Bila aku terbaca citer-citer tentang mendaki gunung, terpanggil aku nak citer pengalaman aku mendaki gunung...walaupun gunung yang aku daki tidak setinggi Gunung Kinabalu, mahupun Gunung Everest....setelah aku lalui, aku "tabik spring" kepada mereka yang telah berjaya menawan puncak Gunung Everest. Pada aku bukan calang-calang orang boleh sampai ke puncak...nak sampai ke puncak perlukan pengorbanan, ketabahan, komitmen, cergas mental dan fizikal dan macam-macam lagi sifat-sifat positif ke arah kejayaan...memang aku kagum dengan mereka berdasarkan pengalaman yang aku lalui...
Puncak gunung yang ku tawan ialah Gunung Tahan, gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu...Gunung Kinabalu walaupun tertinggi tetapi mudah ditawan puncaknya kerana mula mendaki separuh daripada ketinggiannya dan punya laluan. Berbeza dengan Gunung Tahan, jika ikut laluan Taman Negara, Kuala Tahan, secara pendakian biasa ialah 4 hari untuk smpai ke puncak dan 3 hari menurun puncak.....rekod yang pernah dibuat ialah 4 hari mendaki dan menurun, itupun dilakukan oleh komando....setiap hari perlu berjalan/mendaki/menurun bermula dari 6 pagi hingga 6 petang, jika tidak cuaca dah gelap bila sampai sesuatu destinasi yang dirancang...sepanjang perjalanan 12 jam setiap, berhenti apabila perlu sahaja, yang agak lamapun dalam setengah jam semasa makan tengahari..terlalu banyak pengalaman pahit dan manis dalam ekspedisi itu..tak dapat aku nak citer semuanya...cuma yang boleh aku katakan...kalau ada orang upah aku pergi lagi sekali, tak payah fikir dulu, terus aku menolak...itulah sebabnya aku tabik dan kagum dengan orang yang menawan puncak Everest...berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH