SALAM MAAL HIJRAH 1438H

HUTANG BILA NAK BAYAR?

Pak Teh | Jumaat, Disember 19, 2014 |
Assalammu'alaikum wbt...

Sekarang ini laman sosial di internet sudah menjadi perkara biasa sehinggakan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara peratusan tertinggi rakyatnya menggunakan laman sosial. Laman sosial yang popular di Malaysia ialah facebook, whatsapp, tweeter, instagram dan wechat dll.
Masing-masing berebut-rebut untuk mengemaskini post...kadang-kadang perkara yang remeh temeh pun nak masuk...nak cakap " i love you" kepada suami dan isteri pun nak letak di  laman sosial..pendek kata macam-macam ragam manusia ni.
Salah satu yang Pak Teh nak komen kali ni ialah meletakkan post yang menunjukkan kemewahan mereka, beli itu beli ini...shopping sana shopping sini...sedangkan kawan-kawan yang membacanya akan bercakap dalam hati "hutang akupun kau tak bayar"...

ALAAAA....AKU DAH TAHU...

Pak Teh | Ahad, Oktober 26, 2014 |
Assalammu'alaikum wbt..

Pepatah Arab ada mengatakan, “Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus.”

Pepatah di atas mengingatkan kita agar jangan memandang ringan perkara-perkara yang remeh temeh kerana perkara yang ringan atau kecil itu ada kelebihannya. Kadangkala kita lupa walaupun setakat bersembang di kedai kopi atau bersembang seketika apabila terserempak dengan rakan, kita masih ada adab bersembang.


Ilustrasi:badrulsani.wordpress.com
Nabi Muhammad SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut.

Bukan itu sahaja, apabila rakan berbicara, biarkan dia menghabiskan percakapannya walaupun kita sudah tahu apa yang hendak disampaikan atau hendak diberitahu. Jangan mudah menyampuk, alaaa...aku dah tahu...  Tindakan kita ini boleh memalukan rakan kita, tambahan jika berada di khalayak ramai.

Seorang Tabi’in yang terkenal iaitu Imam Ata’ bin Abi Rabah berkata, Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi.
Khalid bin Safwan berkata, “Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya.”
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
Wallahhualam

Sumber:iluvIslam

DATUK LEE CHONG WEI MEMBIDA NOMBOR PLAT KERETA BARUNYA HAMPIR 100K

Pak Teh | Rabu, Oktober 15, 2014 |
Assalammu'alaikum wbt...

Di Malaysia, sudah menjadi lumrah nilai nombor plat lebih mahal daripada harga keretanya. Fenomena ini berlaku terutamanya semasa membeli kereta baru, ada yang hendak nombor plat yang cantik dan unik  seperti W 1 N  dan  keadaan semasa nombor-nombor plat yang bermula dengan huruf plat BMW iaitu yang berdaftar di Selangor. Sudah tentu pembeli kereta BMW inginkan nombor plat  bermula dengan huruf plat BMW. Dalam pada itu ada juga yang tidak kisah, janji ada nombor plat kereta. Mana-mana individu yang terlalu ghairah untuk mendapat nombor yang unik, sanggup membida nombor plat dengan bidaan yang amat tinggi hingga mencecah setengah juta ringgit, sedangkan kereta yang dibeli sekitar 300K.

Kegilaan ini  juga berlaku kepada pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei. Baru-baru ini beliau membida nombor plat kereta BMW baru beliau iaitu BMW 6 sebanyak RM97,777.00. Sebelum ini pada tahun 2012, beliau membida nombor plat kereta Ferrari F430, iaitu kereta yang mampu bergerak dari 0 ke 100km dalam masa 4 saat. Nombor plat yang dibida itu ialah BLG 1 dengan bidaan sebanyak RM69,100.00

Kata orang, gila ini macam-macam gila....

Foto: Lowyat.net

Foto: paultan.org


Sumber: Vulcan, Yahoo

RM atau liter nak pam petrol?

Pak Teh | Ahad, Oktober 12, 2014 |
Assalammu'alaikum w.b.t.


Memang betullah orang kata, manusia ni macam-macam ragam..pelik pun ada, lucu pun ada..
Pagi tadi Pak Teh pergi ke stesen minyak untuk pam tayar dan isi petrol..setelah siap pam tayar barulah Pak Teh isi petrol. Pergi ke kaunter agak ramai juga, Pak Teh orang ketiga beratur, di belakang Pak Teh ada 3 orang lagi. Orang hadapan sekali lelaki berumur lingkungan 60an, kedua wanita berumur dalam lingkungan awal 50an.

