SALAM MAAL HIJRAH 1438H

APABILA BUMI BERKATA SETIAP HARI...

Pak Teh | Sabtu, Julai 31, 2010 |
Imam Annas bin Malik ra berkata, bahawa bumi setiap hari berkata
1.  Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas aku, kamu akan kembali ke dalam perutku (kubur)
2.  Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perutku
3.  Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perutku
4.  Kamu makan barang yang haram di atas ku, dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku
5.  Kamu bersuka ria di atas ku, dan kamu akan merasa susah sengsara di dalam perutku
6.  Kamu mengumpulkan barang-barang haram di atas ku, tapi kamu akan hancur di dalam perutku
7.  Kamu bersikap sombong di atas ku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku
8.  Kamu berjalan dengan bersuka ria di atas ku, tapi kamu akan bersedih dan sengsara di dalam perutku
9.  Kamu berjalan dalam sinar cahaya benderang di atas ku, tapi kamu akan tinggal dalam kegelapan gelap gelita di dalam perutku
10. Kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atas ku, tapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku

BILA CIKGU BERPOLITIK...

Pak Teh | Jumaat, Julai 30, 2010 |
Apabila diumumkan yang guru-guru DG41 hingga DG48 (guru siswazah) boleh bergiat aktif dalam politik, maka banyaklah pihak yang memberi pendapat, ada yang bersetuju dan yang tidak bersetuju. Perkara ini berlaku kerana ada pihak-pihak yang menyempitkan maksud politik...sebenarnya guru-guru DG41 hingga DG48 sebelum inipun telah berpolitik, cuma mereka hanya dibenarkan bergiat sebagai ahli biasa kepada sesuatu pertubuhan politik, tetapi sekarang mereka dibenarkan memegang jawatan.
Jika dihayati betul-betul maksud politik, tentu kita akan menerima pengumuman itu dengan hati terbuka. Kalangan guru pula patut berbangga kerana pengumuman itu merupakan satu pengiktirafan kepada guru dalam menentukan hala tuju kerajaan.

Adapun definisi politik dari sudut pandangan Islam adalah pengaturan urusan-urusan (kepentingan) umat, baik dalam negeri maupun luar negeri berdasarkan hukum-hukum Islam. Mengikut Imam al-Ghazali; “Agama dan kekuasaan adalah dua saudara kembar. Agama adalah asas dan kekuasaan adalah penjaganya. Segala sesuatu yang tidak asas nescaya akan runtuh dan segala sesuatu yang tidak berpenjaga nescaya akan hilang dan lenyap”.

Politik dalam pandangan Islam adalah pengaturan urusan-urusan rakyat yang didasarkan kepada hukum-hukum Islam. Berbeza dengan politik Barat, politik diertikan sebagai pengaturan kekuasaan, bahkan menjadikan kekuasaan sebagai tujuan dari politik. Akibatnya yang terjadi hanyalah kekacauan dan perebutan kekuasaan, bukan untuk menguruskan rakyat.
Oleh itu selagi kaum guru berpolitik mengikut konsep politik Islam dan selagi tidak menjejaskan tugas hakiki sebagai seorang guru, penglibatan mereka secara aktif adalah dialu-alukan. Malah penglibatan mereka secara tidak langsung telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Firman Allah SWT yang maksudnya:“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Ali Imran [03]: 104).
Fikir-fikirkan...

CHECK LIST IBADAH HARIAN RAMADHAN

Pak Teh | Jumaat, Julai 30, 2010 |
PAGI
1.  Solat sunat Subuh, fardu Subuh, kemudian wirid dan doa
2.  Zikir
3.  Tasbih
4.  Selawat
5.  Solat sunat
      a)  Sunat Isyraq
      b)  Sunat Dhuha
      c)  Sunat Tasbih dan membaca Al-Quran dan membaca doa taubat 'Akasyah (memohon keampunan taubat dan dosa-dosa besar)


TENGAHARI
1.  Solat: Sunat Zohor Kabliyah, fardu Zohor, sunat ba'diyah serta doa
2.  Istighfar (mohon keampunan Allah, pohon keampunan ibubapa)


PETANG
1.  Solat: Sunat kabliyah Asar, fardu Asar dan wirid/doa
2.  Zikir
3.  Tasbih
4.  Takbir
5.  Selawat

MAGHRIB
1.  Berbuka puasa, solat maghrib dan sunat Maghrib
2.  Solat sunat Awwabin
3.  Membaca Lahaulawala.....

ISYAK
1.  Solat sunat Kabliyah Isyak, fardu Isyak, sunat Ba'diyah Isyak
2.  Solat sunat Terawih, sunat Witir
3.  Membaca Al-Quran

TENGAH MALAM
     Jam 2.00 pagi atau 3.00 pagi hingga keluar fajar Subuh
1.  Solat sunat wudhu
2.  Solat sunat Tahajjud dan berdoa
3.  Solat sunat Hajat (memohon sesuatu hajat) dan berdoa
4.  Solat sunat Tasbih dan berdoa
5.  Berzikir
6.  Membaca tasbih istighfar
7.  Membaca tasbih dan zikir majmuk
8.  Masuk waktu Subuh, solat sunat Subuh, istughfar tasbih dan berdoa, solat fardu Subuh

PERHATIAN
1.  Bersedekah setiap hari
2.  Singkirkan jauh-jauh perasaan 'ujub, riak, takbur, sum'ah, hasad dengki, perkelahian
3.  Jika tidak dapat amalkan semuanya, janganlah tinggalkan semua. Buatlah mengikut kemampuan
4.  Amalkan sehingga luar dari bulan Ramadhan
     InsyaAllah...semoga ibadah kita diterima Allah.


