SALAM MAAL HIJRAH 1438H

SUP KAKI AYAM

Pak Teh | Rabu, Julai 07, 2010 |
Semasa aku sedang buat entry ni hujan turun tak berhenti lebih dari 3 jam...tentulah cuaca sejuk dan perut pulak terasa lapar..(orang Muar sebut LAPO...hehehe)...jadi nak cover sejuk dan lapar tu, memang sesuailah pekena sup panas-panas...teringat aku dalam satu majlis perkahwinan rumah saudara, aku pergi ke khemah penanggah, tengok-tengok kalau boleh yang aku bantu...kebetulan chef yang masak pangkat anak buah...ketika itu dia sedang memasak sup kaki ayam untuk hidangan orang pangkal...aku ingat kaki ayam yang dibuat sup macam sup kaki ayam yang biasa aku jumpa di restoren....ada kelainan sikit dia buat...kaki ayam tu direbus separuh masak, kemudian dikeluarkan tulang-tulangnya, tinggallah kulit, urat-urat dan daging sikit, jadi kiranya kaki ayam tu tak bertulang...lepas tu kaki ayam tadi digoreng separuh masak...aku juga tengok dia menumis, agak berlainan cara dia menumis...setelah minyak panas, dia masukkan hirisan halia sampai naik bau, kemudian masukkan hirisan bawang putih, diikuti dengan hirisan bawang kecil sehingga naik bau...akhir sekali barulah dimasukkan rempah ratus sup sehingga ketara bau wangi semuanya...masukkan air sehingga mendidih..masukkan sos tiram...jadi sup tu dah berubah sikit warnanya...akhir sekali barulah dimasukkan kaki ayam tadi...sedap gak aku rasa sup tu, terasa kelainannya..anak buah aku rupanya tukang masak di restoren Cina yang menghidangkan masakan Islam...sup kaki ayam merupa menu utama restoren tu...jadi sesiapa yang belum rasa cubalah, mana tau lebih sedap dari sup yang biasa kita masak...jadi kalau kenduri kendara tu janganlah buang begitu je kaki ayam tu, buat je sup kaki ayam...takdelah membazir...selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home