SALAM MAAL HIJRAH 1438H

HILANGKAH MELAYU?

Pak Teh | Rabu, September 22, 2010 |
Masih adakah Melayu sekarang menghayati kata-kata semangat Laksamana Hang Tuah "takkan Melayu hilang di dunia"? Atau adakah Melayu sekarang lebih agung daripada Melayu di zaman keagungan Kesultanan Melaka? Atau Melayu sekarang telah mula hilang identiti sebagai Melayunya? Atau suatu masa nanti Melayu hanya tinggal sejarah, bangsa yang pernah ujud di dunia sama seperti tinggal dalam sejarah Tanah Melayu, walaupun kita masih berbangga ada lagi perkataan "malay" dalam Malaysia...tapi tak heran nama itu akan berubah bila Melayu tak lagi memerintah...Tapi adalah terlalu malang bagi Melayu apabila Melayu tidak lagi berbangga menjadi Melayu! Riak-riaknya pun dah nampak sekarang apabila ramai yang bila ditanya tentang bangsa, mereka dengan cepat mendakwa Melayu campuran, sedangkan campuran itu adalah bermaksud keturunan...kita tidak boleh menukar sejarah, sejarah menunjukkan Melayu adalah bangsa dari pelbagai keturunan; antaranya Minangkabau, Jawa, Bugis dan lain-lain....
Secara peribadi hatiku sangat terguris apabila ada individu yang mengeluarkan kenyataan "dia tidak berbangga menjadi seorang bangsa Melayu"....maka tidak hairanlah bangsa-bangsa lain telah mula tidak menghormati orang Melayu...kita janganlah salahkan mereka tidak menghormati kita kerana kita sendiri yang tidak menghormati bangsa kita sendiri...apapun aku tetap bangga dilahirkan sebagai bangsa Melayu, dan yang paling aku bangga kerana aku dilahirkan sebagai bangsa Melayu ialah bangsa yang beragama Islam...kalau aku dilahirkan bukan bangsa Melayu, aku belum tentu lagi menjadi seorang Islam...Fikir-fikirkan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha..kesian org yg ckp macam tu..and i am perfectly know who is that person..bukan dalam islam ada istilah berjuang untuk bangsa, agama dan negara ke? patutnya jadi contoh..zzz

Pak Teh berkata...

tulah misya...kdgkala untuk kepentingan diri, maruah bangsa digadaikan...harap hanya ada seorang Melayu je mcm dia...InsyaAllah

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home