Diolah daripada: Fazilat Bulan Rejab, Sya'ban Ramadhan


BULAN TIGA SERANGKAI

Pak Teh | Khamis, Julai 29, 2010 |

REJAB bulan menabur benih
SYAABAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai

REJAB menyucikan badannya
SYAABAN menyucikan hatinya
RAMADHAN menyucikan rohnya

REJAB bulan keampunan
SYAABAN bulan syafaat
RAMADHAN bulan menggandakan kebajikan

REJAB bulan taubat
SYAABAN bulan muhibbah
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

REJAB diganda 70 pahala
SYAABAN diganda 700 pahala
RAMADHAN diganda 1000 pahala

RENUNGAN BUAT CIKGU-CIKGU DAN PENJAGA MURID

Pak Teh | Khamis, Julai 29, 2010 |
Dah lama gak aku nak luahkan tapi masa tak mengizinkan…dah selalu sangat aku dengar statement “ cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu-dulu”…dan macam-macam statement tentang insan mulia yang bergelar guru, samada yang positif atau negatif…..walaupun statement tu melibatkan kes-kes terpencil tetapi diterima sebagai kes menyeluruh…sebab nila setitik, rosak susu sebelanga…

Aku terpanggil untuk memberi pandangan tentang kenyataan “cikgu sekarang bukan macam cikgu-cikgu dulu”..maklum jelah aku pernah jadi murid, pernah jadi guru dan pernah jadi guru kepada bakal guru…bila berlaku sesuatu kes kepada murid-murid, pertama yang jadi mangsa ialah guru, guru dipersalahkan walaupun masih khabar angin…pada aku memang tak adil bila berlaku sesuatu kes, guru dipersalahkan kerana menuding jari memang mudah..kita kenalah terima hakikat, dalam dunia pendidikan tidak 100% dipertanggungjawabkan kepada guru, banyak pihak yang terlibat seperti ibubapa, penjaga, masyarakat dan kerajaan..pendek kata, setiap individu bertanggungjawab cuma bezanya terlibat secara langsung atau tidak.

Berbalik tentang kenyataan “guru sekarang bukan macam cikgu dulu-dulu”..kenyataan ini lebih merujuk kepada perkara negatif…sebenarnya aku memang tak suka dengan kenyataan ini kerana perbandingan yang dibuat dalam suasana yang berbeza, persekitaran yang berbeza, sikap murid yang berbeza, latar belakang murid yang berbeza…pendek kata semuanya berbeza...bagi aku, aku tabek dengan guru sekarang kerana sekarang terlalu besar cabarannya, cabaran dari murid, ibubapa, masyarakat, persekitaran dan kerajaan…lebih besar lagi cabarannya bila masyarakat menggunakan undang-undang untuk menghukum guru walaupun kesalahan yang kecil..cikgu cubit muridpun buat laporan polis…jadi macam mana cikgu sekarang nak jadi macam cikgu dulu-dulu…dulu bila ibubapa hantar anak ke sekolah, “cikgu buatlah apa yang patut, jangan buta dan patah sudah”…ungkapannya ringkas tetapi terlalu dalam maknanya…

Mmmmmm…rasanya dah panjang luahan rasa aku walaupun banyak lagi yang nak aku perkatakan…Cuma aku harap cikgu-cikgu sekarang jangan mudah tersinggung dengan kenyataan yang lebih berbentuk menuding jari..lakukan yang terbaik, bertugas dengan jujur dan ikhlas…bertugas sebagai satu amanah, satu ibadah dan kerana Allah saw….HIDUP CIKGU…

KEJAP-KEJAP DEMAM

Pak Teh | Khamis, Julai 29, 2010 |
Risau gak bila kejap-kejap demam, terutamanya anak-anak kecil..yang boleh bercakap tu ok gak sebab, sekurang-kurangnya dia boleh mengadu...tetapi anak-anak yang belum boleh bercakap tentulah terus menangis...mak ayah yang tak tau anaknya demam terus membuat tanggapan anaknya meragam...dalam entri aku kali ini, aku nak berkongsi info tentang demam dan petua kurangkan demam...jangan asyik pergi ke klinik je...:-)
Biasanya bila kita demam, badan kita berasa panas. Badan panas itu bukanlah penyakit itu sendiri, tetapi adalah tanda bahawa sesuatu sedang terjadi di dalam tubuh badan kita. Panas itu menolong tubuh badan kita melawan serangan infeksi virus dan bakteria. Jadi panas itu adalah suatu respon tubuh untuk melawan infeksi yang masuk dalam tubuh kita.Panas atau demam terjadi bila pengambilan suhu tubuh melalui mulut (di bawah lidah) LEBIH DARIPADA 37.5 C". Suhu badan boleh juga diambil di ketiak.Biasanya demam diikuti dengan gejala dan tanda lain seperti batuk, tidak mau makan dan minum, gelisah; mual, sakit kepala, sakit perut. Jika suhu badan melebihi 38C, eloklah berjumpa doktor terutama bayi yang berumur bawah 3 bulan.
Kadang kala disebabkan timbul masalah untuk ke klinik atau suhu badan tidak terlalu tinggi, boleh gak kita gunakan petua mengurangkan panas badan. Perkara yang utama patut kita lakukan ialah dengan mengelap badannya dengan air sejuk. Dapatkan 3 ulas bawang merah dihiris nipis, 2 sudu besar minyak kelapa, setengah sudu besar minyak kayu putih dan air sebiji limau nipis. Gaulkan semua bahan tadi hingga sekata. Sapukan pada kepala, ketiak dan perut sekitar pusat. Bagi membersihkan kesan minyak tu, cucilah dengan air suam atau sabun bayi.
InsyaAllah, dengan izin Allah suhu badan cepat menurun...
P/S: sebagai persediaan eloklah setiap rumah ada menyimpan termometer untuk menyukat suhu badan.

Diolah daripada http://www.infoibu.com/ dan 365 tip sihat gaya Rasulullah


KISAH POKOK EPAL...HAYATILAH

Pak Teh | Rabu, Julai 28, 2010 |
EVERYBODY HAS AN APPLE TREE IN LIFE
AND ITS YOUR PARENTS!!

Fikir-fikirkan.....

KETIAK OH KETIAK

Pak Teh | Selasa, Julai 27, 2010 |
Ish...ish...tentu korang marah kat aku kan....takde citer lain ke..kalau sebut je ketiak, semua orang akan terbayangkan bulu ketiak atau bau ketiak...(bau asyam macam lirik lagu Bujang Lapok)..
Memang ada orang akan kata tak payahlah bincang mende2 gini..perkara remeh temeh...tapi pada aku mende2 gini yang ramai orang lepas pandang, sedangkan ia adalah merupakan SUNNAH FITRAH...Para Ulama Fuqaha sepakat mengatakan sunnat mencabut bulu ketiak samada lelaki atau perempuan..yelah, secara zahirpun kita lihat ketiak yang tak berbulu, nampak bersih, kemas dan boleh mengurangkan bau ketiak yang tak menyenangkan...
Sunnat mendahulukan mencabut bulu ketiak yang kanan kerana hadis Rasullullah saw yang menyatakan bahawa baginda memulai sesuatu dengan serba kanan. Memakai terompah, berjalan, bersuci dan segala perbuatannya, semuanya dimulai dengan yang kanan (diriwayatkan oleh Muslim dari Aisyah r.a.)
Oleh itu, mende yang mungkin orang kata perkara remeh temeh sebenar sunnah fitrah iaitu membuang bulu ketiak apabila sudah mulai panjang; jangan membiarkannya lebih dari 40 hari

Sumber: Fiqah Wanita

NAK TAU BILA PUASA, JANGAN SALAH TENGOK KALENDAR LAK

Pak Teh | Selasa, Julai 27, 2010 |

Sumber: Koleksi arwah ayah

YES BOSS....

Pak Teh | Isnin, Julai 26, 2010 |
YES BOSS.....dua patah perkataan yang mudah diucap tetapi membawa seribu makna...(tapi taklah sampai seribu hehehe)...hanya nak menunjukkan ungkapan itu membawa banyak makna kepada orang yang mengungkapkannya...mungkin diungkap kerana....
1.  menerima arahan yang diberi oleh boss
2.  hendak perli orang yang bagi arahan yang orang tu sebenarnya bukan boss
3.  takut dengan boss (suara terketar)
4.  memang dah biasa, sikit-sikit je cakap "yes boss"
5. mulut je cakap "yes" tapi dalam hati kata "no"
6. sengaja cakap nak kipas boss (yang ni aku tak suka...hehehe)
7. nak sejukkan hati boss yang tengah marah
8. hormat dengan boss
9. mulut je cakap "yes boss" tapi dalam hati "pegi dah"
10. tanda minta kesian kat boss (muka sedih)....ish ish banyak lagi ler...kau orang sambunglah

Apa pun BOSS bukan sahaja ketua kepada sesuatu organisasi yang besar je...lelaki/suami juga boss di rumah...pengerusi AJK kecil pun boss jugak...budak-budak yang sedang bermain pun ada boss gak...gangster pun ada boss...jadi pendek kata, mana-mana pun ada boss...yang aku tak suka kalo orang tu BOSEH...(perut buncit loghat nogori)...nantilah aku akan cerita dalam entri lain pasal boss yang popular, boss yang garang, boss yang dihormati, boss yang bukan macam boss ...dan macam-macam boss....tungguuuuuuuuuuuuuu

RAMBANG MATA ATAU MATA RAMBANG?

Pak Teh | Isnin, Julai 26, 2010 |
Bila dah masuk bulan Sya'ban, mulalah ramai yang rambang mata...tak kira kecik besar, tua muda, lelaki perempuan...janji mata anugerah Allah tu masih berfungsi untuk melihat..macam-macam rambang mata, rambang mata kepada juadah berbuka puasa, kuih muih untuk hidangan raya, pakaian raya, hiasan dan perabot raya dan macam-macam lagilah yang sewaktu dengannya :-)..yang aku tak tahan tu bila rambang mata beli pakaian, berjam-jam nak beli satu mende...pusing punya pusing, akhirnya balik ke mende yang asal...mintak maaf ler...kalau bandingkan lelaki dan perempuan, perempuan lebih sikit dari lelaki pasal rambang mata ni...tu sebab lelaki kalo gi shopping kejap je...hehehehe...yang buat rambang mata tu bukan setakat banyak yang cantik-cantik tetapi rambang mata juga disebabkan harga yang ditawarkan...nasib baik takde diskaun 100%...hehehee...kepada sesiapa yang rambang mata tu, janganlah risau sangat sebab sifat semulajadi manusia..lebih berpunca dari nafsu yang tak terkawal...walaupun setengah orang menganggap rambang mata tu tak berapa elok tapi bagi aku, sepatutnya kita perlu ada sifat rambang mata jika matlamat kita untuk mencari yang terbaik...jadi dah dekat puasa dan raya ni, kawal-kawallah sikit rambang mata tu ye...:-)

RAWATAN GATAL-GATAL SECARA TRADISIONAL

Pak Teh | Ahad, Julai 25, 2010 |
Aku baru balik dari rumah abang aku di Kedah...macam biasa, bila balik ada saje bekalan dari abang dan kakak iparku....kali ni hampir separuh penuh boot keretaku dengan benih-benih bunga dan herba...sempat anak-anak buahku berseloroh masa nak bergerak balik, " nanti rumah pak teh bolehlah buat taman herba dan jangan lupa buat entri kat blog pak teh"...jadi kali ni aku nak masukkan sedikit info tentang rawatan penyakit gatal-gatal secara tradisional, yang menggunakan kunyit dan asam jawa...
Apabila kita mengalami alahan ataupun gatal-gatal, perhatikan penyebabnya...Jika alahan, jauhi bahan yang menyebabkan alahan....Kemudian minumlah rebusan yang terdiri daripada 3 cubitan hirisan nipis kunyit hidup dan  ketulan asam jawa sebesar telur ayam, serta dua gelas air. Tambah gula melaka secukupnya sebagai pemanis. Rebus hingga air tinggal segelas sahaja, Sejukkan rebusan itu, ditapis dan minum. Dengan izin Allah, kita mulai merasai manfaatnya dalam masa satu ke dua minggu....cubalah...

Sumber:365 tip sihat gaya Rasullullah

BURNOUT

Pak Teh | Jumaat, Julai 23, 2010 |
Kadang- kadang tanpa kita sedar, stres yang kita alami berpunca dari kepenatan atau burnout. Burnout  ini sebenarnya adalah keletihan mental, emosi dan fizikal yang melampau, yang disebabkan hendak mencapai objektif  yang bertentangan dengan realiti...orang kata "selera besar tapi kemampuan kecil"...Biasanya orang yang mengalami burnout ialah individu yang terlalu bekerja keras, tempoh masa kerja yang lama dan bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang dilakukannya...oleh itu kita sepatutnya pandai membahagikan masa, jangan memaksa diri, melakukan dengan bijak (work smart), tenang dan mengikut kemampuan diri kita...agak lebih teruk jika kita sentiasa bersikap "mana ada masa", sedangkan kita sepatutnya pandai mencari masa dan menguruskannya...juga cuba elakkan melakukan kerja pada saat-saat akhir, orang kata "kerja last minute"...pendapat aku, stres yang dialami lebih banyak disebabkan oleh kita sendiri, kerana kita tidak pandai menanganinya...fikir-fikirkan...

ANTARA TANGGUNGJAWAB, BEBANAN DAN PENGHORMATAN

Pak Teh | Khamis, Julai 22, 2010 |
Kebelakangan ini ramai yang mengadu berada di dalam keadaan stres, terutamanya yang berkerjaya, tidak kira bekerja sebagai kakitangan awam ataupun swasta...lebih stres lagi kepada kaum wanita yang berkeluarga...mana nak uruskan rumah, anak dan suami lagi..kata orang sampai tak cukup tangan dibuatnya...bila di tempat kerja pulak, diberi tugas lepas satu satu, kadang-kadang serentak...dah tu boss nak semuanya cepat siap.....boleh giler dibuatnya...
Sebenarnya stres berlaku kerana masing-masing menerima tugas di tempat kerja atau di rumah sebagai BEBANAN...lagi teruk bila tugas itu tidak diuruskan dengan baik...tak ditentukan mana yang patut diberi keutamaan...kadang-kadang tu tugas yang boleh dibuat serentak, dilakukan satu persatu...
Memanglah sesetengah orang kata "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"..tapi bahu yang memikul tu taktau cara memikul. taktau teknik memikul...maka jadilah bertambah berat yang dipikul....
Ramai  gak orang yang menganggap stres itu memberikan kesan yang negatif tetapi sebenarnya stres juga boleh memberikan kesan positif...oleh itu terpulanglah pada individu itu untuk menjadikan stres itu negatif atau positif...
Melalui pengalaman aku, stres kita akan berkurangan jika tugas yang diberi, kita terima sebagai satu TANGGUNGJAWAB bukannya BEBANAN..lebih baik lagi jika tugas yang diberi tu kita terima sebagai satu PENGHORMATAN, satu penghormatan yang diberi oleh pihak pengurusan iaitu memberikan kepercayaan kepada kita untuk melaksanakan tugas tersebut.. kekadang tu ada gak orang kata "think positive" bila menerima sesuatu tugas...
Jadi sebenarnya, yang membuat kita stres ialah diri kita sendiri...fikir-fikirkan..

TAUBAT

Pak Teh | Khamis, Julai 22, 2010 |
Taubat...walaupun sekecil-kecil dosa yang dilakukan, kita sepatutnya bertaubat...dan kita juga digalakkan solat sunat taubat terutama semasa qiamullail... dan amat sesuai bertaubat di dalam bulan Sya'ban ni...aku nak cerita secara mendalam pasal taubat ni, aku taklah begitu arif...cuma dalam entri ni aku nak berkongsi cerita pasal seorang pembunuh yang bertaubat....
Daripada Abi Said Saad bin Malik bin Sanan al-Khidir r.a., bahawa Rasullullah saw telah bercerita: Ada seorang lelaki daripada kalangan umat sebelum kamu (umat Bani Israel) telah membunuh sebanyak 99 nyawa. Selepas itu, dia bertanya siapakah manusia yang paling alim di atas muka bumi ini? Lantas ditunjukkan kepadanya seorang ahli ibadah. Lalu, dia pergi kepadanya seraya berkata, "Sesungguhnya aku telah membunuh 99 nyawa. Adakah taubatku diterima?" Ahli ibadah itu berkata, "Taubatmu tidak akan diterima." Lelaki itu membunuh ahli ibadah itu bagi mencukupkan bilangan menjadi 100 orang. Kemudian, dia bertanya lagi, "Siapakah manusia yang paling alim pada ketika ini?" Lantas ditunjukkan kepadanya seorang alim. Dia bertanya kepada orang alim itu, "Aku telah membunuh 100 jiwa. Masih adakah ruang bagiku bertaubat?" Jawab orang alim itu, "Ya dan siapakah yang boleh menghalang seseorang untuk bertaubat? Pergilah ke negeri sana dan sana. Sesungguhnya, di sana terdapat manusia yang menyembah Allah swt. Sembahlah Allah bersama-sama mereka. Janganlah engkau kembali ke negerimu kerana negerimu itu adalah negeri sial." Lelaki itupun pergi ke negeri yang dimaksudkan. Apabila tiba di pertengahan jalan, dia menemui ajalnya di situ. Bertelagahlah Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab dalam pengurusan rohnya. Berkata Malaikat Rahmat, "Lelaki ini datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah swt." Malaikat Azab pula berkata, "Lelaki ini tidak mempunyai amalan kebajikan langsung." Lantas, datanglah kepada mereka malaikat yang menyerupai manusia (dengan perintah Allah swt), lalu, mereka menjadikannya sebagai hakim. Dia berkata, "Ukurlah jarak antara dua negeri ini (negeri tempat datangnya lelaki itu serta negeri yang ingin ditujunya). Negeri manakah yang lebih dekat. Maka, roh lelaki ini adalah untuknya." Lantas, mereka mengukurnya dan mendapati tempat yang hendak ditujunya lebih dekat. Justeru, rohnya diambil oleh Malaikat Rahmat.

Sohih al-Bukhari: 3211: Sohih Muslim: 4967; Sunan Ibni Majah: 2612; Musnad Ahmad: 11262
Kisah-kisah daripada Rasullullah

TIGA BULAN TIGA MALAM

Pak Teh | Rabu, Julai 21, 2010 |

TIGA BULAN SERANGKAI

Pak Teh | Khamis, Julai 15, 2010 |

KONONNYA NAK JIMAT

Pak Teh | Khamis, Julai 15, 2010 |
Salah menu masakan yang enak ialah dengan menggoreng...ada yang menggoreng dengan minyak kelapa, minyak jagung, minyak sawit dan sewaktunya dengannya :-) Kalau nak murah belanja, biasanya menggunakan minyak kelapa je..sekarang ini pulak dah ada minyak masak yang rendah kolesterol.. Dalam hendak menjimatkan belanja ada orang yang menyimpan minyak masak yang telah digunakan dengan tujuan hendak digunakan lagi...ataupun kalau kita lihat penjual goreng pisang, menggunakan minyak yang sama untuk memasak berkali-kali...mungkin juga ada orang yang tak sedar, restoren makanan segera juga menggunakan minyak yang sama berulang kali..
Apa yang hendak aku kongsikan ialah minyak yang digunakan berulang kali berbahaya kepada kesihatan kita. Ini kerana ia mengandungi lemak trans iaitu satu bahan karsinogenik yang menjadi penyebab barah. Maksudnya, kalau dah guna minyak tu, janganlah digunakan lagi, bahasa mudah, guna sekali jer..Kajian juga mendapati minyak bijan, minyak zaitun dan minyak kelapa tidak selamat digunakan bagi menggoreng pada suhu tinggi...
Jadi dalam kita nak berjimat tu, fikir-fikirkanlah tentang kesihatan kita....orang kata duit banyak pun tak guna kalau tak sihat...

