Kalau dalam entri yang lepas aku ada menceritakan aku dan pakcik jaga mengejar hantu...hantu mengintai...kali ini aku nak cerita juga tentang pengalaman lain mengejar hantu...Ketika itu, seperti biasa pelajar asrama dibenarkan balik kampung setiap hujung bulan..jadi hujung minggu tu tinggalkan aku seorang di asrama....lebih kurang jam 9.30 malam, aku duduk di koridor asrama di hadapan bilikku sambil menikmati hembusan angin malam yang dingin...selang beberapa minit aku didatangi sahabatku Man (bukan nama sebenar)..datang untuk berbual dengan aku..sambil berbual aku ternampak satu lembaga duduk di tangga seberang padang sekolah berhadapan dengan bangunan asrama...lembaga itu tidak jelas kerana hanya diterangi lampu jalan raya..." Man...kau nampak tak ada orang duduk kat tangga tu?".."Nampak"..."Kau duduk sini kejap, biar aku gi tengok sape dia"...dalam keadaan malam yang diterangi bulan, aku terus ke arah lembaga itu ikut jalan pintas (aku redah tebing antara bangunan asrama dengan padang)..sebaik sahaja aku sampai tengah padang, lembaga itu bangun...dalam hatiku berkata orang ini mungkin cuba nak melarikan diri..aku percepatkan langkahku dan terus berlari anak..sambil berlari anak tu aku nampak lembaga tu mula bergerak..aku terus berhenti kerana aku lihat lembaga itu bergerak bukan berjalan atau berlari tetapi bergerak melayang..aku beristighfar...bukan orang yang aku kejar, rupanya hantu...macam hantu bergerak yang biasa kita tengok dalam wayang tu...setelah aku yakin bukan manusia, aku berpatah balik..."Kenapa?" tanya Man.."Bukan orang Man, hantu...."
Sebenarnya sebelum itu, berlaku juga semasa pelajar asrama balik ke kampung. Sambil aku berbaring di katil untuk melelapkan mata, pintu bilikku di ketuk..aku terus buka pintu yang aku jangkakan pakcik jaga yang datang..sebaik sahaja aku buka pintu, di hadapan aku satu lembaga yang sangat menggerunkan, kepalanya seperti kepala serigala..mata merah, taring panjang, lidah terjelir panjang, badannya sempat aku nampak sepanjang koridor..(tegak bulu roma aku sambil menaip entri ni..)...tanpa berfikir panjang terus aku tutup pintu dan berlari lompat ke katil menutup mukaku dengan bantal...masa tu aku bacalah ayat-ayat Quran yang aku ingat dan aku tak sedar bila aku terlelap...mungkin lembaga yang sama datang kerana sebelum itu aku pernah nampak macam tangan berkuku panjang mencakar-cakar pada jaring bahagian atas pintu bilikku...setelah berlaku peristiwa itu, benarlah kata penduduk tempatan bahawa tapak bangunan sekolah itu memang "keras"..
Catatan gambar hiasan: aku difahamkan yang remaja dalam gambar tu, kawannya yang snap waktu senja sewaktu nak balik dari berkelah di hutan rekreasi, Selepas diproses, begitulah hasilnya gambar tu, ada "orang lain" yang menumpang bergambar sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH