SALAM MAAL HIJRAH 1438H

5C UNTUK PARA ISTERI

Pak Teh | Khamis, September 30, 2010 |
Dalam hidup berumahtangga adatlah berlaku selisih faham atau bergaduh, bak kata orang "sedangkan lidah lagi tergigit"..tapi perkara itu dapat dielakkan jika suami isteri mengurangkan atau kalau boleh hilangkan perangai-perangai atau sifat yang tidak disukai oleh oleh suami atau isteri... Dalam entri aku kali ini, aku nak fokus kepada 5 perangai atau sifat isteri yang dibenci oleh suami..mungkin ada yang dah tau, kalau dah tau jadikan sebagai peringatan..aku mintak maaf kalau ada yang terasa makan cili...
 

C1. CABAR
Bila bergaduh jer, isteri suka mencabar suami..."Kalau awak berani, cubalah cari perempuan lain"....(kalau suami sambut cabaran camne? hehehe)

C2. CELUPAR
Celupar ni cakap yang main lepas jer...kata orang main sedap mulut..kekadang tu keluar perkataan-perkataan yang tak enak didengar

C3. COMOT
Bila gi keje atau kuar rumah bukan main comel jer  tapi kat umah comot, pakai baju main apa yg dapat je...kekadang tu berkemban dengan kain batik je..nak bermekap jauh sekali (bukanlah mekap yang tebal-tebal tapi mekaplah yang munasabah)

C4. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat...kekadang perkara tu terlalu remeh temeh..

C5. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak masih duk leka tengok tv...
Fikir-fikirkan

AWARD LAGI

Pak Teh | Rabu, September 29, 2010 |
Sempena Syawal ni, ramai kanak-kanak yang menambah tabungan mereka. Maklum jelah, sekarang ni duit raya tak mainlah kalau 50 sen, paling sikit RM1.00..hehehe tapi bagi aku tentulah tak menabung kan, sebaliknya keluar adalah...tapi tak kisahlah tu semua, janji kita bagi dengan niat sedekah...Bahagian aku kat blog lain pulak, aku dapat lagi award, kali ni dari MISH..kebetulan aku blogger yang ke 300 jadi follower dia..tu yang dia award kat aku :-).. terima kasih mish...


Macam biasalah bila terima award kena jawab beberapa soalan....

1. Write 5 interesting facts about the person who gave u this award

Tak banyak nak aku citer pasal mish sebab baru je kenal cuma yang boleh aku cakap dia seorang student U....orangnya ceria dan cute

2.Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby

:: penyabar...susah nak marah tp kalau dah marah, susah nak kawal
:: romantik...(perasan ...hehehe)
:: suka menjadi pendengar yang baik
:: suka belajar perkara yang baru
:: buat sesuatu tu cuba yang terbaik
:: suka membaca dan menulis
:: kalo tgk tv, suka citer action...tak suka citer bersiri yg berbulan-bulan baru habis
:: suka warna biru (jika ada pilihan) dan sunflower
:: bersukan
:: suka buatkan orang lain hepi...

3. Pick your most 10 deserving recipients and describe them.

Soalan ni yang aku susah nak jawab....oleh kerana follower blog aku tak ramai, jadi bagi award ni kat semua follower blog Matahariku...sebagai tambahan, kalau belum amik award Matahariku tu, rengan-rengan jari tu paste kat blog masing-masing....

PERCAYA TAK?

Pak Teh | Ahad, September 26, 2010 |

Hari tu korang nak tau, Presiden Obama buat meeting sulit kat rumah agam aku somewhere kat US..tanpa aku sedari rupanya dalam aku nak merahsiakannya, akhirnya terbongkar gak rahsia itu, bila tersiarnya gambar di atas...maka tak dapatlah aku nak nafikan sebab ada bukti, terpampang gambar aku kat dinding tu...
Tapi kekawan nak tau tak, semua ini gara-gara PICJOKE... hehehehe....jangan marahhhhhhhh

BANANA TEST

Pak Teh | Ahad, September 26, 2010 |
Kekawan stres tak? stres dengan keje, stres dengan study dan macam-macam stres...camne kalau cuba jawab ujian mudah ni...sape dapat jawab, aku bagi hadiah

There is a very, very tall coconut tree and there are 4 animals,

A Lion
 A Chimp
A Giraffe

.....AND...
A Squirrel




They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.