INSYAALLAH

Pak Teh | Rabu, Julai 14, 2010 |
InsyaAllah........dengan izin Allah swt....perkataan yang mudah diucapkan....tetapi masih ramai yang tak mengerti di sebalik ungkapan itu...ungkapan  tu biasa kita dengar mengiringi sesuatu pertanyaan atau mengeluarkan sesuatu kenyataan..."Boleh tak?" "insyaAllah"...tetapi ada gak yang masih kurang yakin dengan jawapan tu, nak juga dijawab "tidak" atau "ya"....orang yang sebegini pada aku, dia tak faham maksud insyaAllah...hakikatnya tiada makhluk yang mempunyai hak menentukan "tidak" atau "ya" selagi tiada keizinan Allah swt...walaupun jawapan kita dengan penuh yakin "tidak" atau "ya" tetapi tetap tidak berlaku tanpa keizinanNya.
Sehubungan dengan itu aku ingin berkongsi cerita mengenai perkataan InsyaAllah...
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasullullah saw telah bersabda: "Nabi Sulaiman bin Daud a.s. telah berkata, "Aku akn berjimak dengan 100 orang isteriku pada malam ini. Semoga mereka semua akan melahirkan anak lelaki yang akan berperang fisabilillah." Pada waktu itu,  berkatalah sahabatnya, "InsyaAllah" Kerana Nabi Sulaiman a.s. tidak menyebut "insyaAllah", maka semua isteri baginda tidak mengandung melainkan seorang sahaja. Dia telah melahirkan seorang anak lelaki yang tidak sempurna sifatnya (sebelah badan sahaja). Rasullullah saw bersabda, "Demi Allah, Tuhan yang jiwa raga Muhammad berada di tanganNya. Sekiranya Nabi Sulaiman a.s. berkata "insyaAllah", nescaya baginda akan mendapat anak lelaki daripada semua isterinya untuk menunggang kuda bertujuan jihad fisabillillah."

Sohih al-Bukhari: 3171; Sohih Muslim: 3126; Sunan at-Tirmidzi: 1352; Sunan an_Nasaie: 3771; Musnad Ahmad: 6840
Sumber: Kisah-kisah daripada Rasullullah

KASIH SAUDARA MASA BERADA

Pak Teh | Rabu, Julai 14, 2010 |
Sekarang ni dah menjadi satu trend pulak mengadakan "family day", biasanya dibuat secara tahunan. Hari keluarga ni tidak terbatas kepada keluarga berdasarkan darah keturunan, malah istilah yang sama digunakan dalam satu kelompok komuniti atau organisasi. Salah satu tujuan mengadakan hari keluarga ialah mengeratkan tali silaturrahim...pada pendapat aku, hari keluarga ni sangat baik terutamanya keluarga berdasarkan darah keturunan, paling kecilpun melibat mak bapak, mentua, ipar duai, adik beradik, anak buah dan cucu..secara ringkasnya melibatkan tiga generasi...budaya ziarah menziarah saudara mara sekarang ni amat kurang, kalau adapun semasa kematian, nikah kahwin atau sakit..masing-masing sibuk dengan urusan kerja, urusan keluarga dan macam-macam urusan sehinggakan tidak wujud lagi ziarah menziarah dalam erti kata sebenar...tetapi dengan adanya hari keluarga, sekurang-kurangnya dapat bertemu setahun sekali..kata orang daripada takde, biarlah walaupun setahun sekali...
Sebagai renungan kita bersama berkaitan dengan apa yang aku ceritakan tadi, aku petik cerita berdasarkan hadith Nabi saw...
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasullullah saw telah bersabda: Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di dalam sebuah kampung. Allah swt memerintahkan malaikat supaya menunggunya di jalanan. Apabila lelaki itu sampai kepada malaikat itu, dia ditanya, "Kamu hendak ke mana?" Lelaki itu menjawab, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini." Malaikat itu bertanya lagi, "Adakah antara kamu dengannya berupa nikmat yang mengeratkan perhubungan kamu?" Dia menjawab, "Tidak! Aku hanya kasihkan dia kerana Allah semata-mata." Malaikat itu berkata lagi, " Sesungguhnya aku adalah utusan Allah swt kepada kamu, untuk memberitahu kamu bahawa Allah swt sangat kasihkan kamu sebagaimana kamu kasihkan saudaramu."
Sohih Muslim:4656;Musnad Ahmad:9579
Sumber:Kisah-kisah daripada Rasullullah

MENGEJAR HANTU (Scene 2)

Pak Teh | Selasa, Julai 13, 2010 |
Kalau dalam entri yang lepas aku ada menceritakan aku dan pakcik jaga mengejar hantu...hantu mengintai...kali ini aku nak cerita juga tentang pengalaman lain mengejar hantu...Ketika itu, seperti biasa pelajar asrama dibenarkan balik kampung setiap hujung bulan..jadi hujung minggu tu tinggalkan aku seorang di asrama....lebih kurang jam 9.30 malam, aku duduk di koridor asrama di hadapan bilikku sambil menikmati hembusan angin malam yang dingin...selang beberapa minit aku didatangi sahabatku  Man (bukan nama sebenar)..datang untuk berbual dengan aku..sambil berbual aku ternampak satu lembaga duduk di tangga seberang padang sekolah berhadapan dengan bangunan asrama...lembaga itu tidak jelas kerana hanya diterangi lampu jalan raya..." Man...kau nampak tak ada orang duduk kat tangga tu?".."Nampak"..."Kau duduk sini kejap, biar aku gi tengok sape dia"...dalam keadaan malam yang diterangi bulan, aku terus ke arah lembaga itu ikut jalan pintas (aku redah tebing antara bangunan asrama dengan padang)..sebaik sahaja aku sampai tengah padang, lembaga itu bangun...dalam hatiku berkata orang ini mungkin cuba nak melarikan diri..aku percepatkan langkahku dan terus berlari anak..sambil berlari anak tu aku nampak lembaga tu mula bergerak..aku terus berhenti kerana aku lihat lembaga itu bergerak bukan berjalan atau berlari tetapi bergerak melayang..aku beristighfar...bukan orang yang aku kejar, rupanya hantu...macam hantu bergerak yang biasa kita tengok dalam wayang tu...setelah aku yakin bukan manusia, aku berpatah balik..."Kenapa?" tanya Man.."Bukan orang Man, hantu...."
Sebenarnya sebelum itu, berlaku juga semasa pelajar asrama balik ke kampung. Sambil aku berbaring di katil untuk melelapkan mata, pintu bilikku di ketuk..aku terus buka pintu yang aku jangkakan pakcik jaga yang datang..sebaik sahaja aku buka pintu, di hadapan aku satu lembaga yang sangat menggerunkan, kepalanya seperti kepala serigala..mata merah, taring panjang, lidah terjelir panjang, badannya sempat aku nampak sepanjang koridor..(tegak bulu roma aku sambil menaip entri ni..)...tanpa berfikir panjang terus aku tutup pintu dan berlari lompat ke katil menutup mukaku dengan bantal...masa tu aku bacalah ayat-ayat Quran yang aku ingat dan aku tak sedar bila aku terlelap...mungkin lembaga yang sama datang kerana sebelum itu aku pernah nampak macam tangan berkuku panjang mencakar-cakar pada jaring bahagian atas pintu bilikku...setelah berlaku peristiwa itu, benarlah kata penduduk tempatan bahawa tapak bangunan sekolah itu memang "keras"..

Catatan gambar hiasan: aku difahamkan yang remaja dalam gambar tu, kawannya yang snap waktu senja sewaktu nak balik dari berkelah di hutan rekreasi, Selepas diproses, begitulah hasilnya gambar tu, ada "orang lain" yang menumpang bergambar sama.

BOHONG SUNAT...BETUL KE?

Pak Teh | Isnin, Julai 12, 2010 |
Mana ada "bohong sunat"....bila berbohong atau berdusta tu maknanya berdosalah..Sabda Nabi saw "Bahawasanya berdusta itu iaitu satu pintu daripada beberapa pintu munafiq"..berdusta adalah salah satu daripada 20 kebinasaan berpunca dari lidah dan berdusta itu adalah haram pada semua perkara...tetapi kadangkala berdusta itu diharuskan disebabkan dharurat...mungkin ini yang orang kata bohong sunat..tetapi tidak semua bohong itu diharuskan kecuali beberapa perkara, antaranya mengikut Imam Al-Ghazali rahimahullahu taala:
1)   Harus berdusta untuk mendamaikan orang yang berkelahi
2)   Harus berdusta di dalam perang dengan kafir atau berperang dengan orang yang bughat (kumpulan pelampau)
3)   Harus bagi seorang suami berdusta kepada isterinya yang derhaka supaya isterinya taat kembali kepada suami
4)   Harus berdusta kerana menyembunyikan hartanya yang hendak diambil oleh orang yang zalim.
5)   Wajib berdusta sebab menyembunyikan orang yang hendak dibunuh oleh orang yang zalim
6)   Wajib berdusta untuk menutupi maksiat yang dilakukan dan haram menghebahkan maksiat yang dilakukan
7)   Harus atau wajib berdusta untuk menyembunyikan rahsia sahabatnya.

Aku rasa mungkin penerangan ringkas itu kurang difahami. Jadi aku sarankan bacalah kitab Sairus-Salikin supaya boleh faham secara mendalam....cuma aku ingin berkongsi yang berdusta itu kadangkala diharuskan dan sesetengah kes dikira wajib...Wallahhualam

MENGUMPAT DAN MEMFITNAH

Pak Teh | Sabtu, Julai 10, 2010 |
Hari ini 27 Rejab...hari Israk dan Mijrak...peristiwa yang penuh dengan keajaiban yang menunjukkan kebesaran Allah swt...setiap tahun kita umat Islam mengingati peristiwa ini, bukan setakat mengingatinya tapi kita perlu ambil iktibar dari peristiwa tersebut...terlalu banyak peristiwa yang dilalui oleh Rasullullah semasa Israk dan Mikraj yang menggambarkan apa yang berlaku di akhirat nanti..kita yang masih hidup ini sepatutnya mengambil iktibar dan muhasabah diri kita..
Oleh kerana agak banyak peristiwa tersebut. aku akan fokus kepada beberapa kejadian yang berkaitan sifat mengumpat dan memfitnah...sifat yang ramai orang ambil mudah sampaikan perangai mengumpat tu sesetengah orang melabelkan sebagai "mesyuarat tingkap" atau "mesyuarat pagar"...yeler...mula tu berbual biasa tetapi disedari atau tak disedari perbualan tu termasuk unsur-unsur mengumpat dan memfitnah...kalau tak masuk mengumpat dan memfitnah tak ummphh pulak perbualan tu (kononnya)...peristiwa yang nak aku berkongsi bersama sebagai iktibar kepada kita ialah:


§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
 § Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

