SALAM MAAL HIJRAH 1438H

RENUNGAN BUAT CIKGU-CIKGU DAN PENJAGA MURID

Pak Teh | Khamis, Julai 29, 2010 |
Dah lama gak aku nak luahkan tapi masa tak mengizinkan…dah selalu sangat aku dengar statement “ cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu-dulu”…dan macam-macam statement tentang insan mulia yang bergelar guru, samada yang positif atau negatif…..walaupun statement tu melibatkan kes-kes terpencil tetapi diterima sebagai kes menyeluruh…sebab nila setitik, rosak susu sebelanga…

Aku terpanggil untuk memberi pandangan tentang kenyataan “cikgu sekarang bukan macam cikgu-cikgu dulu”..maklum jelah aku pernah jadi murid, pernah jadi guru dan pernah jadi guru kepada bakal guru…bila berlaku sesuatu kes kepada murid-murid, pertama yang jadi mangsa ialah guru, guru dipersalahkan walaupun masih khabar angin…pada aku memang tak adil bila berlaku sesuatu kes, guru dipersalahkan kerana menuding jari memang mudah..kita kenalah terima hakikat, dalam dunia pendidikan tidak 100% dipertanggungjawabkan kepada guru, banyak pihak yang terlibat seperti ibubapa, penjaga, masyarakat dan kerajaan..pendek kata, setiap individu bertanggungjawab cuma bezanya terlibat secara langsung atau tidak.

Berbalik tentang kenyataan “guru sekarang bukan macam cikgu dulu-dulu”..kenyataan ini lebih merujuk kepada perkara negatif…sebenarnya aku memang tak suka dengan kenyataan ini kerana perbandingan yang dibuat dalam suasana yang berbeza, persekitaran yang berbeza, sikap murid yang berbeza, latar belakang murid yang berbeza…pendek kata semuanya berbeza...bagi aku, aku tabek dengan guru sekarang kerana sekarang terlalu besar cabarannya, cabaran dari murid, ibubapa, masyarakat, persekitaran dan kerajaan…lebih besar lagi cabarannya bila masyarakat menggunakan undang-undang untuk menghukum guru walaupun kesalahan yang kecil..cikgu cubit muridpun buat laporan polis…jadi macam mana cikgu sekarang nak jadi macam cikgu dulu-dulu…dulu bila ibubapa hantar anak ke sekolah, “cikgu buatlah apa yang patut, jangan buta dan patah sudah”…ungkapannya ringkas tetapi terlalu dalam maknanya…

Mmmmmm…rasanya dah panjang luahan rasa aku walaupun banyak lagi yang nak aku perkatakan…Cuma aku harap cikgu-cikgu sekarang jangan mudah tersinggung dengan kenyataan yang lebih berbentuk menuding jari..lakukan yang terbaik, bertugas dengan jujur dan ikhlas…bertugas sebagai satu amanah, satu ibadah dan kerana Allah saw….HIDUP CIKGU…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home