Who do you guess will win?

 
Your answer will reflect your personality.

So think carefully . . ..


Try to answer within 30 seconds. Got your answer? (Click Read More di bawah)






PENILAIAN

Pak Teh | Ahad, September 26, 2010 |


Seorang perajurit dinilai di dalam peperangan

Seorang hakim dinilai ketika menghukum orang yang disayangi

Seorang yang amanah dinilai ketika diamanahkan barang yang ia perlukan

Seorang sahabat dinilai ketika kita di dalam kesulitan

Saudara mara dinilai ketika kita dalam kesedihan

Seorang isteri dinilai ketika suaminya kesempitan wang

HOTIPADESHA

Sumber: Selera Jiwa Ent

HILANGKAH MELAYU?

Pak Teh | Rabu, September 22, 2010 |
Masih adakah Melayu sekarang menghayati kata-kata semangat Laksamana Hang Tuah "takkan Melayu hilang di dunia"? Atau adakah Melayu sekarang lebih agung daripada Melayu di zaman keagungan Kesultanan Melaka? Atau Melayu sekarang telah mula hilang identiti sebagai Melayunya? Atau suatu masa nanti Melayu hanya tinggal sejarah, bangsa yang pernah ujud di dunia sama seperti tinggal dalam sejarah Tanah Melayu, walaupun kita masih berbangga ada lagi perkataan "malay" dalam Malaysia...tapi tak heran nama itu akan berubah bila Melayu tak lagi memerintah...Tapi adalah terlalu malang bagi Melayu apabila Melayu tidak lagi berbangga menjadi Melayu! Riak-riaknya pun dah nampak sekarang apabila ramai yang bila ditanya tentang bangsa, mereka dengan cepat mendakwa Melayu campuran, sedangkan campuran itu adalah bermaksud keturunan...kita tidak boleh menukar sejarah, sejarah menunjukkan Melayu adalah bangsa dari pelbagai keturunan; antaranya Minangkabau, Jawa, Bugis dan lain-lain....
Secara peribadi hatiku sangat terguris apabila ada individu yang mengeluarkan kenyataan "dia tidak berbangga menjadi seorang bangsa Melayu"....maka tidak hairanlah bangsa-bangsa lain telah mula tidak menghormati orang Melayu...kita janganlah salahkan mereka tidak menghormati kita kerana kita sendiri yang tidak menghormati bangsa kita sendiri...apapun aku tetap bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu, dan yang paling aku bangga kerana aku dilahirkan sebagai bangsa Melayu ialah bangsa yang beragama Islam...kalau aku dilahirkan bukan bangsa Melayu, aku belum tentu lagi menjadi seorang Islam...Fikir-fikirkan

WIFI VS WIMAX

Pak Teh | Ahad, September 19, 2010 |
Dah memang sifat manusia, kalo boleh dah senang nak senang lagi...nak mudah lagi...tambahan dalam era IT ni, semuanya di hujung jari...begitu juga dalam hal nak akses internet, ramai yang berminat akses melalui Wi-Fi dan WiMax. Maklum jelah boleh akses di mana-mana disebabkan wayarles (tanpa wayar/kabel)...kat lobi hotel boleh, kat airport boleh, kat kopitiam boleh dan kat restorenpun boleh...tambahan pula kalo perkhidmatan tu PERCUMA...Jadi dalam entri aku kali ni aku teruja nak berkongsi info mengenai Wi-Fi dan WiMax, walaupun aku sendiri taklah begitu arif, tetapi melalui pembacaan dapatlah sedikit ilmu untuk dikongsi. Aku teruja nak kongsi info tu sebab dalam keghairahan kita menggunakan Wi-Fi dan WiMax, ada risikonya..
Wi-Fi merupakan teknologi mengakses data kelajuan tinggi daripada Rangkaian Kawasan Setempat Wayarles (WLAN). WiMax pula merujuk kepada perkhidmatan rangkaian dengan liputan lebih luas sehingga merangkumi kawasan melebihi 50 km berbanding dengan Wi-Fi hanya 90 meter. Wi-Fi dan WiMax mempunyai hubungan yang sangat rapat di mana Wi-Fi menghubungkan di antara komputer di sesuatu kawasan pejabat/rumah/premis manakala WiMax digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian Wi-Fi. 
Dalam keghairahan kita mengakses menggunakan Wi-Fi terdapat risikonya iaitu
1. Pencerobohan - iaitu mendedahkan komputer kita kepada pencerobohan oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Ini kerana kebanyakan Wi-Fi terbuka dan tidak mempunyai kata laluan (password), juga tidak mempunyai sistem perlindungan keselamatan untuk para pengguna. Kesannya data-data dalam komputer kita boleh diakses dengan mudah oleh siapa sahaja yang berada dalam rangkaian tempatan atau yang mengakses dari luar.
2. Virus - mudah terdedah kepada ancaman virus, trojan, malware, cecacing, dan sebagainya yang menelinap masuk ke dalam komputer  yang tidak dilindungi sepenuhnya.
3. Kecurian - Banyak kes kecurian laptop berlaku setelah pengguna menggunakan Wi-Fi di tempat-tempat terbuka seperti di restoren. Biasanya pengguna ini meletakkan laptop di dalam kereta selepas menggunakannya, tanpa disedari ada mata yang mengekorinya...lebih mudah dicuri jika pengguna meletakkan kenderaan itu dalam tempoh masa yang lama...
Jadi sama-samalah kita berhati-hati dalam hal ini dan tidak terkecuali juga kepada mereka yang menggunakan Wi-Fi melalui telefon bimbit...Fikir-fikirkan

APA ADA PADA CUPING TELINGA AYAM

Pak Teh | Ahad, September 19, 2010 |
Samada korang perasan ke tak telinga ayam, tak taulah..maklum jelah, telinga tu kat kepala, jadi orang tak amik kisah...tambahan bila beli ayam yang dah siap sembelih dan siap di potong-potong...silap-silap lupa camne rupa kepala ayam...hehehe.. apa yang nak aku kongsi info kali ini ialah pasal telinga ayam..rupanya warna cuping telinga ayam berbeza, beza warna ni menyebabkan warna telurpun berbeza. Biasanya telur berwarna coklat muda dan putih..jadi ayam yang telinganya berwarna coklat muda menghasilkan telur berwarna coklat muda atau sebaliknya...Wallahhualam

LAIN YANG DIHAJAT, LAIN YANG DAPAT

Pak Teh | Jumaat, September 17, 2010 |
Memang tabiat manusia, tak pernah rasa cukup dan punya bermacam-macam hajat...nak keluarga bahagia, nak kaya, nak lebih senang...dan macam-macam lagi hajat...sampaikan ke tahap tak pernah bersyukur apa yang ada...dalam entri aku kali ni aku nak kongsi citer kartun pasal hajat (wish) yang aku pinjam dari blog http://www.kujie2.com/ . Fikir-fikirkan.....



HUTANG OH HUTANG

Pak Teh | Khamis, September 16, 2010 |
Hari raya telah berlalu seminggu...pelbagai kenangan yang dialami..ada yang pahit, yang manis, yang payau, yang masam dan macam-macam lagi...tapi yang sedihnya jika ada yang menanggung hutang..berhutang kerana takmau mengikut kemampuan diri...tak mengukur baju di badan sendiri..."biar papa asalkan bergaya"....dalam entri aku kali ini, nak kongsi cerita pasal hutang...
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Khalifah Omar bin Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab, "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini."
Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.
Maka Bendahari negara itu membalas surat tersebut yang berbunyi: "Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah swt?"
Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya: "Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."
Fikir-fikirkan...

Dipetik daripada Cerita dan Doa

TERLALU GHAIRAH

Pak Teh | Khamis, September 16, 2010 |
Sekarang ni bila sebut je MUKABUKU (facebook) sape yang taktau...tak keterlaluan kalau ada orang mengatakan yang orang yang tiada akaun facebook dianggap ketinggalan zaman...zaman dunia tanpa sempadan...jadi berebut-rebutlah hendak buka akaun fb, tambahan nak buka akaun percuma jer..Bila dah buka akaun, masing-masing cubalah memasukkan info yang kalau boleh berbeza dengan orang lain...mana yang takde pada orang lain, cuba masukkan...lepas tu masing-masing berlumba-lumba nak upload gambar...macam-macam lagilah, tak dapat nak aku senaraikan.. tetapi tanpa disedari semua info itu mengundang padah...padah kepada keselamatan nyawa dan harta benda...di Malaysia, isu ini belum lagi ketara kerana "si penjenayah" belum lagi "pandai" atau "tak mau" menggunakan info dalam fb untuk melakukan jenayah...tapi bagi aku eloklah "sediakan payung sebelum hujan"...sebenarnya terlalu banyak bahaya yang mendatang daripada info yang ada dalam akaun fb kita..untuk entry aku ni, aku panjangkan maklumat dari salah sebuah Persatuan Pengguna di USA mengenai perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan dalam fb kerana melalui kajian di sana telah banyak kes jenayah berpunca dari maklumat yang didapati dalam fb. Bagi mereka yang dah baca, anggap ini sebagai peringatan.
1. Jangan gunakan PASSWORD atau katalaluan yang lemah. Gunakan password yang terdiri daripada gabungan angka, huruf besar, huruf kecil dan simbol, contoh e25HKm2!
2. Jangan letak tarikh lahir yang penuh. Ini ada kaitannya dengan akaun bank atau kad kredit. Kalau nak pamerkan juga, letakkan tarikh dan bulan sahaja.
3. Pastikan "privacy control" hanya untuk rakan sahaja bukan untuk semua orang terutamanya maklumat INFO.
4. Jangan letak caption atau tag pada foto keluarga. Jika ada rakan yang tagkan, removekan tag itu.( pada aku memadailah setakat letak bilangan anak je, janganlah sampai letak nama anak yang lengkap, siap pulak dengan bin/binti)
5. Jangan sesekali meletakkan maklumat yang kita meninggalkan rumah, katalah nak pergi holiday seminggu. Lagi bahaya jika meletakkan sekali tarikh meninggalkan rumah.
6. Jangan biarkan anak-anak menggunakan fb tanpa pengawasan..

Diharapkan info di atas dapat sedikit sebanyak menjadi panduan kepada kekawan yang ada akaun fb atau website komuniti  yang lain, termasuklah blogger.. kekadang itu aku heran gak, sampaikan takde langsung privacy, habis semua nak cerita dalam fb, kata orang "cerita dalam kelambupun" nak tulis gak dalam fb...nak tanya masak lauk apa pun tanya suami kat wall fb walaupun suami duduk serumah atau boleh dihubungi melalui phone...nak cakap "i love you" kat suamipun tulis kat wall...ish ish ish....

KEHILANGAN

Pak Teh | Selasa, September 14, 2010 |
Hari raya ialah hari kemenangan...hari kesyukuran...hari bergembira...tapi tidak semuanya menjanjikan yang baik-baik...yang hepi...kerana ada juga insan yang kesedihan menyambut hari raya...cuma bezanya tahap kesedihan yang dialami..ada yang dapat menanganinya dengan baik kerana itu semuanya adalah ujian dari Allah swt...
Begitu juga aku..cuma mungkin kesedihan yang ku alami taklah seteruk mana...saje je nak gempaq...yelah, dah berapa bulan aku cuba bertahan tapi dengan kehendak Allah swt, kita boleh merancang, Dia yang menentukan....goyangnya semakin kuat...aku cuba bertahan lagi...dalam dua tiga hari ni dah terasa sakit...nak tidopun terganggu..nak buat pape dah rasa tak selesa...akhirnya aku terpaksa juga berpisah gak dengan dia..pergi gak klinik gigi, cabut gak gigi gerahamku tu...hehehehe

ILMU ATAU HARTA?

Pak Teh | Ahad, September 12, 2010 |
Pernah disampaikan oleh Ali r.a. kepada 10 orang Khawarij yang bertanyakan mengenai ilmu dan harta.
Ilmu adalah warisan nabi-nabi, sedangkan harta adalah warisan Qarun, Syidad atau Firaun
Orang yang berilmu banyak kawannya sedangkan orang yang berharta banyak musuhnya.
Jika ilmu diberikan kepada orang lain ia bertambah, tetapi jika harta diberikan kepada orang lain ia akan berkurangan.
Harta minta dijaga daripada pencuri, sedangkan ilmu tidak perlu dijaga.
Orang yang berharta dihisab, oarang yang berilmu mendapat syafaat.
Harta akan rosak dimakan zaman sedang ilmu tidak.
Harta mengeraskan hati. sedangkan ilmu tidak
Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang diamalkan.


