SALAM MAAL HIJRAH 1438H

REZEKI SECUPAK MENJADI SEGANTANG

Pak Teh | Sabtu, Julai 03, 2010 |
Ganjil jugak tajuk post aku ni kan? Biasanya kita dengar "rezeki secupak takkan menjadi segantang"...tinggalkan tu dulu..aku nak cerita pasal cupak dan gantang. Mungkin ramai yang tak tau apa itu cupak dan gantang terutama generasi sekarang, tambahan sekarang ni kita menggunakan Sistem Metrik...Cupak dan gantang digunakan oleh orang Melayu untuk menyukat, biasanya menyukat beras (lihat gambar).... 4 cupak bersamaan 1 gantang...kalau kita kaitkan dengan Sistem Metrik, 1 cupak=675gm dan 1 gantang=2.7kg....

Berbalik kepada "rezeki secupak takkan menjadi segantang", kiasan ni telah menjadi sebahagian hidup orang Melayu..walaupun rezeki tu ditentukan Allah tetapi oleh kerana kurang kefahaman, maka kiasan ini menjadi batu penghalang kepada kemajuan orang Melayu... "tak payahlah susah-susah, rezeki secupak takkan menjadi segantang!", inilah yang ditakuti kerana usaha mencari rezeki lebih akan terbantut...tambahan sesetengah yang agak jahil menganggap rezekinya adalah qadak dan qadar Allah...rasanya sudah sampai masanya kita ubah "rezeki secupak menjadi segantang"....Fikir-fikirkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jelah apa yang patut...TERIMA KASIH

Next previous home