapan untuk diselamatkan. Rohani tidak henti-henti berdoa. bermohon agar anaknya itu diselamatkan Allah swt. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Rohan tidak banyak berubah. Saban hari Rohani akan datang menjenguk anaknya itu, saban malam dia bangun untuk melakukan solat malam. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Rohani merintih agar anaknya disembuhkan oleh Allah swt." Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusanMu! Aku reda dengan qadak dan qadarMu"
"Ya Allah, dengan air mataku ini aku bermohon kepadaMu, Engakau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau matikannya, aku sangat sayang kepadanya, aku sangat rindu kepadanya, susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini.Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya"
"Ya Allah....tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau. Tunjukkanlah kuasaMu ya Allah, aku reda kalau anggota
badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna semula. Ya Allah, aku reda nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha dalam segala hal, berkat kebesaranMu ya Allah..."
Keyakinan Rohani terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun harapan anaknya untuk sangat tipis. Namun Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya. Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Rohan menampakkan tanda-tanda akan sembuh dan akhirnya sembuh sepenuhnya, berkat doa seorang ibu yang ikhlas.
Rohan dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak pinak. Ibunya, Rohani semakin hari semakin tua dan uzur. Suatu hari, Rohani yang berusia 75 tahun jatuh sakit. Pada mulanya, Rohan masih menziarah ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia menziarah ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya yang keadaan ibunya semakin teruk. Rohan segera bergegas ke hospital; keadaan ibunya semakin lemah. Doktor memberitahu Rohan bahawa ibunya tidak ada peluang untuk hidup lebih lama; ibunya akan meninggal bila-bila masa sahaja.
Melihat keadaan ibunya yang sedemikian, maka Rohan lantas berdoa, "Ya Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibuku, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tak sanggup melihat penderitaannya. Ya Allah, aku reda dengan pemergiannya"

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak yang sakit walau seteruk mana sekalipun, walau badan hampir hancur, namun ibu bapa tetap mendoakan semoga anaknya semoga anaknya dihidupkan. Berbanding dengan doa anak yang "baik" mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh Allah; kononnya sudah tidak tahan melihat "penderitaan" ibubapanya.... Fikir-fikirkan

Diolah daripada: Kaedah mendidik isteri & anak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home