
1) Harus berdusta untuk mendamaikan orang yang berkelahi
2) Harus berdusta di dalam perang dengan kafir atau berperang dengan orang yang bughat (kumpulan pelampau)
3) Harus bagi seorang suami berdusta kepada isterinya yang derhaka supaya isterinya taat kembali kepada suami
4) Harus berdusta kerana menyembunyikan hartanya yang hendak diambil oleh orang yang zalim.
5) Wajib berdusta sebab menyembunyikan orang yang hendak dibunuh oleh orang yang zalim
6) Wajib berdusta untuk menutupi maksiat yang dilakukan dan haram menghebahkan maksiat yang dilakukan
7) Harus atau wajib berdusta untuk menyembunyikan rahsia sahabatnya.
Aku rasa mungkin penerangan ringkas itu kurang difahami. Jadi aku sarankan bacalah kitab Sairus-Salikin supaya boleh faham secara mendalam....cuma aku ingin berkongsi yang berdusta itu kadangkala diharuskan dan sesetengah kes dikira wajib...Wallahhualam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH