SALAM MAAL HIJRAH 1438H

TABIAT SUKA LAMA DI BILIK TERMENUNG

Pak Teh | Selasa, Jun 29, 2010 |
Bila aku teringat citer Bujang Lapok, terbayang aku adegan Bujang Lapok duduk beratur menunggu giliran nak masuk bilik termenung (tandas)...biasalah zaman itu tandas digunakan secara berkongsi kerana sistem pembentungan belum lagi maju...masa tu masih guna tandas angkat (gunakan tong untuk menampung najis), lepas tu maju sikit guna pulak tandas curah. Tandas curah ni dah jarang berkongsi sebab boleh dikatakan setiap rumah ada. Sekarang ni bukan setakat satu malah tiap bilik ada tandas pam...tambahan sekarang lebih selesa bila ada IWK (dah bayar bill lum? hehehehe)...
Aku bukan nak citer pasal tandas atau bilik termenung tapi nak citer tabiat bila masuk tandas... macam-macam ragam yang aku dengar...ada yang tak kurang setengah jam termenung...ada yang sambil termenung baca majalah atau surat khabar...ada yang termenung sambil dengar lagu...ada yg sambil merokok (diorang kata nak kurang bau...betul ker?)...apapun tabiat ni semuanya menyebabkan lama berada di dalam tandas, tambahan sekarang bukan lagi mencangkung tapi boleh duduk...sesetengah tandas tu orang kata boleh buat bilik tidur, punyalah selesa dan bersih...
Aku cuma nak ingat kepada mereka yang suka duduk lama termenung tu...antara punca kena BUASIR ialah duduk terlalu lama di mangkuk tandas dan terlalu meneran ketika membuang air besar ( artikel dalam sisipan Mega akhbar Utusan Malaysia 29/6/10)... fikir-fikirkanlah

Semua foto dari sisipan Mega akhabar Utusan Malaysia 29/6/10

BULUH BEDIL

Pak Teh | Jumaat, Jun 25, 2010 |

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang...begitulah dengan permainan kanak-kanak...kebanyakan permainan kanak-kanak sekarang boleh diperolehi dengan membeli di kedai..bagi golongan yang mampu, permainan lebih berbentuk video games...berbeza dengan masa dulu, permainan kanak-kanak banyak dibuat sendiri..jadi bolehlah kita kata kanak-kanak dahulu lebih kreatif dan inovatif..bukan setakat itu sahaja, kanak-kanak dahulu bermain secara cergas, keluar peluh...tak heranlah kanak-kanak sekarang ramai yang mengalami obesiti, tambahan yang asyik main dengan video games... Permainan kanak-kanak dahulu telah dikategorikan sebagai permainan tradisional. Antaranya ialah buluh bedil. Buluh bedil dimainkan macam main perang-perang...berperang menggunakan buluh bedil...kalau lepas main, dah sah baju comot oleh getah buah cenerai yang merupakan peluru kepada senapang (buluh bedil). Yang menariknya bukan setakat ada peluru malah ada mengeluarkan bunyi letupan sebaik sahaja buah cenerai keluar. Kanak-kanak yang lebih kreatif pula buluh bedil tu dibuat macam machine gun, peluru keluar bertalu-talu.

Buluh bedil ini dibuat daripada buluh kecil yang ruasnya dalam 1 kaki panjang. Kemudian ada gobeknya juga dibuat daripada buluh. Buah cenerai yang agak tua dimasukkan ke buluh laras. Kemudian ditolak masuk ke dalam laras menggunakan gobek, ditolak sehingga hampir sampai ke penghujung laras. Apabila nak menembak, serta merta tolak gobek tu. Buah cenerai akan terpancut keluar di samping keluar bunyi letupan....Apa yang telah aku lalui memang seronok main buluh bedil ni tapi siaplah kena marah oleh mak bila balik dari bermain...baju menjadi comot... sesiapa yang belum rasa, cubalah buat buluh bedil..insyaallah memang timbul rasa kepuasan dan keseronokan..

PHISHING VS FISHING

Pak Teh | Jumaat, Jun 25, 2010 |

Kehidupan sekarang semakin canggih sampaikan kehidupan kini di hujung jari...sekarang ni dah tak perlu lagi bersusah payah nak pergi bank, semuanya dah boleh lakukan secara online...dalam kita mengharungi kehidupan yang lebih mudah, ada pihak yang ambil kesempatan...ambil kesempatan di atas kejahilan pengguna...maka berlakulah jenayah cyber yang semakin berleluasa...makin ramailah yang hilang duit dalam akaun bank dalam sekelip mata...
Aku ingin berkongsi maklumat mengenai salah satu cara jenayah cyber dilakukan iaitu PHISHING (bunyinya ialah fishing). Phishing ini ialah proses untuk mendaptkan maklumat peribadi sensitif. Biasanya penjenayah ini akan cuba "memancing" bagi mendapatkan kata laluan (password) bagi akaun bank atau kad kredit melalui komunikasi elektronik. Penjenayah menggunakan kecanggihan dalam transaksi bank menerusi internet bagi melakukan jenayah. Kebiasaannya e-mel digunakan bagi membawa pengguna ke laman web palsu yang kelihatan tulen. Ada juga kes yang melibatkan sms untuk mendapatkan maklumat akaun pengguna. Sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah kita berurusan terus dengan bank jika melibatkan maklumat akaun bank kita, kata orang biarlah bersusah sedikit.. Sama-samalah kita fikirkan..


Sumber: diolah dari estidotmy

GURU YANG BERADAB...

Pak Teh | Rabu, Jun 16, 2010 |

Sebelum ni, aku ada cerita tentang adab belajar..adab yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian...adab yang dapat mengurangkan perilaku biadap..
Tapi pada aku, tak cukup dengan murid sahaja ada adab belajar kerana ada satu pihak lain yang mengajar..iaitu guru atau cikgu..guru di sini bukan hanya yang ada di sekolah je tetapi terlibat juga orang mengajar atau menyampaikan ilmu pada seseorang...
Guru juga perlu ada adab mengajar, adab yang boleh buatkan murid lebih beradab.


Di sini aku nak berkongsi dengan insan-insan yang dipanggil "GURU" mengenai adab mengajar:
1.  Ihtimal iaitu bertanggungjawab atau menerima sesuatu pertanyaan dari anak muridnya. Guru hendaklah bersifat sabar atas sesuatu yang menyusahkan dia berpunca dari anak muridnya.
2.  Luzumul hilm iaitu tidak cepat marah
3.  Jangan membesarkan diri
4.  Memilih tawadhu' iaitu merendahkan diri apabila berada dalam khalayak ramai
5.  Jangan bergurau-gurau di khalayak ramai
6.  Kasih akan anak muridnya, lemah lembut dan menganggap murid sebagai anaknya
7.  Jadilah pendengar yang baik terutamanya jika soalan dikemukakan oleh murid yang agak lembab.
8. Jangan jadikan gaji/upah menjadi penyebab menyampaikan ilmu
9. Jangan malu untuk berkata "Saya tidak tahu" atau katalah "wallahu'alam" jika tidak pasti.
10. Hendaklah bersungguh-sungguh menjawab soalan murid dan bersungguh-sungguh supaya murid faham
11. Menerima dalil yang diberi oleh orang lain termasuklah murid
12. Kembali kepada yang benar walaupun sebelum itu tahu telah melakukan kesalahan
13. Menegah murid belajar ilmu yang memudaratkannya
14. Menegah anak muridnya mengqasadkan belajar ilmu selain daripada Allah, maksudnya belajar kerana Allah
15. Hendaklah ia mengamalkan ilmunya supaya menjadi ikutan anak murid.


p/s diolah dari Kitab Sairus-salikin. Maaf jika kurang tepat olahannya.

BIADAP KERANA TAK TAU ADAB BELAJAR

Pak Teh | Isnin, Jun 14, 2010 |

Ramai yang mengatakan budak-budak sekarang semakin biadap..tetapi sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan kerana biasalah apabila perkara-perkara buruk tu dibesar-besarkan walaupun kes terpencil...Biadap adalah sesuatu yang subjektif, sesetengah orang mengatakan perilaku tu biadap, sesetengah orang menganggap perkara tu normal, tambahan bila dilakukan oleh kanak-kanak... apapun tanggapan orang, yang penting perilaku tu dikira biadap apabila majoriti atau masyarakat menilainya sebagai biadap...bila berlaku perilaku biadap di kalangan budak-budak, maka tercetuslah salah menyalah antara pihak yang terlibat, antaranya ibubapa, guru dan masyarakat.
Pada pendapat aku, jika semua pihak saling menyalahkan pihak lain maka masalah itu tidak dapat diselesaikan....aku ingin berkongsi dengan pihak yang terlibat secara langsung dalam hal ini terutama ibubapa, keluarga dan guru, tentang ADAB BELAJAR ...pendapat aku, jika diamalkan panduan ini, insyaAllah dapat dikurangkan kebiadapan mereka...
Mengikut Imam al Ghazali rahimmullah taala di dalam Bidayatul Hidayah, ada 11 perkara adab belajar:
1. Murid mendahului memberi salam kepada guru
2. Murid jangan membanyakkan kata-kata di hadapan gurunya
3. Murid jangan berkata-kata sebelum mendapat keizinan gurunya
4. Murid hanya bertanya setelah mendapat keizinan gurunya
5. Murid jangan menyangkal perkataan gurunya dengan mengatakan mengikut si polan apa yang dikatakan guru itu salah
6. Murid jangan memberi isyarat/body language kepada gurunya bahawa apa yang dikatakan guru tidak betul, seolah-olah dia lebih tahu dan lebih benar daripada gurunya.
7. Murid jangan berbisik-bisik dengan rakan sebelah di hadapan guru
8. Murid jangan berpaling ke kiri dan ke kanan semasa di hadapan guru, bahkan hendaklah duduk dalam keadaan tunduk lagi beradab seolah-olah ia di dalam solat
9. Murid jangan terlalu banyak menyoal jika guru berada dalam keadaan letih
10. Apabila guru sampai, murid hendaklah berdiri kerana menghormati gurunya dan jangan bertanya guru semasa sedang bangun berdiri. Juga jangan bertanya guru ketika guru sedang berjalan hingga sampai ke tempat duduknya, melainkan dharurat.
11. Murid jangan buruk sangka terhadap gurunya.

Pada pendapat aku, elok rasanya ibubapa mengingatkan anak-anak tentang adab ini dan para guru perlu menegur jika ada murid yang melanggar adab ini..sama-samalah kita fikirkan..


p/s: diolah daripada Kitab Sairus-salikin. Maaf jika olahan ini kurang tepat.

PANAS BARAN

Pak Teh | Ahad, Jun 13, 2010 |
Apabila sesorang itu egonya tercabar, maka timbullah perasaan marah....perasaan marah tu pulak tak dapat dikawal, tahap kesabaran pulak rendah...perkara-perkara kecilpun boleh menimbulkan kemarahan....silap sikit marah...semua yang orang buat semuanya salah....semuanya tak kena...kekadang tu timbul rasa marah yang dikatakan marah tak kena tempat...orang yang begini bolehlah kita katakan panas baran...orang panas baran ni biasanya mempunyai jiwa memberontak...memberontak terhadap apa yang ada di sekelilingnya, sehinggakan apa yang dilakukan oleh pemerintah serba tak kena...kebaikan dilupakan walaupun kebaikan yang dilakukan lebih banyak daripada keburukan...dalam hal ini aku ingin berkongsi hadis yang berkaitan dengan orang yang suka tidak menyenangi pemerintah...pemerintah ini termasuklah ketua keluarga, bos tempat kerja dan yang sewaktu dengannya...:-)


Ibnu Abbas r.a. menerangkan bahawasanya Nabi S.A.W. bersabda: "Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah" (Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Rasullullah SAW melarang kita daripada bertindak menetang penguasa dan melakukan pemberontakan terhadapnya. Ini disebabkan perkara tersebut akan menjadikan kita dilabel sebagai pendurhaka dan kematian kita disamakan seperti matinya orang-orang jahiliyah iaitu mati dalam keadaan bercerai berai dan tidak mempunyai kesatuan. Lagi pula penentangan kita itu akan menimbulkan fitnah dan kekacauan, merosakkan kerukunan masyarakat dan boleh mengakibatkan pertumpahan darah (pergaduhan dan perkelahian). Jumhur ulama' berpendapat bahawa sekalipun seseorang pemerintah atau ketua itu berlaku fasik, namun kita tidak boleh mengambil jalan mudah terus memecatnya dari kedudukannya. Wajib ke atas kita melakukan apa yang diperintahnya asal saja ia bukan perkara yang berbentuk maksiat dan melanggar  syarak.
Fikir-fikirkan...

Sumber: Hadis Harian JAKIM

STOP

Pak Teh | Khamis, Jun 10, 2010 |


Semua orang tau walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris...kalau yang memandu akan berhenti apabila bertembung dengan tanda isyarat ni...
Pemandu dan penunggang selalu mengabaikan isyarat ini bila  dijangka tidak ada orang yang nampak terutama polis trafik...dan tak kurang juga banyak isyarat-isyarat jalanraya dipasang di kiri kanan jalanraya untuk mempastikan keselamatan pengguna jalanraya, terutamanya isyarat had laju...tak cukup dengan isyarat had laju, sesetengah tempat diletakkan pula papan notis PDRM..."anda sedang diperhatikan" tetapi masih ramai yang tidak mematuhi had laju...
Apa yang nak aku kongsi di sini ialah di Kanada telah menggunakan psikologi untuk memperlahankan kelajuan kenderaan...pemandu secara spontan akan memperlahankan kenderaannya apabila nampak jalanraya yang rosak atau cuba mengelak jalanraya yang berlubang-lubang..adakah jalanraya tersebut benar-benar rosak dan berlubang-lubang? tengok gambar di bawah

MENCAPAI AWAN

Pak Teh | Rabu, Jun 09, 2010 |
Bila aku terbaca citer-citer tentang mendaki gunung, terpanggil aku nak citer pengalaman aku mendaki gunung...walaupun gunung yang aku daki tidak setinggi Gunung Kinabalu, mahupun Gunung Everest....setelah aku lalui, aku "tabik spring" kepada mereka yang telah berjaya menawan puncak Gunung Everest. Pada aku bukan calang-calang orang boleh sampai ke puncak...nak sampai ke puncak perlukan pengorbanan, ketabahan, komitmen, cergas mental dan fizikal dan macam-macam lagi sifat-sifat positif ke arah kejayaan...memang aku kagum dengan mereka berdasarkan pengalaman yang aku lalui...
Puncak gunung yang ku tawan ialah Gunung Tahan, gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu...Gunung Kinabalu walaupun tertinggi tetapi mudah ditawan puncaknya kerana mula mendaki separuh daripada ketinggiannya dan punya laluan. Berbeza dengan Gunung Tahan, jika ikut laluan Taman Negara, Kuala Tahan, secara pendakian biasa ialah 4 hari untuk smpai ke puncak dan 3 hari menurun puncak.....rekod yang pernah dibuat ialah 4 hari mendaki dan menurun, itupun dilakukan oleh komando....setiap hari perlu berjalan/mendaki/menurun bermula dari 6 pagi hingga 6 petang, jika tidak cuaca dah gelap bila sampai sesuatu destinasi yang dirancang...sepanjang perjalanan 12 jam setiap, berhenti apabila perlu sahaja, yang agak lamapun dalam setengah jam semasa makan tengahari..terlalu banyak pengalaman pahit dan manis dalam ekspedisi itu..tak dapat aku nak citer semuanya...cuma yang boleh aku katakan...kalau ada orang upah aku pergi lagi sekali, tak payah fikir dulu, terus aku menolak...itulah sebabnya aku tabik dan kagum dengan orang yang menawan puncak Everest...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

HAPPY AWARD

Pak Teh | Selasa, Jun 08, 2010 |
HAPPY...HAPPY..
The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up. ~Mark Twain


Terima kasih misz kerana share tag..




