SALAM MAAL HIJRAH 1438H

BIADAP KERANA TAK TAU ADAB BELAJAR

Pak Teh | Isnin, Jun 14, 2010 |

Ramai yang mengatakan budak-budak sekarang semakin biadap..tetapi sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan kerana biasalah apabila perkara-perkara buruk tu dibesar-besarkan walaupun kes terpencil...Biadap adalah sesuatu yang subjektif, sesetengah orang mengatakan perilaku tu biadap, sesetengah orang menganggap perkara tu normal, tambahan bila dilakukan oleh kanak-kanak... apapun tanggapan orang, yang penting perilaku tu dikira biadap apabila majoriti atau masyarakat menilainya sebagai biadap...bila berlaku perilaku biadap di kalangan budak-budak, maka tercetuslah salah menyalah antara pihak yang terlibat, antaranya ibubapa, guru dan masyarakat.
Pada pendapat aku, jika semua pihak saling menyalahkan pihak lain maka masalah itu tidak dapat diselesaikan....aku ingin berkongsi dengan pihak yang terlibat secara langsung dalam hal ini terutama ibubapa, keluarga dan guru, tentang ADAB BELAJAR ...pendapat aku, jika diamalkan panduan ini, insyaAllah dapat dikurangkan kebiadapan mereka...
Mengikut Imam al Ghazali rahimmullah taala di dalam Bidayatul Hidayah, ada 11 perkara adab belajar:
1. Murid mendahului memberi salam kepada guru
2. Murid jangan membanyakkan kata-kata di hadapan gurunya
3. Murid jangan berkata-kata sebelum mendapat keizinan gurunya
4. Murid hanya bertanya setelah mendapat keizinan gurunya
5. Murid jangan menyangkal perkataan gurunya dengan mengatakan mengikut si polan apa yang dikatakan guru itu salah
6. Murid jangan memberi isyarat/body language kepada gurunya bahawa apa yang dikatakan guru tidak betul, seolah-olah dia lebih tahu dan lebih benar daripada gurunya.
7. Murid jangan berbisik-bisik dengan rakan sebelah di hadapan guru
8. Murid jangan berpaling ke kiri dan ke kanan semasa di hadapan guru, bahkan hendaklah duduk dalam keadaan tunduk lagi beradab seolah-olah ia di dalam solat
9. Murid jangan terlalu banyak menyoal jika guru berada dalam keadaan letih
10. Apabila guru sampai, murid hendaklah berdiri kerana menghormati gurunya dan jangan bertanya guru semasa sedang bangun berdiri. Juga jangan bertanya guru ketika guru sedang berjalan hingga sampai ke tempat duduknya, melainkan dharurat.
11. Murid jangan buruk sangka terhadap gurunya.

Pada pendapat aku, elok rasanya ibubapa mengingatkan anak-anak tentang adab ini dan para guru perlu menegur jika ada murid yang melanggar adab ini..sama-samalah kita fikirkan..


p/s: diolah daripada Kitab Sairus-salikin. Maaf jika olahan ini kurang tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home