......sama-samalah kita muhasabah diri

Sumber: http://www.al-azim.com/

ISTINSYAQ DAN ISTINTHAR

Pak Teh | Jumaat, Julai 09, 2010 |
Ada di kalangan orang yang mengambil mudah pasal wuduk setakat janji wuduk secara zahirnya sedangkan wuduk yang sempurna mengikut ajaran Nabi boleh menyebabkan kesihatan kita bertambah baik, wajah berseri-seri dan tampak muda, termasuklah melakukan sunat-sunat wuduk. Antara sunat wuduk ialah istinsyaq dan istinthar.
Mengikut Prof. Dr. Syahathah dari Fakulti Perubatan, University of Alexandria mengesahkan istinsyaq atau menghirup air melalui hidung semasa berwuduk dapat membersihkan hidung daripada kuman. Istinthar atau mengeluarkan air daripada hidung pula dapat mengeluarkan kuman itu hingga mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Cara betul melakukan istinsyaq ialah dengan menyedut air seperti menarik nafas dengan kekuatan sederhana dan kemudian istinthar dengan hembusan yang kuat. Lakukan kedua-duanya secara rutin setiap kali berwuduk. InsyaAllah, jumlah kuman di dalam hidung menurun dengan signifikan.
Kajian Prof. Dr. Syahathah menunjukkan wuduk yang dilakukan dengan betul dapat mencegah 17 jenis penyakit serius. Antaranya penyakit berkaitan mata, telinga, kulit, hidung termasuk penyakit sinustitis, radang kerongkong, penyakit pernafasan seperti batuk-batuk dan penyakit berkaitan paru-paru dan penyakit mental...sama-samalah kita muhasabah wuduk kita...

Sumber: 365 tip sihat gaya Rasullullah

BEKAM BUKAN BECKHAM

Pak Teh | Khamis, Julai 08, 2010 |

Sempena dengan sambutan Israk dan Mikraj pada 10hb akan datang ni, aku amik kesempatan untuk menyingkap kembali peristiwa agong tu dengan  dua hadith Nabi saw iaitu:
”Pada Malam Aku di Isra’ kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata: ” Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan Bekam” HR. Ibnu Maajah & At Tirmidzi.
"Kesembuhan itu ada pada 3 (tiga) hal, dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan kay (besi panas). Tetapi aku melarang umatku menggunakan kay" HR. Muslim.

Apa yang nak aku kongsi di sini berdasarkan dua hadith di atas ialah BEKAM. Masih ramai yang takut melakukan bekam, sedangkan berbekam itu adalah sunnah Nabi. Bekam adalah istilah bahasa kita yang bererti “membuang darah.” Dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah “hijamah.” dan dalam Bahasa Inggeris dikenal dengan istilah “cupping.”  Secara umumnya bekam didefinisikan sebagai kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Yang dimaksudkan dengan darah kotor adalah darah yang mengandungi racun (toxin) atau darah statis yang menyumbat peredaran darah, mengakibatkan sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar sehingga akan mengganggu sebaran nutrisi dan imunisasi seseorang, baik secara fizikal maupun secara mental.  
Kaedah bekam yang biasa digunakan ialah kaedah "cupping" tetapi ada juga menggunakan kaedah bekam lintah...eeeeeeee tentu ramai yang geli bila sebut lintah...Antara penyakit yang sesuai menggunakan rawatan bekam lintah ialah resdung, gout, maigrain, darah tinggi, darah rendah, kencing manis, begok, bengkak anggota badan, berlaku darah beku, sakit sendi/lutut, pening/pitam, sengugut/haid tak lancar, barah payu dara dan sakit kulit/jerawat.

Mungkin ramai yang kurang tahu kebaikan berbekam, antaranya

1. Membuang angin dalam badan
2. Menghilang kesakitan dan lenguh-lenguh badan
3. Melancarkan peredaran darah
4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
5. Membuang racun / tosik dalam badan.

Aku harap info ringkas ini dapat dimanfaat kerana dalam kita tercari-cari kaedah perubatan yang serasi dengan penyakit kita, apa salahnya kita guna kaedah berbekam yang merupa sunnah Nabi...insyaAllah..


SUP KAKI AYAM

Pak Teh | Rabu, Julai 07, 2010 |
Semasa aku sedang buat entry ni hujan turun tak berhenti lebih dari 3 jam...tentulah cuaca sejuk dan perut pulak terasa lapar..(orang Muar sebut LAPO...hehehe)...jadi nak cover sejuk dan lapar tu, memang sesuailah pekena sup panas-panas...teringat aku dalam satu majlis perkahwinan rumah saudara, aku pergi ke khemah penanggah, tengok-tengok kalau boleh yang aku bantu...kebetulan chef yang masak pangkat anak buah...ketika itu dia sedang memasak sup kaki ayam untuk hidangan orang pangkal...aku ingat kaki ayam yang dibuat sup macam sup kaki ayam yang biasa aku jumpa di restoren....ada kelainan sikit dia buat...kaki ayam tu direbus separuh masak, kemudian dikeluarkan tulang-tulangnya, tinggallah kulit, urat-urat dan daging sikit, jadi kiranya kaki ayam tu tak bertulang...lepas tu kaki ayam tadi digoreng separuh masak...aku juga tengok dia menumis, agak berlainan cara dia menumis...setelah minyak panas, dia masukkan hirisan halia sampai naik bau, kemudian masukkan hirisan bawang putih, diikuti dengan hirisan bawang kecil sehingga naik bau...akhir sekali barulah dimasukkan rempah ratus sup sehingga ketara bau wangi semuanya...masukkan air sehingga mendidih..masukkan sos tiram...jadi sup tu dah berubah sikit warnanya...akhir sekali barulah dimasukkan kaki ayam tadi...sedap gak aku rasa sup tu, terasa kelainannya..anak buah aku rupanya tukang masak di restoren Cina yang menghidangkan masakan Islam...sup kaki ayam merupa menu utama restoren tu...jadi sesiapa yang belum rasa cubalah, mana tau lebih sedap dari sup yang biasa kita masak...jadi kalau kenduri kendara tu janganlah buang begitu je kaki ayam tu, buat je sup kaki ayam...takdelah membazir...selamat mencuba...

Next previous home