Hari raya telah berlalu seminggu...pelbagai kenangan yang dialami..ada yang pahit, yang manis, yang payau, yang masam dan macam-macam lagi...tapi yang sedihnya jika ada yang menanggung hutang..berhutang kerana takmau mengikut kemampuan diri...tak mengukur baju di badan sendiri..."biar papa asalkan bergaya"....dalam entri aku kali ini, nak kongsi cerita pasal hutang...
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Khalifah Omar bin Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab, "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini."
Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.
Maka Bendahari negara itu membalas surat tersebut yang berbunyi: "Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah swt?"
Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya: "Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."
Fikir-fikirkan...
Dipetik daripada Cerita dan Doa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH