SALAM MAAL HIJRAH 1438H

ALAAAA....AKU DAH TAHU...

Pak Teh | Ahad, Oktober 26, 2014 |
Assalammu'alaikum wbt..

Pepatah Arab ada mengatakan, “Jangan kamu memandang ringan benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu terhasil daripada debu-debu yang halus.”

Pepatah di atas mengingatkan kita agar jangan memandang ringan perkara-perkara yang remeh temeh kerana perkara yang ringan atau kecil itu ada kelebihannya. Kadangkala kita lupa walaupun setakat bersembang di kedai kopi atau bersembang seketika apabila terserempak dengan rakan, kita masih ada adab bersembang.


Ilustrasi:badrulsani.wordpress.com
Nabi Muhammad SAW apabila diseru seseorang, Baginda tidak sekadar memalingkan muka bahkan menghadapkan seluruh tubuhnya kepada orang tersebut.

Bukan itu sahaja, apabila rakan berbicara, biarkan dia menghabiskan percakapannya walaupun kita sudah tahu apa yang hendak disampaikan atau hendak diberitahu. Jangan mudah menyampuk, alaaa...aku dah tahu...  Tindakan kita ini boleh memalukan rakan kita, tambahan jika berada di khalayak ramai.

Seorang Tabi’in yang terkenal iaitu Imam Ata’ bin Abi Rabah berkata, Seorang pemuda menceritakan kepadaku sebuah kisah. Aku mendengarnya dengan teliti seolah-olah aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini. Sebenarnya aku telah mendengar kisahnya itu sebelum dia dilahirkan lagi.
Khalid bin Safwan berkata, “Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya.”
Begitulah cara ulama-ulama menjaga pergaulan mereka. Mereka tidak meringan-ringankan kata-kata seseorang walaupun perkara tersebut sudah diketahui.
Wallahhualam

Sumber:iluvIslam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home