Pelanggan lelaki:  Kenapa baki wang ni tak cukup?

Pekerja kaunter:   Tadi encik bagi RM50 untuk petrol dan RM5 untuk beli suratkhabar.

Pelanggan lelaki:  (sambil mengangkat suratkhabar) tapi masih kurang 50 sen

Pekerja kaunter:   (sambil tersenyum) hari ni Ahad encik, suratkhabar RM2.00

Pelanggan lelaki:  (berlalu dengan wajah malu)


Pelanggan wanita:  Saya nak isi minyak guna liter

Pekerja kaunter: (dengan wajah terpinga-pinga) maaf puan, sistem kami pembelian melalui berapa ringgit bukan berapa liter.

Pelanggan wanita: Saya nak beli guna liter gak sebab beli dengan ringgit tak sama dengan beli liter

Pekerja kaunter: (makin bingung)...sebenarnya puan nak isi berapa?

Pelanggan wanita: RM20.00

Pekerja kaunter: (sambil mencapai kalkulator) ..puan beli RM20...dibahagi dengan RM2.30..jadi puan dapat minyak 8.695652 liter...lebih kurang 8.7 liter..kereta puan pam nombor berapa?

Pelanggan wanita: Pam 1, (berlalu sambil menghulur wangdan sempat mengomel) memang tak sama..

Pak Teh dan pekerja kaunter hanya tersenyum memandang telatah wanita itu



RUMAH DAH SIAP TETAPI PAHAT MASIH BERBUNYI...BUDGET 2015

Pak Teh | Sabtu, Oktober 11, 2014 |
Assalammu'alaikum w.b.t.



Bak kata perumpamaan Melayu, "Rumah dah siap tetapi pahat masih berbunyi" (mencela atau bersungut tentang sesuatu yang sudah siap disediakan). Begitulah yang telah berlaku selepas pembentangan belanjawan negara 2015 pada hari Jumaat yang lepas.

Secara warasnya, bukan mudah untuk menyediakan satu belanjawan yang dapat memuaskan hati setiap rakyat Malaysia kerana setiap orang mempunyai latar belakang dan keperluan yang berlainan. Dalam satu keluarga pun, sebagai ibubapa amat sukar untuk memenuhi kehendak dan keperluan setiap orang anak, inikan pula kehendak seramai kira-kira 28 juta penduduk Malaysia.
Dalam menerima kenyataan bahawa belanjawan negara tetap ada kekurangannya, kita seharusnya BERSYUKUR...bersyukur bukan bermakna kita terima sahaja...bersyukur terhadap penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan, walaupun kita tidak dapat kelebihan itu secara langsung. Kita bersyukur kerana ada rakyat yang sebelum ini di dalam kesusahan telah mendapat rahmat daripada belanjawan tersebut.


لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ"Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri."(QS. Fathir:30)."Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat."(QS.Ibrahim [14]:)


Syukur itu diwujudkan dalam tiga aspek :
1. Syukur dengan hati, iaitu menyedari dan menyakini bahwa semua nikmat dan kurnia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya.
2. Syukur dengan lisan, iaitu dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya.
3. Syukur dengan perbuatan, iaitu taat beribadat kepada-Nya dan menggunakan kurnia itu untuk kebaikan.

Wallahhu'alam




LIMA TERATAS DALAM DUNIA BANDARAYA PALING PADAT PENDUDUK

Pak Teh | Sabtu, Oktober 11, 2014 |
Assalammu'alaikum w.b.t.

Menurut kajian NYU's Marrron Institute, menjelang tahun 2210, jumlah penduduk dunia dijangka bertambah daripada 7 bilion kepada 11.3 bilion orang; dengan 87% tinggal di kawasan bandar.
Menurut penarafan CityMayors.com, 5 bandaraya paling padat penduduknya berdasarkan kepada setiap satu kilometer persegi ialah:


Pertama: Mumbai, India (29,650 orang setiap km.persegi)
Kedua: Kolkata, India (23,900 orang setiap km.persegi)
Ketiga: Karachi, Pakistan (18,900 orang setiap km.persegi)
Keempat: Lagos, Nigeria (18,150 orang setiap km.persegi)
Kelima: Shenzhen, China (17,150 orang setiap km.persegi)

Foto: Wikipedia

Kepadatan penduduk WP Kuala Lumpur ialah 6,680 orang setiap km.persegi



SAMAN.. JANGAN TAK SAMAN CIKGU!

Pak Teh | Isnin, September 01, 2014 |
Assalam dan selamat sejahtera.....masih belum terlambat untuk Pak Teh mengucapkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! kepada 3 generasi Malaysia setelah 57 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Generasi pertama yang merasa sendiri kepahitan untuk mencapai kemerdekaan...generasi kedua yang bersusah payah untuk memenuhi erti kemerdekaan dan generasi ketiga yang menikmati kemerdekaan... "air dalam bosi, api dalam kaco...potik di topi, tongah menyalo"
Pak Teh tak mau cerita pasal merdeka kerana terlalu banyak media massa memberi info tentang merdeka yang lebih bermutu dan tepat. Cuma Pak Teh harap jangan terima info itu bulat-bulat kerana info itu kadangkala merupakan propaganda pihak tertentu..
Dalam post  kali ini Pak teh nak komen sedikit tentang kes saman seorang penjaga terhadap seorang guru yang dikatakan menampar pipi anaknya sehingga meninggalkan kesan tamparan pada pipi anaknya. Setelah disiasat didapati kesan tamparan di pipi itu adalah disebabkan alahan. Sekarang ini banyak pihak bersimpati dengan guru tersebut dan mencadangkan guru tersebut menyaman balik penjaga tersebut.
Pada pendapat Pak Teh adakah wajar guru itu menyaman semula penjaga tersebut. Memang mudah orang memberi komen tetapi betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Adakah tindakan menyaman semula penjaga tersebut dapat menebus maruah guru tersebut yang telah dimalukan? Adakah tindakan itu dapat memulihkan maruah profesion perguruan yang kebelakangan ini dipandang serong oleh masyarakat? Adakah tindakan menyaman semula penjaga itu boleh dijadikan satu pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya membuat laporan polis?
Bagi Pak Teh, apapun tindakan yang dibuat oleh guru tersebut ada pro dan kon nya.... Mungkin ada pembaca yang tidak bersetuju dengan pendapat Pak Teh ini, pendapat seorang bekas warga pendidik yang telah merasa asam garam dunia pendidikan lebih 30 tahun  Adalah lebih mulia dan dihormati jika guru tersebut memaafkan penjaga tersebut. Tindakan ini Pak Teh rasa akan menyebabkan masyarakat akan lebih menghormati profesion perguruan yang telah tercalar selama ini.
Jadikan kes ini sebagai satu dugaan dari Allah swt terhadap guru itu khasnya dan warga guru amnya. Dugaan yang menguji tahap kesabaran guru tersebut dan menguji sejauh mana guru tersebut dapat menangani kes ini. Jauh di sudut hati Pak Teh, Pak Teh bersimpati dengan guru tersebut dan berdoa agar guru tersebut semakin tabah dalam mengharungi hidup sebagai seorang guru....


PRAY FOR MH370

Pak Teh | Ahad, Mac 16, 2014 |




TIPS MUDAH KURANGKAN TENSION

Pak Teh | Sabtu, Februari 01, 2014 |
Assalammualaikum wbt....
Pak Teh selalu diajukan soalan kenapa Pak Teh tidak nampak tension walaupun menghadapi pelbagai dugaan.....kalau nampakpun tidak ketara sangat tensionnya...
Pak Teh bukanlah pakar dalam hal ini tetapi Pak Teh hanya boleh berkongsi pengalaman Pak Teh sepanjang Pak Teh berkhidmat sebagai pegawai kerajaan...
Ada 3 tips yang boleh Pak Teh kongsikan:



Pertama:  Sabar (mesti mempunyai tahap kesabaran yang tinggi)
Kedua:     Muhasabah diri
Ketiga:   Menggunakan prinsip " setiap apa yang berlaku kepada diri kita, hampir 100% adalah berpunca dari diri kita sendiri, samada kita sedar atau tidak sedar"

Sebagai tambahan, jika kita sebagai orang atasan, tension kita akan berkurangan jika orang bawahan kita tidak tension. Oleh itu kurangkan suasana tension terhadap orang bawahan.
Bandingkan dua pernyataan  berikut yang dikeluarkan orang atasan kepada orang bawahan:
Pernyataan 1: "Mat...siapkan kerja ni"
Pernyataan 2: "Mat...tolong saya siapkan kerja ni."

Next previous home