Ni jawapan soklan-soklan cepumas tu...hehehe
1) ADAKAH ANDA HAPPY SEKARANG?
Alhamdulillah...happy sokmo

2) KENAPA ANDA HAPPY?
Tidak ada yang membuat tak happy :-)

3) APAKAH BENDA YANG BOLEH MEMBUATKAN ANDA HAPPY?
Apabila orang di sekeliling happy...dan banyak mende yang dihajati dapat

4) PERNAHKAH ANDA MENERIMA TAG?
Belum pernah ...ini pertama kali..alhamdulillah..

5) NYATAKAN WARNA YANG ANDA SUKA?
Biru dan purple

6) BERITAHU 9 ORANG YANG ANDA MAHU TAG
Alamak ! 9? ampunnnnnnnn...tak cukup ler...tp jawab gak
Laman Cikgu Misz
Aku anak Hj Sidik
Ibu Sayang
.....dan kepada sesape yang sudi ditag ler...

7) TULISKAN SESUATU ORANG YANG ANDA TAG. TULIS PANJANG BERJELA PUN TAKPE
Nak tulis panjang berjela nanti jadi novel lak...hehehe
Memadai jika dikatakan mereka adalah orang yang penyayang.....tak kedekut kongsi pengalaman dan ilmu...

8) ADAKAH ANDA HAPPY DENGAN APA YANG ADA?
Sudah tentu...syukur alhamdulillah....amin..

Sebab ada 8 soklan, bagi 8 simple ways to get happy
1.  Count your blessings
2.  Give priority to close relationships
3.  Take care of the soul
4.  Do one thing at a time
5.  Make a list
6.  Just say no
7.  Garden
8.  Tune out the news









TANYA SEPATAH JAWAB SEPATAH...

Pak Teh | Rabu, Jun 02, 2010 |
Kekadang rimas gak bila ditanya sepatah dijawab sepatah...rasa macam taknak berbual je...kalau yang baru kenal tu, maka dilabelkanlah sebagai tak peramah atau sombong...pastu ada pulak yang cakap "macam ada emas je dalam mulut tu! tanya sepatah jawab sepatah"...
Dalam aspek berkomunikasi memang ramai orang takut dilabelkan sebagai tidak peramah dan sombong...takut orang taknak berkawan...takut nanti jadi kera sumbang...macam-macam rasa takut...
Tetapi hakikatnya orang yang mempunyai sifat "tanya sepatah jawab sepatah" itulah yang sebaik-baiknya umat.. pelik gak kan? Dulu akupun gitu gak, memandang negatif kepada orang yang sedemikian. Tetapi setelah aku mendengar satu ceramah agama, barulah aku tau orang yang macam mana lebih mulia di sisi Allah.
Aku bagi contoh satu perbualan antara A dan B:
A: Dari mana tadi?
B: Dari pasar. Kau tau..Ramai sungguh orang kat pasar. Berebut-rebut beli ikan..

Kalau kita perhatikan perbualan di atas, tak nampak ada yang salahnya...tapi apa yang aku fahami, ayat "Kau tau..ramai sungguh orang kat pasar. Berebut-rebut beli ikan" tu dikategorikan sebagai perkataan yang sia-sia....perkataan yang dikategorikan sebagai "kebinasaan kepada lidah iaitu berlebih-lebih perkataan, maksudnya mengarang perkataan yang lebih daripada sekira-kira hajat yang terkaya daripadanya"..
Tambah lagi sia-sia jika menambah dengan perkataan-perkataan yang menyebabkan orang yang mendengar ketawa terbahak-bahak...
Rasullullah s.a.w. bersabda "Bahawasanya seorang laki-laki sesungguhnya ia berkata dengan satu kalimat yang membawa tertawa-tawa dengan dia orang yang sama-sama duduk dengan dia itu, dijatuhkan dengan dia ke dalam neraka terlebih jauh ke bawah daripada bumi yang ke tujuh yang di bawah sekali"
Jadilah janganlah takut sangat kalau kita dilabelkan sebagai tidak peramah, asalkan kita tidak mengeluarkan perkataan-perkataan yang dikategorikan perkataan yang sia-sia...Sama-samalah kita muhasabah diri kita supaya menjadi umat yang baik...insyaAllah

Rujukan: Kitab Sairus-salikin

Next previous home