SALAM MAAL HIJRAH 1438H

BULUH BEDIL

Pak Teh | Jumaat, Jun 25, 2010 |

Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang...begitulah dengan permainan kanak-kanak...kebanyakan permainan kanak-kanak sekarang boleh diperolehi dengan membeli di kedai..bagi golongan yang mampu, permainan lebih berbentuk video games...berbeza dengan masa dulu, permainan kanak-kanak banyak dibuat sendiri..jadi bolehlah kita kata kanak-kanak dahulu lebih kreatif dan inovatif..bukan setakat itu sahaja, kanak-kanak dahulu bermain secara cergas, keluar peluh...tak heranlah kanak-kanak sekarang ramai yang mengalami obesiti, tambahan yang asyik main dengan video games... Permainan kanak-kanak dahulu telah dikategorikan sebagai permainan tradisional. Antaranya ialah buluh bedil. Buluh bedil dimainkan macam main perang-perang...berperang menggunakan buluh bedil...kalau lepas main, dah sah baju comot oleh getah buah cenerai yang merupakan peluru kepada senapang (buluh bedil). Yang menariknya bukan setakat ada peluru malah ada mengeluarkan bunyi letupan sebaik sahaja buah cenerai keluar. Kanak-kanak yang lebih kreatif pula buluh bedil tu dibuat macam machine gun, peluru keluar bertalu-talu.

Buluh bedil ini dibuat daripada buluh kecil yang ruasnya dalam 1 kaki panjang. Kemudian ada gobeknya juga dibuat daripada buluh. Buah cenerai yang agak tua dimasukkan ke buluh laras. Kemudian ditolak masuk ke dalam laras menggunakan gobek, ditolak sehingga hampir sampai ke penghujung laras. Apabila nak menembak, serta merta tolak gobek tu. Buah cenerai akan terpancut keluar di samping keluar bunyi letupan....Apa yang telah aku lalui memang seronok main buluh bedil ni tapi siaplah kena marah oleh mak bila balik dari bermain...baju menjadi comot... sesiapa yang belum rasa, cubalah buat buluh bedil..insyaallah memang timbul rasa kepuasan dan keseronokan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home