SALAM MAAL HIJRAH 1438H

DATUK LEE CHONG WEI MEMBIDA NOMBOR PLAT KERETA BARUNYA HAMPIR 100K

Pak Teh | Rabu, Oktober 15, 2014 |
Assalammu'alaikum wbt...

Di Malaysia, sudah menjadi lumrah nilai nombor plat lebih mahal daripada harga keretanya. Fenomena ini berlaku terutamanya semasa membeli kereta baru, ada yang hendak nombor plat yang cantik dan unik  seperti W 1 N  dan  keadaan semasa nombor-nombor plat yang bermula dengan huruf plat BMW iaitu yang berdaftar di Selangor. Sudah tentu pembeli kereta BMW inginkan nombor plat  bermula dengan huruf plat BMW. Dalam pada itu ada juga yang tidak kisah, janji ada nombor plat kereta. Mana-mana individu yang terlalu ghairah untuk mendapat nombor yang unik, sanggup membida nombor plat dengan bidaan yang amat tinggi hingga mencecah setengah juta ringgit, sedangkan kereta yang dibeli sekitar 300K.

Kegilaan ini  juga berlaku kepada pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei. Baru-baru ini beliau membida nombor plat kereta BMW baru beliau iaitu BMW 6 sebanyak RM97,777.00. Sebelum ini pada tahun 2012, beliau membida nombor plat kereta Ferrari F430, iaitu kereta yang mampu bergerak dari 0 ke 100km dalam masa 4 saat. Nombor plat yang dibida itu ialah BLG 1 dengan bidaan sebanyak RM69,100.00

Kata orang, gila ini macam-macam gila....

Foto: Lowyat.net

Foto: paultan.org


Sumber: Vulcan, Yahoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home