Dipetik daripada Cerita serta Doa

LEBIH DAN KURANGNYA HARI RAYA

Pak Teh | Ahad, September 12, 2010 |
Dalam kehangatan berhari raya, pelbagai perasaan yang timbul..sedih, gembira, tenang, terkilan,terbuku dan macam-macam lagi perasaan...ada yang merasakan sama saje seperti raya yang lepas...ada juga yang merasakan lebih baik dari raya yang lepas dan tak kurang juga merasakan ada kekurangan....yang merasakan lebih baik tu, alhamdullillah...yang merasakan kekurangan, kekurangan ahli keluarga yang telah kembali rahmatullah, tidak dapat lagi ucapan, tiada lagi hadiah raya, tiada lagi baju sedondon.... tetap juga bersyukur kerana masih dapat beraya walaupun ada kekurangan....apepun perasaan yang kita alami, sama-samalah kita berdoa semoga kita dirahmati Allah swt

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 1431H/2010M

Pak Teh | Rabu, September 08, 2010 |

AWARD BLOG HEBAT

Pak Teh | Rabu, September 08, 2010 |
Dah nak raya ni pun masih ada kekawan nak bagi award...kira hadiah raya gak kan...hehehe
Award ni dari lulu
Terharu gak dapat award ni tambahan kalo dari lulu. Maklum jelah blog dia memang hebat.. papepun terima kasih lulu


Macam biasa, dah terima award kenalah jawab soklan:

Nama blog anda buat masa ini?
sudah tentu...Matahariku

Anda rasa blog anda hebat?
Mula tu nak perasan gak tapi sebab yang bagi award bukan calang-calang blogger..
so blog aku memang hebat...:-)

Benda yang anda sayang?
Banyak gak tapi memandang benda ni hebat gak fungsinya...Handphone

Anda tengok waktu (jam) kat mana?
Tengok situasi, kalo tengah update blog, tengok jam laptop.. atau fon

Web sesawang yang selalu anda jengok?
Dah semestinya blog matahariku...sape punyer tu? Oppps sendiri punyer ler..dan blog kekawan

Letak blogger-blogger yang anda rasa hebat
Bab ni yang aku susah nak letak sebab semuanya hebat-hebat belaka...tapi untuk kali ini aku bagi kekawan blogger yang jadi follower blog aku..

Jadi apa tunggu kekawan follower, harap dapat terima award ni..
Selamat Hari Raya Idil Fitri, maaf zahir dan bathin

DIALOG LUQMAN AL-HAKIM DENGAN ANAKNYA

Pak Teh | Selasa, September 07, 2010 |
Satu hari Luqman Al-Hakim di tanya oleh anaknya:
"Pak, apakah sebaik-baik perangai bagi manusia?"
Jawab Luqman, "Agama"
Bertanya lagi si anak. "Kalau perangai itu dua?"
Jawab Luqman, "Agama dan harta"
Tanya si anak lagi, "Kalau tiga?"
Jawab Luqman,"Agama, harta dan malu."
Celah si anak."Kalau empat?"
Jawab Luqman,"Agama, harta, malu dan budi pekerti yang baik"
Si anak terus bertanya lagi,"Kalau perangai itu lima?"
Jawab Luqman,"Agama, harta, malu, budi pekerti yang baik dan pemurah"
"Bagaimana kalau perangai itu enam?" Tanya si anak lagi.
"Wahai anak kesayanganku, kalau lima perangai itu terkumpul pada seseorang, maka dia adalah orang yang suci, terpelihara (taqwa kepada Allah), dilindungi Allah swt dan bebas dari syaitan".

Petikan dari Cerita serta Doa


PERANGAI ISTERI......RENUNGAN UNTUK PARA SUAMI

Pak Teh | Isnin, September 06, 2010 |
Dah tinggal dua tiga hari nak raya ni, yang paling sibuk ialah kaum pompuan....mana lagi nak buat kuih, nak kemas rumah, nak jahit baju, 1001 macam nak buat...rutin harian pun dah tak menentu....jadi para suami dan anak-anak akan berasa kelainan sikit...pendek kata, pandailah masing-masing nak hidup...hehehehe..Nak citer lebihpun korang sendiri dah alami...jadi dalam entry ni aku nak citer pasal Khalifah Umar Ibnul Khattab dengan perangai isterinya...
Diceritakan, bahawa ada seorang datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul Khattab untuk mengadukan perangai buruk isterinya. Apabila orang itu tiba di pintu rumah Khalifah, tiba-tiba dia terdengar isteri Khalifah sedang meninggikan suara mengata nista Khalifah sedangkan Khalifah hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab sepatahpun.
Maka orang itupun tak jadi hendak mengadu, malah tergesa-gesa hendak pulang meninggalkan rumah Khalifah, tetapi Khalifah sempat memanggilnya seraya bertanya, "Apa hajatmu datang ke mari?". Jawab orang itu, "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!". Tanya Khalifah,"Mengapa datang, kalau tidak ada apa-apa?" Kata orang tu lagi,"Sebenarnya saya datang ini nak mengadukan kelakuan buruk isteri saya, wahai Amirul Mukminin. Tetapi tiba-tiba saya mendapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."

Berkata Khalifah Umar, "Wahai saudaraku! Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku terhutang budi kepadanya. Dia telah memasak makananku, membuat roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusukan anakku, padahal semua itu tidak wajib atasnya. Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku, di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung daripada melakukan yang haram. Bagaimana dapat aku menentangnya, jadi aku hanya bersabar dan memekakkan telinga saja."

Kata orang tu pula, "Saya juga menanggung nasib yang sama seperti tuan hamba, wahai Amirul Mukminin!"
Maka berkata Amirul Mukminin lagi," Wahai saudaraku! Bersabarlah atas kelakuan isterimu itu."....Fikir-fikirkan

Diolah daripada Cerita serta Doa

WAKTU PAGI

Pak Teh | Isnin, September 06, 2010 |
Seseorang itu di waktu pagi harus niat empat perkara:
Menunaikan kewajipan terhadap Allah swt
Meninggalkan larangan Allah swt
Menyelesaikan dengan orang yang dia ada hubungan dagang dan sebagainya
Memperbaiki hubungan dengan lawannya

Manusia pada waktu pagi ada tiga macam:
Sebahagian mencari harta
Sebahagian mencari dosa dan
Sebahagian mencari jalan yang diredhai Allah swt

Yang sibuk mencari harta, maka dia tidak akan makan lebih daripada rezekinya meskipun hartanya sangat banyak
Yang sibuk mencari dosa, maka pasti mendapat kehinaan dan
Yang mencari jalan menuju keredaan Allah swt, maka Allah swt akan memberikan rezeki dan jalan.


Petikan daripada Cerita serta Doa

KHAMIS ATAU JUMAAT

Pak Teh | Isnin, September 06, 2010 |
Bila tengok anak bulan pada hari Rabu, maknanya raya sama ada Khamis atau Jumaat...tak kira hari apa, insyaAllah dengan izinNya kita akan beraya, cuma yang jadi tanda tanyanya nak buat persiapan untuk beraya hari Khamis atau Jumaat...tapi berita terkini yang aku dengar, raya kita tahun ni pada hari Khamis...habis camno? :-)

KENAPA HARUS TANGGUHKAN TIDUR

Pak Teh | Jumaat, September 03, 2010 |

Seorang hakim berkata, "Seorang tidak boleh tidur sehingga menyelesaikan empat perkara":
Jangan tidur selama ia percaya atas bumi ada musuh, sehingga minta halalnya, sebab kemungkinan dia mati sehingga dituntut oleh Allah swt
Jangan tidur jika masih rasa berdosa dan belum taubat daripadanya, sebab kemungkinan dia mati dan dianggap terus dalam berdosa
Jangan tidur sehingga menulis wasiat yang tepat, sebab mungkin dia mati tanpa meninggalkan wasiat
Jangan tidur jika masih belum menyelesaikan kewajipan kepada Allah swt



Dipetik daripada Cerita dan Doa

APA PENTINGNYA 3 MAC 1924

Pak Teh | Khamis, September 02, 2010 |
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang berlaku pada tarikh 3 Mac 1924... penting sangat ke?...tetapi pada aku tarikh ini penting kerana peristiwa pada tarikh tersebut boleh dijadikan panduan umat Islam di Malaysia khasnya...kerana aku lihat kebelakangan ini umat Islam yang majoritinya berbangsa Melayu telah berpecah... hayatilah kenyataan-kenyataan berikut:
Pada 3 Mac 1924 Mustafa Kamal Ataturk telah membubar sistem pemerintahan Khalifah, umat Islam tanpa kepimpinan Khalifah

Musuh-musuh Islam bergembira kerana rancangan mereka berjaya

"Kita amat gembira dengan tumbangnya Khalifah. Saya mengharapkan Khalifah ini tidak ujud lagi" (Menteri Tanah Jajahan Britain)

Di bawah naungan Khalifah
- umat Islam bersatu padu
- tiada sempadan
- 1 Pemimpin, 1 Bendera, Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
- tiada paspot, tiada visa
- terdapat beribu-ribu bangsa

Akibat tiada Khalifah
- umat Islam tidak bersatu padu
- umat Islam berpecah belah menjadi lebih dari 57 negara kerana diracuni pemikiran nasionalime yang dihasut oleh Barat
- akibatnya terdapat 57 negara dan 57 pemimpin

Lord Cromer, perancang penjajahan Britain di Mesir mengatakan:
"England bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapapun"

Fikir-fikirkan




TENGOK ANAK BULAN...SATU NOSTALGIA

Pak Teh | Khamis, September 02, 2010 |
Kata orang ke hulu ke hilir, tak sedar kita berada di penghujung Ramadhan, tiba pula Syawal....1 Syawal yang ditunggu oleh semua umat Islam untuk mengucapkan kesyukuran selepas berpuasa sebulan Ramadhan...entri kali ni aku tak nak sentuh pasal ibadah puasa sebab aku disentuh banyak dalam entri yang lepas...Kalau ditanya dengan kanak-kanak, saat bilakah mereka tunggu sangat menjelang Syawal....semuanya akan menjawab, pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu melalui tv atau radio....Pengumuman beraya atau tak bergantung kepada penentuan melalui rukyah atau hisab.. Rukyah tu kira tengok anak bulan, nampak atau atak..sekarang ni boleh dikatakan setiap negeri ada tempat tengok anak bulan...dulu masa aku kecik-kecik, hanya ada satu tempat je tengok anak bulan iaitu di Baitul-hilal Telok Kemang, Port Dickson..InsyaAllah tahun ni, tengok anak bulan dilakukan pada 8 September 2010 iaitu pada 29 Ramadhan 1431...ini bermakna raya kita tahun ni samada 9hb atau 10hb September 2010. Apa yang aku nak citer kali ni ialah satu petang pada hari tengok bulan semasa aku kecil..
Kisah ini berlaku semasa aku berada di dalam darjah 2, abangku Din dalam darjah 4..seperti hari-hari puasa yang lain, petang hari tengok anak bulan...aku, abangku dan kekawan masih bermain walaupun dah lewat petang...rumahku ditepi jalan jer..dalam kami masih leka bermain, lalu sekumpulan orang menaiki basikal...ada kawan aku yang kenal salah sorang  dari mereka lalu menegur, "Ke mana tu Tok Bilal?"..jawapan diterima, "Mana lagi, tengok anak bulan ler"..sebenarnya tempat tengok anak bulan Baitul-hilal Telok Kemang tu hanya 1 km dari rumahku..masa tu AJK masjid pergi dengan mengayuh basikal, Mufti dan pegawai Jabatan Agama menaiki kereta..
Seperti biasa...aku, abangku dan kekawan berpakat selepas berbuka puasa tunggu rombongan itu balik...lebih kurang hampir sejam selepas berbuka, rombongan tu balik..apa lagi, kami pun tanpa lengah-lengah bertanya Tok Bilal, "nampak tak anak bulan Tok Bilal?"..bayangkanlah keadaan kami kalau jawapan yang diterima, "Alhamdulillah, nampak anak bulan"...tentu kami melompat-lompat kesukaan kerana esok raya...dan bayangkan pula bila jawapan sebaliknya...apa yang nak aku kongsi di sini ialah kami adalah antara yang terawal tahu samada beraya atau tak, itulah satu nostalgia bagi diriku setiap kali tiba Syawal... kebelakangan ini walaupun boleh dikatakan setiap negeri ada baitul-hilal tetapi penentuan kerap menggunakan hisab...difahamkan memang sukar untuk melihat anak bulan (anak bulan mengikut syarat tertentu) sekarang ni...aku pun kurang pasti kenapa sukar kelihatan..aku difahamkan masa aku kecik-kecik dulu, rombongan tengok anak bulan tu bukan terus tengok anak bulan tetapi mereka melakukan solat hajat dahulu, berwirid dan lain-lain, tapi tak berlaku lagi sekarang ni...wallahhualam

Gambar di atas pinjam dari blog Nizam Limited

Next previous home